Didik Al Quran

Wednesday 14 December 2011

2 tahun yang penuh makna

Assalamualaikum..

Kisah kerjaya saya..

Alhamdulillah.. sedar tak sedar esok rupa-rupanya sudah 15 Disember 2011. Maknanya dalam tak sedar, maka esok genaplah 2 tahun saya berkhidmat di jabatan saya bekerja sekarang ni.
Berkhidmat di Jabatan Patologi bukanlah kehendak saya asalnya. Tambahan pula kalau diikutkan minat, saya lebih suka jika ditempatkan di makmal yang oncall kerana sesungguhnya saya sangatlah materialistik. Namun bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Tak cuba maka tak tahu.

Tahun pertama selepas rotasi, saya di tempatkan di makmal rutin. Kiranya makmal paling sibuk untuk Jabatan Patologi. Makmal paling utama juga. Mulanya agak janggal dan terkial-kial. Secara amnya, agak berbeza dengan apa yang kita belajar semasa di IPT dulu. Secara perlahan lahan saya belajar. Dari penerimaan spesimen, penulisan semasa grossing, embedding, sectioning dan staining.

Tahun ini, tahun ke 2 bekerja.. saya di tempatkan di sitologi. Juga kalau diikutkan merupakan subjek yang markah saya dulu B sahaja. Seriously, tak minat sebabnya sitologi memerlukan saya untuk mengenal sel dan screening melalui mikroskop. Beberapa bulan pertama, agak sengal. Saya perlu baca balik apa yang telah dipelajari. Saya perlu kembali mengenal pasti sel-sel yang basic. Alhamdulillah, berkat usaha saya dan tunjuk ajar rakan sekerja serta "sensei", saya perlahan-lahan boleh screening slaid itu sendiri. Walaupun kadang-kadang mungkin ada yang salah, tapi itulah proses pembelajaran.

Dan ura-ura mengatakan, saya mungkin akan kembali berkhidmat di makmal rutin pada tahun hadapan. Tidak mengapa, sekurang kurangnya saya masih ada tempat untuk bekerja.

Cinta hati saya..

Jika 15 Disember permulaan kerjaya saya, maka 25 Disember pula adalah tarikh permulaan cinta hati saya. 25 Disember ini juga, genap 2 tahun dia jadi pendengar setia saya. Dia.. mungkin tidak istimewa pada insan lain. Tapi dia dekat di hati saya.

Mungkin kami terpisah beratus kilometer, jarang juga bersua muka, cuma sesekali mendengar suara.. Tapi itulah teguhnya cinta. Saya tidak berharap untuk dia sentiasa ada bersama saya. Kerana saya tahu tuntutan kerjayanya tidak memungkin kami untuk selalu berjumpa. Namun atas dasar cinta dan kepercayaan, maka hubungan ini diteruskan. Dan diam tak diam.. Sudah mengjangkau tahun ke dua.

Pengharapan saya agar pada tarikh yang sama untuk tahun berikutnya, dia bukan lagi kekasih saya. Tapi doa saya agar dia menjadi suami yang sah untuk saya.

No comments: