Wednesday, 28 March 2012

Survey Bridal Part 3

Assalamualaikum..

sambung lagi.. lagi... dan lagi..

Add: Jalan Batu 2  (depan Toyota)
H/P: 0179777725 (dillah)
  1. Pakej pelamin biasa RM1600 : pelamin, hiasan bilik, 1x mekap, 2 pasang baju
  2. Pakej sanding RM2300 : pelamin 1 panel, hiasan bilik, 3 pasang baju, mekap akad nikah dan mekap sanding
  3. Pakej mempelai RM2200 : pelamin 1 panel, hiasan meja beradab, 3 pasang baju, mekap untuk akad nikah dan sanding
  4. Pakej penuh RM3200 : pelamin 3 panel, hiasan bilik tidur, 3 pasang baju, mekap akad nikah dan sanding, hiasan meja beradad, arch, red carpet.
Intan bridal jugak ada sediakan perkhidmatan canopy. Harga standard price RM350 untuk kanopi, scallop, kerusi dan meja.

Baju baju kat sini memang sangat cantik. Harga kalau nak sewa baju je pon berpatutan. Ingat nak cop yang ni dah, tapi Kakak ni dah ada orang book tarikh saya nak tu. Sob! Sob! Tapi kalau tak boleh ambik pakej, sewa baju pon jadi la kan?
Add: Lot 1084, Jln Tengku Ahmad Panglima, Jln Wakaf Mek Zainab (Jln nk g Queen Park)
Phone: 09-7532323/ 09-7413023

Untuk pakej bilik, (1x mekap, 2 pasang baju, hiasan bilik tidur) harga lebih kurang RM1500++
Kalau nak pelamin, harga ikut design. Baju pun macam tu jugak.
Untuk pengantin yang jauh macam saya, dia akan pergi jika amik pakej yang lebih dari RM3000.

p/s: masa saya pergi bukan dengan tokey kedai, so agak payah nk berurusan.  Make sure call dulu diorang ok!

Insyaallah weekend ni saya ada beberapa bridal lagi nak gi survey. Walaupun pada dasarnya, hati macam dah terbekenan dekat bridal yang satu tu.

Tuesday, 27 March 2012

Survey Bridal Part 2

Assalamualaikum..

Kali ni mari saya sambung kisah jalan jalan saya. Sesudah settlekan keje dekat lab tadi, saya keluar meronda dan mengsurvey bridal. Kali ni survey bridal area Kota Bharu sahaja.

Add: Jalan Bayam (masuk lorong setentang dengan Dobi Nur Kasih)
H/P: 0129470510

Dekat Kiki ni dia sebenarnya tak ada kedai lagi. Perusahaan dari rumah je. Tapi kalau tengok hasil sentuhan dia, not bad la. Harga pon OK.

Pakej Pelamin
Starting harga lebih kurang RM1800
caj termasuk pelamin, hiasan bilik tidur, baju 3 pasang dan 1x make up.
kalau kata nak ambik pakej untuk 2 pihak terus, tambah lebih kurang RM700 untuk hiasan bilik tidur @ meja makan beradab dan 1 kali mekap. Harga boleh dirunding!

Add: Jalan Bayam (Taman Sari) Tak tau Taman Sari tu kat mana? Dari Jln Bayam, terus je samapi jumpa Kedai Roti Majasa. Masuk lorong tu dan terus je sampai depan umah Kak Jai ni.
H/P: 0129496700

Yang ni pon takde la kata butik pengantin yang besar gedabak. Kak Jai ni pon perusahaan dari rumah jugak.
Harga pakej starting from RM2500.
Pakej ni termasuk pelamin, hiasan bilik, mekap untuk 1 kali dan baju biasa 3 pasang. Kalau kata nak amik dress yang latest ni kena tambah RM300. Tapi serius weh, baju baju dekat Kak Jai ni memang super duper cantik. Kalau saya yang comel ni pakai, lagi terserlah keayuan. ~~ayu la sangat~~ Harga sewa baju sahaja untuk sepasang [couple] tu RM600. Tu yang dress super duper cantik tu la.

Oh, Kak Jai pon boleh tolong arrange pasal kanopi. Sebab selalunya dia akan ambik dengan kawan diia jugak. Satu kanopi 20x20 + scallop harga dalam RM300.

Add: Jalan Bayam (traffic light simpang 3 ke Demit, sebelah Kelantan Spray)
H/P: 0103444131

Kedai ni sure korang yang area Klate ni tunggu saya update. Confirm! Sebabnya selalu duk tengok baju baju yang terpamer tu kan? OK, jom baca hasil jalan jalan..
Pakej kalau kat sini starting from RM1800 hingga RM5000++

Pakej RM1800++
Termasuk hiasan bilik, hiasan meja makan beradab, 1 pasang baju dan 1 kali mekap.

Pakej RM2500++
Pelamin, meja beradab, 2 pasang baju, 1 kali mekap.

**untuk tambah baju, bergantung kepada design baju. Kalau kata baju tu simple yang sesuai untuk aad nikah, mungkin sepasang harga dalam RM300 macam tu je. Tapi kalau kata design tu sangat exclusive, boleh up sampai RM600 jugak la sepasang. Sepasang di sini termasuk untuk pengantin perempuan dan lelaki.
**harga pelamin berbeza bergantung kepada hiasan. Kalau design terbaru yang guna bungan sakura tu boleh jadi harga dalam 5K. huhuhu.. kopak poket.

Iena Bridal jugak menawarkan perkhidmatan canopy, photographer dan catering. Tapi saya tak tanya pulak caj photographer dan catering tu macam mana.
Harga sewa kanopi 20x20 + scallop + kipas = RM300
Satu kanopi ni boleh memuatkan 2 meja 4 segi panjang tu untuk hidangan dan 4 biji meja bulat.
4 biji meja bulat boleh memuatkan 8 orang.
Harga sewa untuk 1 meja (meja bulat @meja 4 segi) adalah RM25 sebijik.
Harga sewa untuk kerusi biasa adalah RM0.50 sebijik. Tapi kalau kerusi tu dipakaikan baju jadi harga RM5 sebijik.

Sekian, tu saje untuk kali ni. Nanti ingat nak gi jalan-jalan lagi.

Monday, 19 March 2012

Bulu mata palsu & cukur kening

Assalamualaikum..

Mari bercerita tentang khilaf yang selalu dilakukan ketika majlis perkahwinan. Sebetulnya, saya sekadar mengingatkan diri sendiri dan anda.

Bercerita tentang bulu mata palsu, sekarang ni sudah menjadi trend. Walau bukan majlis perkahwinan sekali pun, pemakaian bulu mata palsu bagaikan sangat sangat biasa. Bukan itu saja, bahkan ia sangat mudah di dapati. Tak percaya? Pergi la dekat Mydin dan Watson. Kat situ confirm ada. Belum lagi kat tempat tempat lain. Maaf, saya tak nak pakai bulu mata palsu. Cukuplah sekadar pakai maskara. Itu pun rasanya dah sangat memberatkan mata.


Soalan: Bolehkah memakai bulu mata palsu?
Wan Nur Esalina, Kuala Nerang, Kedah.
Jawapan:
Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934] Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.

Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.

Namun para ilmuan Islam memberi pengecualian kepada larangan di atas, iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan, penyakit atau kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening atau bulu mata. Bagi kes-kes terpencil ini, dibolehkan memakai rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu.

::sumber hafizfirdaus.com

Hmm, satu lagi pasal cukur kening. Saya memang taknak orang usik kening saya. Ye, ni memang kes lama. Dari dulu sampai sekarang. Kening hangpa semua dah cukup cantik dah. Tak payah la nak bentuk bentuk. Memang la mak andam nanti akan kata dia banyak kerja. Nak kena sorok sorok kening mana yang berterabur tu. Dah hangpa bayar diorang, biar la diorang sorok. Tak payah duk cabut. Buat sakit je. Lagi satu, pada mata saya. Orang yang kening lebat itu sangat cantik! Memang la ada sesetengah pendapat kata, tak apa cabut kening tapi dengan syarat mintak keizinan suami, berhias untuk suami. Masalahnya yang cukur kening, cabut kening tu sebelum akad nikah. Habis, dari mana datangnya suami tu?? Haih, dah Allah larang tu jangan banyak soal. Jangan buat.


HUKUM MENCUKUR KENING BAGI WANITA
SOALAN:
Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.
Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas.

JAWAPAN - Oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad
Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening, dari zaman nabi lagi telah ada persoalan ini, sehingga ada hadis-hadis Rasulullah SAW yang menjelaskan hukumnya.

Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri.

Menurut pandangan syara' adalah haram kepada seseorang perempuan mencukur bulu keningnya kerana itu bererti merubah ciptaan Allah dan merubah ciptaan Allah ini adalah dilarang keras di dalam Al-Quran. Perbuatan ini juga menyerupai masyarakat yang bukan Islam, sedangkan Islam sudahpun mempunyai identiti tersendiri dalam soal perhiasan.  

Di dalam sebuah hadis yang sahih melarang keras seseorang perempuan itu menyambung  rambutnya dan meminta orang lain menyambung rambutnya dan lain-lain, apalagi perbuatan mencukur bulu kening. Kecuali jika bulu-bulu tersebut tumbuh di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tumbuh pada diri perempuan, dikala itu wajiblah menghilangkannya, seperti tumbuh bulu di pipi, tumbuh misai dan janggut seperti lelaki, kesemua bulu-bulu ini hendaklah dibuang kerana ia memburukkan paras rupa seseorang perempuan.

Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu." 
Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.

Perbuatan-perbuatan yang disebut diatas termasuk mengubah ciptaan Allah.
Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka(kecuali untuk menghilangkan kejelekan yang luarbiasa), termasuk yang diharamkan ialah menghilangkan bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik.
Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.
Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.
Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.

Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah.

Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.
Para ulama’ berpendapat harus mencukur bulu-bulu tersebut supaya tidak kelihatan buruk,tapi bukan mencukur bulu kening melainkan bulu kening itu tumbuh hingga ke kelopak mata atau bersambung antara dua kening.
Lebih diharamkan lagi, jika mencukur alis itu dikerjakan sebagai simbol bagi perempuan-perempuan cabul.

Sementara ulama madzhab Hanbali berpendapat, bahwa perempuan diperkenankan mencukur rambut dahinya, mengukir, memberikan cat merah (make up) dan meruncingkan ujung matanya, apabila dengan seizin suami, karena hal tersebut termasuk berhias.
Harus diperhatikan di sini ayat yang 'diboldkan'itu, dengan izin suami dan sudah tentu di dalam rumahnya,jika diluar rumah sudah tentu tidak dibenarkan syara’. 
Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin:
Menghilangkan bulu alis (termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo) termasuk salah satu dosa besar, kerana Rasulullah SAW bersabda,
 
“La’anallaHul waashilata wal mustawshilata wannaamishata wal mutanammishata wal waasyimata wal mustawsyimah” yang ertinya “Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang membuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)
Oleh kerana itu hendaklah setiap orang lelaki (hadits tersebut juga berlaku untuk lelaki) mahupun wanita berusaha menjauhi perbuatan tersebut.
Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan mengundang laknat Allah.
Sebagai wanita muslimah yang menjunjung syariah suci sebagai panduan hidup, maka tidak sewajarnya kita terikut-ikut dengan cara wanita bukan Islam atau wanita fasiq menghias diri. Kerana kecantikan zahir yang kita dambakan itu sebenarnya tiada nilai disisi Allah SWT. Wajah kita hanyalah tempat jatuhnya pandangan manusia sedangkan Allah tidak memandang jasad yang cantik,bahkan tempat jatuhnya pandanganNya adalah hati kita. Maka perindahkan hati dan besihkan jiwa kita sebelum kita mencantikkan luaran kita. Sementara untuk mencantikkan rupaparas, hendaklah kita mengambil kira pandangan Allah dan RasulNya, jangan sesekali kita membelakangkan Tuhan dalam urusan hidup kita.



sumber: http://johor.ikram.org.my

Survey Bridal

Assalamualaikum..

Memandangkan tarikh perkahwinan kami telah ditetapkan, maka saya sekarang sibuk mengsurvey bridal di sekitar Kuala Krai dan Kota Bharu. Awal sangat ke? Hmm.. Ntah la. Tapi memang dah patut survey dan book sebab majlis kawen tu akan berlangsung musim cuti raya dan cuti sekolah. Weekend pulak tu. Takut full booking je..

Antara bridal yang dah saya pergi: [sila gerakkan buah ceri saya pada bridal sebab sesetengahnya adalah link untuk anda ke facebook mereka]
Kuala Krai:-

Address: Lot 715-E, Guchil 5, 18000 Kuala Krai, Kelantan
H/P: 019-9064922

Harga pakej: ikut pelamin

Rasanya paling murah pun RM2300. Harga tu termasuk pelamin, hiasan bilik tidur, 1 pasang baju exclusive (couple), 1 pasang baju biasa (couple) dan 1 kali make up.
Kalau up sikit jadi RM3500, tambah untuk hiasan meja makan beradab dan 1 kali lagi make up untuk akad nikah. Tapi make up akad nikah tu kena pergi ke kedai sendiri.
Dan kalau untuk yang nak buat majlis kat dewan harga pakej dia lebih kurang RM5000.
Make up memang cantik, baju pun super duper cantik. Tapi saya tak mahu pakej-pakej termasuk pelamin tu. Saya cuma mahu hiasan bilik tidur, make up dan baju sahaja.
Orang kata Awie Bridal ni pilih bulu sikit. Tapi masa saya pergi hari tu, OK je. Ramah tamah je dia dan pekerja.
  • Riana Pengantin
H/p: 0199067728
Address: Guchil 5, Kuala Krai, Kelantan
Open: Sabtu- Khamis 9.30am-6.00pm

Pakej: Lebih kurang RM2500. Harga termasuk baju 3 pasang biasa, 1x make up, gambar 1 roll (x sure maksud 1 roll ni macamana), hiasa bilik dan pelamin. Jika tak nak gambar boleh tolak RM1500.
Kalau cuma nak sewa baju, untuk sepasang baju biasa (couple) with accessory RM200. Kalau untuk baju exclusive pulak RM350.
Untuk make up akad nikah harga selalunya RM100. Untuk make up sanding dia ambik RM150. Oh, mak andam perempuan ye..

  • Nick Pengantin
Add: No 255C, Guchil 4, 18020 Kuala Krai, Kelantan
H/P: 019-9105584 (nick), 0145054064 (nazri)

Standard price: RM850.
Termasuk hiasan bilik, baju 2 pasang, 1x make up dan 1 roll gambar.
Untuk pakej mini pelamin RM700
Termasuk baju sepasang, 1x make up dan 1 roll gambar

  • Kak Tie (lupa nama kedai)
Add: Guchil 4, 18000 Kuala Krai, Kelantan (beberapa pintu dari kedai nick pengantin)
H/P: 014 535800/0129380281

Pakej:
Paling murah masa saya gi tanya :RM1500
Paling mahal: RM2500
Pakej tu berbeza sebab pelamin. Dalam pakej2 ni boleh dapat 2 pasang baju (tak ada beza nak sewa mana mana baju, semua sama harga), hiasan bilik tidur, 1x make up, dan 1 roll gambar = 36 keping.
kalau nak ambik make saja pon tak pe. Kalau make up kat kedai RM50.00. Kalau kat rumah, bergantung kepada jarak perjalanan. Kalau ke rumah saya dia sanggup ambik RM80.00.
Ada juga sewa par dan alas. harga RM4.00/par. Gubahan pula harga mengikut design.
Kak Tie sangat2 mudah berurusan dengan dia. 

Add: PT 4689, Taman Teknik, 18000 Kuala Krai, Kelantan
H/P: 0199107311

Kat kedai ni saya terus tanya untuk pakej bilik sahaja. Tak nak rugikan masa tengok-tengok gambar pelamin.
Standard price untuk pakej bilik RM1200.
Harga termasuk hiasan bilik, sepasang baju (couple) dan satu kali make up.
Kalau untuk pakej akad nikah pulak lebih kurang RM400. Harga tu termasuk sepasang baju, make up, gambar dan bantal yang orang guna untuk akad nikah tu.
Kalau nak sewa baju harga lebih kurang RM200 sepasang untuk couple set.

Oh, dia juga sediakan khidmat kanopi dan meja makan beradab.
Untuk kanopi, paling murah harga 1 kanopi RM250. Manakala untuk kerusi yang berbungkus, kipas, scallop, harga dalam RM350 1 kanopi.
Hiasa meja makan beradab pula price bermula dengan harga RM150 hingga RM400.
Rasanya nanti saya pilih bridal ni je kot. All in one.

Yang kat atas tu adalah hasil survey saya seharian di bandar Kuala Krai. Tak tahu la kot kot ada lagi bridal yang tertinggal dan tak terjengah. Yang kat bawah ni pula hasil survey saya di kawasan berdekatan tempat kerja dan tempat tinggal.

Add: Cherang (opposite Restoran Selera Cik Siti)
H/P: 0129223101
Open: Rabu - Isnin

Kak sue xmo pergi area umah saya. So saya xde list harga pakej pelamin dan segala. Ada pon harga make up dan sewa baju.

Baju biasa (couple with accessory) RM350
Baju exclusive (couple with accessory) RM600
Make-up menyambut menantu di kedai RM250

Add: Jalan Guchil Bayam
H/P: 017957329/0129495090

Kedai ni sanggup pergi kampung saya. Caj pengangkutan RM200
Saya cuma tengok pakej mini pelamin (Suci Terpatri) RM800
Harga pakej termasuk 2 pasang baju (couple), 1x make up, accessory pengantin, bunga tangan dan par alas. Oh, lupa. Saya tukarkan mini pelamin tu dengan hiasa bilik tidur.

Itu je yang baru survey. Nanti gi jalan jalan tengok lagi.

Wednesday, 14 March 2012

~~senarai semak saya~~

Assalamualaikum..

Kali ni nak kongsi kongsi pasal wedding planner.. mengikut senarai semak saya.. Bukan semak samun ye..

Pilih tarikh
  • akad nikah: 24/8/2012
  • umah saya: 24/8/2012
  • umah dia: 25/8/2012
Tema dan konsep: 
  • saya mahu konsep sakura!!!! ni mungkin gara-gara selalu melayan cerita korea dan jepun.
  • tema: sakura tu dah tentu pink putih.. tapi bab baju nak kaler yang sangat sangat kontra. biru letrik, oren + silver gray and kuning @ merah untuk majlis rumah dia.
Cari maklumat khidmat perkahwinan
  • pasal bridal dah survey cuma belum booking
  • katering tak perlu sebab mak kata nak gotong royong
  • photographer: enchek tunang uruskan sebab maybe ambik dengan kawan dia
Buat anggaran belanjawan
Bincang jumlah mas kawen dan hantaran
Kursus Kahwen
Kira jumlah perbelanjaan dan rekod setiap pembelian
Rancang destinasi dan tarikh honeymoon
Jaga kesihatan dan penampilan
Checklist barang barang hantaran
Tempah jurunikah
Tempah busana dan mak andam (bridal)
Senarai tetamu
Tempah kad jemputan
Tempah photographer
Pilih cincin
Mula beli barang hantaran
Beli door gift untuk tetamu
Tempah penginapan untuk saudara jauh
Medical check-up
Beli perabot baru (dah booking da)
Mula hantar kad
Gubah barang hantaran
Cuba pakaian nikah
Selesaikan segala urusan dengan pejabat agama
Hubungi mereka yang berkenaan
Pastikan kehadiran jurunikah, saksi, dan saudara terdekat
Pastikan kelengkapan lain sempurna
Pastikan segala urusan dgn pejabat agama sudah selesai
PASTIKAN MENDAPAT REHAT YANG CUKUP

SENYUM DAN JANGAN GELABAH

~~bila benci jadi sayang~~

Assalamualaikum..

Mari kita berkongsi rasa. Pernah tak kamu kamu rasa menyampah sangat, tak suka sangat dengan sesorang tu. Tapi lama lama jadi sayang? Pernah ke? Tu la.. Orang tua tua selalu kata, jangan benci sangat, nanti yang dibenci tu la jadi 'tersayang' pulak.

OK.. mari bercerita. Sebenarnya dulu saya cukup anti dengan lelaki melayu kelantan. Ulang taip "LELAKI MELAYU KELANTAN". Sebabnya tak diketahui. Untuk berkawan ye, sangat boleh. Tapi untuk jadi partner tu sangat-sangat di tolak. Kalau cinta monyet vs kura-kura tu ada la. Mungkin sebab lelaki melayu kelantan yang saya kenal tu sangat tidak berkenan di hati saya. Egois, bodoh sombong, baran, mendesak. Banyak sungguh sifat negative kalau nak di senaraikan.

Oleh sebab itu saya lebih selesa berteman tapi mesra dengan chinese @ india. Ops.. yang pasti not typical indian and chinese. Ala.. tu zaman study dulu. Masa zaman IPT pon, masih lagi agak kurang senang untuk bercinta dengan mat klate.  Lagi sanggup bercinta dengan orang luar dari klate dan yang jarang-jarang jumpa.

Dulu, sangat sangat tak suka:
  • lelaki melayu kelantan
  • lelak berisi
  • cinta yg boleh tgk ari-ari
 Saya selalu berharap:
  • cari jodoh orang paling jauh~ utara dengan selatan, timur dengan barat pon tak kisah~
  • kalau mix pon xpe ^-^
  • cinta jarak jauh ~sb  rasa macam rimas je kalau selalu jumpa~jauh tu mengajar erti rindu~
  • nak lelaki kurus, mata sepet tapi hidung mancung dan kening lebat.. wohaaa~ sy suka pandang kening orang lepas tu baru tgk mata~
  • saya mahukan lelaki yang lagi bijak dari saya..

Tapi sekarang ni..  2 benda yang saya tak suka tu terjadi..  enchek tunang adalah anak jati kelantan dan melayu tulen. berisi dan bulat pulak tu. Hmm.. bab cinta yang tengok hari hari tu tak berlaku. Kami PJJ. Mungkin lepas kawen pon still PJJ.

Walaupun dia bukan seperti yang saya harapkan.. Saya terima dia seadanya. ^-^
Sebab dia tak seperti LELAKI MELAYU KELANTAN yang dalam list saya dulu. Ngee.. Benci lagi.. Tak suka lagi.. Kan dah jadi chenta hati..

Jodoh ajal maut itu rahsia ALLAH..

Monday, 12 March 2012

My E-day

Assalamualaikum..

Semalam, 11/03/2012 Alhamdulillah saya selamat menjadi tunangan kepada enchek Mohd Junid Mohd Sidek..  Semua macam dirancang. Majlis kecil-kecilan. Majlis merisik, bertunang dan pertemuan dan sesi suai kenal 2 keluarga.

Fuhh... Lega.. Majlis dilakukan di rumah mak angkat saya.. yang tak berapa jauh dari rumah saya Sebabnya, rumah saya belum siap dibina. Yang lagi kalut dari saya pun family mak angkat saya. Haih, mok pon tak kalut gitu.

Pagi pagi, abah dikerahkan tangkap ayam, sembelih dah cabut bulu ayam. Saya pun terkena sekali. Tolong cabut cabut bulu ayam kampung. Tolong tolong potong bawang. Lepas tu kena gi beli kuih untuk dijamu kepada tetamu.

Pagi tu ok la.. Tetap cool je. Bila enchek tunang kata dah bertolak pon, still tak rasa apa apa. Tapi bila dia kata dah masuk area krai.. Jantung dah mula dup dap dup dap.. Oh, macam ni ke rasa berdebar? Muka yang tak berapa di mekap ni pun dah mula berpeluh peluh. Risau takut cincin tak muat lagi.. Agagaga.. maklum je la, Saya dah makin gemuk.

Bila pihak lelaki sampai, first jamu makan nasi dulu. Ye la, dah lepas waktu makan tengah hari tu. Confirm la perut dah start nyanyi lagu laukku cukup masin dan keroncong ana. Lepas tu baru majlis bermula.

Ayoh ~tok imam kat kampung saya~ juga dah macam tok saya dan ayah angkat mok~, memulakan majlis. My abah hanya diam seribu bahasa di sebelah ayoh. My future abah pula awal awal duk depan ayoh. Lelaki lelaki berbincang. Perempuan perempuan bersembang. Cuma bila my future abah dan ayoh tanya, baru la mok dan my future ma jawab. Lepas tu sambung sembang lagi..

Lepas tu sarung cincin. Dalam risau muat tak muat tu.. Nasib baik muat jugak. Ngeh ngeh ngeh.. Dan sambung bincang lagi.. Tarikh kawen InsyaAllah 24 Ogos 2012. Tu untuk majlis akad nikah dan majlis umah pengantin perempuan. Manakala rumah enchek junid pula InsyaAllah 25 Ogos 2012. Oh, masa tu cuti musim raya tau. Musim cuti sekolah jugak.

Harapnya, jodoh kami berpanjangan. Harapnya juga semua berlaku seperti dirancang, Saya tidak menginginkan sebuah majlis perkahwinan yang gilang gemilang.. cukuplah perkahwinan yang diberkati dan di hadiri tetamu dan keluarga yang saya sendiri sempat bertemu mata dan bersua muka. yang saya sendiri sempat melayan tetamu yang datang bertandang.

Harapnya juga.. majlis perkahwinan saya akan jadi majlis reunion untuk kawan kawan 1 sekolah, satu kolej dengan saya untuk berkumpul.. Itu harapan saya.. ^-^

Friday, 9 March 2012

Jadi ke tak jadi ni???

Assalamualaikum..

Ntah apa yang jadi ke tak jadi.. Actually ahad ni, 11/03/2011 tu my E-day. Tapi sekarang ni, weekend macam ni yang sepatutnya orang kalut-kalut wat preparation, saya boleh bantai gi keje lagi. Sampai member yang tahu pasal ni tanya, jadi ke tak majlisnya?

Insyaallah jadi. Lagi pun majlis tu adalah majlis untuk keluarga terdekat sahaja. Tak ada apa yang nak di kecoh-kecohkan. Bukan saya buat besar-besar sampai ada pelamin bagai. Kalau kawen pun takmo pelamin, apatah lagi bertunang.

Majlis ni kiranya merisik dan bertunang sekali. Dan paling penting saya nak keluarga dua belah pihak berkenalan. Itu je. Yes! I just wanna simple E-day. Bukan suruh family datang bawang 10 dulang pun. Cuma datang bawa diri dan tetapkan hari. Itu je.

Tapi ye lah.. Orang orang tua. Nak buat cincai cincai sangat pon tak boleh. biar nampak formal sudah. Oh, esok pon saya masih bekerja. Hmm.. nampak je cool. Saya dah minta sister buatkan serba sikit. Nak saya buat sendiri? Ntah bila baru siap. Tak ada kemahiran dan minat la kalau bab kreatif ni.

Islam kata, masa bertunang tak elok degembar gemburkan. Sebab tu juga majlis ni di buat untuk keluarga sahaja. Dikalangan teman-teman pun, berapa orang je yang tahu. Termasuk la kamu yang tengah baca ni. Kalau tak baca, tak tahu jugakkan?

oh, saya akan jadi tunangan kepada enchek mohd junid mohd sidek?
macam tak percaya je. ^-*
doakan jodoh kami ya..

Monday, 5 March 2012

Hilangnya seorang teman

Assamualaikum..

Hari ini, 5 Mac 2012 bersamaan 12 Rabiulakhir.. teman dan sahabat satu sekolah menengah dengan saya telah pergi meninggalkan kami jam 8.30pagi tadi. Dia.. Hazreen Ariffin yang saya kenali sangat baik orangnya. Mudah mesra dan sangat mudah membantu teman-teman.


Kalau diikutkan, kami cuma rakan satu sekolah. Bukannya rakan sekelas. Namun, berlainan kelas tidak membuatkan kami tidak mengenali satu sama lain. Sementalahan kami sama-sama pelajar aliran agama walaupun masa tu kami bersekolah di sekolah menengah biasa.

Selepas sekolah dulu, kami terputus hubungan. Dan hanya sesekali berhubung di muka buku. Itu pun sekadar bertanya khabar dan jarang bersua muka. Sehinggalah baru-baru ini seorang BFF arwah menghubungi saya ketika dia dimasukkan ke wad 2 Intan, HUSM KK. Dan Alhamdulillah, dari situ saya boleh berhubung dengan beberapa orang rakan yang dah lama menyepi.

Dimasukkan ke wad kerana selalu sakit kepala dan lemah badan. Dan dikatakan ada berlaku brain infection.Agak menjadi tanda tanya sebenarnya. Sehinggalah selepas ujian darah dijalankan. Arwah dirawat sebagai pesakit Toxoplasmosis. Baru beberapa kali melawat arwah sewaktu dia sedar, saya di khabarkan dia koma.

Masa melawat dia, banyak yang kami sembangkan. Ia la.. bertahun tak berjumpa. Itu pun saya masuk menziarah dia selepas waktu melawat. Guna kad staf USM untuk melawat pada bukan waktu melawat. Hmm.. Kalau dengar perancangan arwah, dia nak gi majlis kahwen kawan-kawan kami. Yani 10Mac 2012 dekat Perak dan Jimi 11Mac 2012 dekat Putrajaya. Dan kalau ikut plan dia juga, dia nak gi bercuti dengan family di Sabah. Flight pun dah booking. Dia juga ajak saya untuk bercuti di Melaka hujung bulan 3 ni. Ya Allah...

Terkejut? Ya. Sangat terkejut sebenarnya. Namun, dalam keadaan dia koma, saya tidak berkesempatan untuk menziarahinya. Sehingga semalam, naluri sangat ingin menjenguk dia. Namun kerana kekangan masa dan penat, saya terus pulang ke rumah tanpa sempat menjenguknya.

Semalam, oleh kerana rasa ingin bertemu dengan arwah namun tidak berkesempatan. Hanya doa saya panjatkan sungguh-sungguh kepada ILAHI. Mohon yang terbaik untuk arwah. Andai hidup baik baginya, maka sembuhkanlah dia. Andai mati itu lebih baik baginya, ambillah nyawanya dengan cara paling halus.. Paling tidak menyakitkan.

Dan pagi ini, saya dikejutkan dengan berita ketiadaan dia. Kenalan saya dan arwah, yang juga HO di wad 2 Intan mengkhabarkan di wall FB arwah yang arwah telah tiada. Innalillah..

Saya menyampaikan ketiadaan arwah pada teman-teman sekolah dulu yang boleh dihubungi. Bergegas ke 2 Intan untuk menziarahi arwah dan keluarga. Mek, ibu arwah masih mengenali saya. Dalam sebak, saya kuatkan semangat. Cuba untuk tenangkan mek. Walau dalam hati sendiri rasa terkejut dan sebak itu ada.

Saya iringi jenazah sehingga ke mortuary. Dalam hati berdoa agar dipermudahkan dan dipercepatkan segala urusan. Pihak mortuary kata jenazah perlu dimandi dan dikafankan di sini kerana body fluid dari arwah mungkin boleh menyebabkan infection kepada orang lain.

Dalam berat hati, family arwah tetap membenarkan. Walau hakikatnya mereka ingin membawa pulang jenazah dan memandikannya di rumah. Saya dan Faiz (kenalan kami; HO 2 Intan) hanya menemani keluarga arwah sehingga di situ.

Arwah akan dikebumikan selepas Asar petang ini. InsyaAllah segala urusan pengebumiaan akan dipermudahkan.

 
Moga arwah Hazreen Ariffin ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.