Friday, 1 June 2012

Musim orang kawen

Assalamualaikum..

Hmm... Saya sangat busy minggu lepas.. Busy dengan keje dan kenduri! Haks... Mesti anda juga begitu kan? Anda.. Macam skema je.. Hahahaha...

Memandangkan minggu  lepas adalah minggu saya terpaksa asist doc grossing.. Maka kerja kerja saya selalunya lebih kepada waktu pagi. Kalau pun ada nak grossing waktu petang.. Masih boleh deal MO bertugas..

Sabtu 26 Mei 2012
Wedding Kak Yana dan Encik Amri

 

Masa saya pegi tu pon dah lewat dah.. Dah asar dah pon masa tu.. Tak sempat pon nak tengok kak yana pakai baju biru ni.. Masa tu dia tengah siap siap nak gi outdoor dan pakai baju pink kat bawah ni. Tapi saya suka biru...

 

 Ahad 27 Mei 2012
Wedding Kak Mimie dan Abe D

Gi majlis ni selepas mengula waktu keje. Eh.. Sebenarnya dah deal dengan NZ.. Nak siapkan grossing awal awal.. Sebab nak gi majlis kenduri. Kiranya kalau grossing termasuk lunch hour pon tak kisah la. Pastinya siap keje dulu baru mengula.
Yang sadisnya.. konon konon keluar awal untuk gi majlis kak mimie.. Tapi alih alih stuck in jam. Sampai rumah kak mimie.. Dia dah salin pakai jubah biasa je.. Waaaa.... Lagi sedih tau tak sempat nak bergambar dengan pengantin.
Dengan dua dua pengantin ni.. saya memang dah kenal. So boleh la bersembang lama lama. Apatah lagi saya pergi usai majlis dah. Siap tanya Abe D berapa kali lafaz lagi. Hahaha...

 
oh.. ni bukan pelamin asal ok.. ni pelamin khusus je.. Hahaha..


Isnin 27 Mei 2012
Wedding adik Tiny dan Sam

Yang ni pergi lepas keje. Mahu sesat jugak la. Sebab dalam peta ada masjid.. Tapi kat tepi jalan tu saya tak jumpa pon masjid tu. Alih alih saya jumpa rumah pengantin pon sebab klinik kesihatan. Oh.. sungguh sadis rasanya.
Pengantin ni masih lagi berbaju pengantin masa saya sampai lewat jam 5 tu. Warna baju macam emerald je. Ke kaler apa ye? Dah macam buta warna je pulak.



comel giler gambar ni.. memang superb la photographer dia.. dan kerusi and teddy tu cute sangat... mana mahu cari itu kerusi???

Untuk pengantin baru::
  • Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga akhir hayat.. dipenuhi barakahNYA.. InsyaAllah..moga mendapat zuriat yang soleh dan solehah

oh.. mereka adalah kenalan saya di ASAKELATE.net.. tempat dimana saya berkenalan dengan enchek junid.. ukhwah itu indah kan? dari kenal kenal dekat dekat FRIENDSTER, kemudian ke ASAKELATE.net.. dan ALHAMDULILLAH.. kami pernah bersua 4 mata juga.



p/s: gambar dari fesbuk diorang je ni..

Tuesday, 29 May 2012

Sembang Kencang

Assalamualaikum..

Hmm.. sesekali keluar berdating dengan teman teman lama indah juga ye. Bertanya khabar, mendengar berita mereka yang sudah lama tidak bersua. Biar pun sebenarnya hanya keluar bersama dua hingga tiga orang sahaja. Tapi cukup untuk menggamit banyak memori.

Malam ni keluar bersama rakan sekolej, sekelas masa study di PTPL dulu. Banyak jugak benda yang disembangkan. Ah.. Kadang-kadang jadi rindu juga zaman belajar.

Dari cerita pasal diri masing masing.. Sampailah kepada khabar khabar teman yang lain. Saya? Memang lost contact dengan mereka. Sebabnya saya selalu menyepikan diri. Orang mesej, call... Belum tentu saya jawab. Apatah lagi kalau mahu memulakan perkhabaran. Kecuali "twin" saya di PTPL tu. Merangkap classmate, housemate, roommate.. Dia sahaja rasanya yang saya berhubung. Yang lain-lain, saya hanya tunggu perkhabaran dari mereka.




Dari cerita sesama sendiri.. Mula bercerita tentang lecturer. Oh, saya hanya mampu mendengar. Cuma kadang-kadang boleh menyelit lecturer yang kamceng dengan saya. Yang mana still contact di muka buku. Waa... Nak sangat kumpul ramai ramai balik. Mesti lagi banyak cerita yang nak disembangkan.

Friday, 25 May 2012

Menghitung hari

Assalamualaikum..

Hmm.. Sedar tak sedar, dah 2 bulan 2 minggu saya menjdi tunangan enchek junid. Dan sedar tak sedar, majlis kawen akan menjelang dalam masa 3 bulan dari sekarang. Oh.. Satu apa pun tak settle lagi.


Kalau ikut planning.. Maybe awal June enchek junid akan balik. Semua benda nak buat masa tu. Dari tempah kad kawen, HIV test, pilih dan fitting baju sampai la nak pergi shopping barang hantaran. Oh, kerja gila.

So, sekarang dah decide nak buat warna apa..
Akad nikah: white pearl
Sanding: Oren
Bertandang: Kuning
Outdoor: Electrical blue
oh.. Hiasan bilik dan hiasan lain warna silver grey + black. Okey kah? Kalau tak ok pon ada saya kisah? Hahaha.. bukan apa.. sebab warna dan perabot bilik tu warna merah hitam putih. Kira warna selamat je laamik silver gray dengan hitam tu.

Eh, ada cadangan tak untuk outdoor tu nak buat kat mane? Tak tau nak gi mana la.. Kalau nak ikut tempat dating.. Oh, cannot sama sekali. Sebabnya kami dating tempat makan dan shopping je.. Asal dating je, KB Mall, Wakaf Che Yeh dengan PCB.. Nak amik gambar dekat PCB tu? Boleh la diterima akal.. Tapi kalau dekat KB Mall dengan WCY tu.. mau masuk akhbar sinar harian. Lepas tu sebulan tak pergi KB Mall. Hahhaha..