Didik Al Quran

Sunday 16 September 2012

Selesai sudah..

Assalamualaikum..

Lama rasanya tak meng'up date' blog ni..
Alhamdulillah.. 
Pada 24.8.2012 jam 11am.. 
Saya selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati..


Majlis walimah yang simple saya kira...
Akad nikah dan terus sanding..
Sandingkah??
Not really..
Sebabnya kami tak sediakan pelamin..
Hanya hiasan bilik tidur sahaja..


Esoknya..
25.8.2012
Terus diadakan majlis bertandang @ sambut menantu..
Penat!!! Memang sangat penat!
Serius.. Saya tak sempat memanjakan badan sebelum majlis..


Nasib baik ada dayang dayang yang setia membantu..
Mereka yang datang membantu sebelum majlis nikah..
Mereka yang "menyental" badan saya dengan beras pulut yang di bland..
Buddies.. Special thanks...
I'm really appreciate that.. 

28.082012 - 1.09.2012..
Kami ke Kuala Perlis dan Langkawi..
Kiranya berbulan madu di sana la..




Monday 13 August 2012

Persiapan raya & kawen

Assalamualaikum..
Sedar tak sedar.. Malam ni dah malam ke 25 Ramadhan...
Hitung hitung hari..
Lagi 5 hari nak raya..
Dan lagi 9 hari nak bertukar status..
Glup..

Persiapan raya macam tak ada..
Tak ada baju raya baru..
Tak ada apa-apa yang lebih untuk beraya..
Bajet duit raya untuk budak budak pun terhad sahaja..
Yang ada cuma biskut biskut raya yang dibeli..

Oleh kerana Big Day akan menjelang beberapa hari selepas raya..
Maka bajet lebih berhabis untuk majlis kawen tersebut..
Beli itu.. Beli ini..
Shopping itu.. Shopping ini..
Huhuhu.. Rasanya majlis kawen yang saya mahu laksanakan ni..
Tidaklah terlalu grand..
Cuma majlis biasa yang lebih tertumpu kepada family dan rakan rakan..
Tapi kalau majlis kecik begini sudah terbang beribu..
Bagaimana agaknya kalau persiapan yang mewah ye?


p/s: apa agaknya perasaan orang nak kawen?
berdebarkah??
kenapa saya masih belum merasa perasaan itu?

Wednesday 8 August 2012

Akok; resepi mok saya

Assalamualaikum..
Sepanjang bulan Ramadhan ni, rutin harian mok adalah berniaga akok.
Hmm.. Selalunya bila weekend tugas mengacau adunan dan membakar itu adalah tugas saya..

gambar sumber pakcik google

Mok masih menggunakan cara tradisi..
Bakar dalam bekas tembaga yang berat tu..
Guna arang sebagai api atas..
Tapi dapur gas sebagai api bawah..

Resepi Kuih Akok
Bahan-bahan
2kg gula     
20keping gula manisan @ gula melaka
-cairkan dengan 500ml air

100biji telur
1kg gandum
2kg santan
sedikit pewarna hijau -kami guna air pandan-
setitik esen vanila - taknak bau hanyir telur

Cara-cara
  1. Sejukkan air gula melaka pada suhu bilik
  2. Pecahkan telur satu persatu. -Simpan 10 biji-
  3. Masukkan gandum, santan dan air gula melaka. Kacau.
  4. Pukul sampai kembang. -Saya bland je dengan blander- Tapiskan dengan penapis.
  5. Setelah semua adunan di bland, masukkan sedikit pewarna dan esen vanila.
  6. Bakar guna api kecil. 
**Adunan ni selalunya kami dapat buat sehingga 280-300 biji akok.

Wednesday 1 August 2012

my thepoplook.com collection

Hari tu ada beberapa orang tanya..
Ada brapa banyak baju ni?? 
Maksudnya long dress @ maxi yang selalu saya pakai tu..
Sebenarnya tak adalah banyak mana...
.......................


Saja nak listkan apa yang dah terbeli dekat thepoplook.com tu

Ophelia Maxi Dress - Dark Purple

POPPY
RM 69.00
**saya punya bukan yg tall.. utk ketinggiaan biasa je** 



Portia Maxi Dress - Beige

POPPY
RM 69.00
 


 
Simple Cardigan - Grey

Pop Selection
RM 49.00



Portia Maxi Dress - Fuschia

POPPY
RM 69.00

 

Linda Flare Dress - Green

Pop Selection
RM 56.00

 

Panel Jersey Tunic - Red

Pop Selection
RM 69.00
 


 Jesse Palazzo Pants - Mustard

Pop Selection
RM 66.00
 


 Penny Chiffon Maxi Dress - Red Grape

POPPY
RM 69.00
***seakan ni.. tapi saya punya polkadot 



Tamara Maxi Dress - Pink

POPPY
RM 69.00



Lucy Chiffon Maxi Dress - Blue 
 
POPPY
RM 76.00


 

Tuesday 31 July 2012

Iftar bersama future MIL

Assakamualaikum..
Hehehehe... Semalam keluar berdating bersama buddies..
Hari ni bersama housemate & future MIL..


Future MIL


Buddy.. epiey bulat




Kali ni gi makan di Padi Cafe & Restaurant,
Berek 12, Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Bharu.

Makanan dan harga kat situ berbaloi. Standard la. Makan 3 orang baru RM36.00 kot..
Tu pon sebab kami makan...

sayur campur goreng

 daging black papper
**MIL rupanya tak makan daging import.. ** kena alert nih lain kali..


tomyam ayam


 chocolate ice blanded utk saya & buddy
neskepi ais utk MIL


 oh.. dia sediakan kurma jugak

 Kalau nak buat tempahan berbuka, boleh tempah dulu di talian berbayar::
0199585885

 

Monday 30 July 2012

Iftar bersama buddies

Pejam celik pejam celik.. Dah hari ke 10 berpuasa.. Alhamdulillah.. Walaupun sebenarnya puasa tak cukup pun 10 hari tu..  Lagu raya pun dah banyak di radio.. dan hypermarket..
:P

Pagi tadi sangat kemalasan nak bangun bersahur. Bangun minum air dan sambung tido balik.. Bangun bangun solat subuh. 



Malam ni berbuka puasa bersama buddies di Pinang 1000..
Nina, kak haizam & epiey..




~~muka muka lapar~~

ikan siakap 3 rasa

telur bungkus

kangkung goreng belacan

sotong celup tepung

sup ayam


 Total harga makan + 1 jag air tembikai + sepinggan colek buah = RM76.00

Monday 23 July 2012

Radiusite + Thepoplook

Assalamualaikum..

Hari tu pergi majlis bertandang rumah enchik apis @ "abe apis" dan kak ummi. Melaram la jugak.. Mengada pakai long dress dan half moon shawl.. Oh, abe apis tu sebab kak ummi pertikaikan.. Kenapa panggil dia akak tp tak panggil apis tu abe.. Perlukah?? Hahaha... Dah terbiasa panggil apis masa mula-mula kenal.. Susah kot nak tukar panggilan..



Bila upload 2 gambar ni kat facebook.. Ramai jugak tanya pasal tudung ni.. Ekceli tudung ni beli kat Radiusite. Ada la terbeli beberapa helai tudung tu.. Siyes.. Sangat cantik.Yang saya pakai tu kaler cream..
Lagi 2 kaler ni..

kaler electric blue


kaler off white

Maxi dress tu pulak beli dekat thepoplook.

Tamara Maxi Dress - Pink

Thursday 19 July 2012

Yes, I'm look young.. But I'm already 25

Assalamualaikum..

Hahahaha.. Tajuk entry tak boleh blah langsung.. Sila abaikan. Tapi ada sape2 setuju tak??

Lepas balik dari majlis kenduri di rumah kak ummi, turut kena tempias soalan dari Dr. Shakir dan Dr. Ikhmal. Ummi dah lepas.. Awak bila lagi??

Erk.. Itu soalan cepumas bila geng sendiri kawen kan?? Then bila jawab dengan jujur dan ikhlas, nak kawen lepas raya nanti.. Dr Ikhmal macam tak percaya pulak. Siap interview dah bertunang ke, bila bertunang, tunang keje apa, kat mana.. Haih.. Banyak pulak soalan dia. Dah la masa tu elok elok pegang scapel sebab nak grossing. Haish.. Banyak cakap sungguh.

Emm.. Mok kata.. Masa dia edarkan kad kawen kat kampung pun ada jugak yang macam tak percaya yang saya akan mendirikan rumah tangga. Pelik sungguh mereka mereka ni. Saya bukanlah terlalu muda untuk berkahwin. Kalau ikutkan, dulu masa abis Diploma tu nak je kawen terus. Tapi tak ada pulak orang masuk meminang. Heh.. Well... Ekceli saya memang berhasrat nak kawen muda ok.. Hahahaha.. Sebabnya mok dulu pun kawen umur 21 cam gitu la..

Cuti weekend hari tu sibuk jadi driver tak bergaji mok. Edar kad sana sini. Oh, time ni la baru saya tau.. Saya sangat ramai saudara mara. Patut la mok beria suruh buat kad banyak banyak. Sedara mara pun dah berlambak. Seluruh daerah kelantan ni pergi menjemput. Pergh... Penat ooo...

Oh, pasal saya nampak muda..hahaha.. nak kata saya perasan la tu. Meh nak kasi petua sikit..
~saya selalu banyak minum air putih..
~minum air putih sesudah bangun dari tidur.. jangan gosok gigi baru nak minum air pulak.
~jangan makan berulam air
~jangan mekap tebal2
~kalau mekap, make sure bersihkan mekap sebelum tido
~selalu pakai pelembab muka kalau duk bilik berhawa dingin

Sekian.. itulah petua saya :)
Mari berawet muda bersama saya..

Monday 9 July 2012

Seorang dah lepas.. 3 lagi coming soon..


Assalamualaikum..

Weekend hari tu, kami ~3 dara pingitan makmal patologi~ syud, nurul, eda~ telah ke Rasah Kemayan, Seremban 2, Negeri Sembilan untuk majlis nikah housemate merangkap rakan sekerja.

tak nampak awan penuh.. sebab sit no 11..

Kami ke sana awal sehari dari hari majlis. Terbang jam 7.50am dari KB. Turun ke LCCT singgah singgah makan dulu.. Baru ambik cab ke home sweet home ummi atikah. Sampai sampai orang dah siap pasang khemah. Pakcik Ayub ~ayah kak ummi~ tengah pantau orang bekerja.

Salam diberi. Alhamdulillah.. Tuan rumah ~makcik Jamiah~ masih kenal kami. Orang tengah rewang masa kami masuk tu. Packing-packing jajan untuk door gift. Kami pon join la sekali. Rajin sungguh kami ni kan?? Hahahaha.. Promote diri sendiri.


Oh, tengah tengah packing jajan.. Ternampak tart nenas yang besar, gebu dan meyelerakan. Mata duk terpandang pandang je. Tak senonoh sungguh. Tapi memang superb sedap la. Tuan tart kata, cakap tart gebu tak apa. Jangan kata gemuk je.

 see... besar dan gebu.. sedap, kurang manis. RM1 sebiji

Petang tu kami ke homestay. Pergh... Gila besar rumah tu. Penat la sesapa yang jadi bibik kat situ. Bilik air je dah ada 4. Jenuh kot nak menyental. Tapi apa yang best keliling rumah tu banyak pokok pokok buah buahan dan sayur. Kira tuan rumah suka berbudi pada tanah la ni. Hmm.. Buku pun banyak. Itu yang paling best.

Malamnya kai ke rumah bakal pengantin lagi. Beria je tumbuk inai. 3 dara pingitan merangkap dayang-dayang ni dan juga photographer berbayar.Alih alih tak boleh pakai. Bukan sebab tak merah, tapi sebab basah sangat. Huhuhu.. Sesia je tau..

Esoknya, after breakfast dengan door gift yang kami ambik sebelum majlis dan juga roti serta biskut yang dibeli malam semalam. Sambung tido dulu, lepas tu baru gerak ke rumah pengantin. 

kamilah si dayang dayang

Pagi majlis ~07072012~ apa lagi yang dapat di tolong ye? Tolong menyibuk je la. Dayang dayang berdua tu.. Jadi orang kuat majlis. Bawa kipas lipas sepanjang masa. Hehehe.. Saya mengelek camera. Follow cik photographer. Pada hal, tak ada la banyak mana ambik gambar pengantin. Kui3..

Alhamdulliah, lebih kurang jam 11am tu, enchek hafiz selamat menjadi suami kepada puan ummi atikah dengan sekali lafaz. Dinikahkan oleh pakcik ayub sendiri. Giler syahdu masa bacaan taklik tu. Sob sob.. Rasa nak nangis kot. Dah hilang dah sorang rakan membujang.


putih suci pengantin baru

Petangnya tak ada majlis sanding pun. Tapi tetap ada pelamin. Kiranya untuk saja saja amik gambar la.

dayang2 tak lekang dengan kipas lipas mereka bersama pengantin baru

sesi makan ber'sebelah' sampai licin pinggan


Usai majlis dan sesi bergambar, kami bersiap siap nak balik. Cik photographer balik naik bas. Kami terbang lagi sekali. Yang bestnya.. Pengantin baru yang hantar kami ke terminal one dan LCCT. Ahaks.. Kacau daun sikit.

Konon-konon flight jan 8.10pm. Tunggu tunggu alih alih delay. Jam 9pm baru kami masuk. Tu pun siap tersalah jalan nak ke flight lagi. Banyak sangat cross nye. Nasib baik tak tertinggal. Balik, sampai rumah dan terus pengsan.....zzzzzzzzz

Friday 6 July 2012

Doa elak sihir dan santau; rumi dan jawi



Assalamualaikum w.r.t...

Sejak 2 menjak ni.. tengok share2 dekat FB tu banyak sangat pasal doa elak santau. Saya pula agak tak tau membaca doa yang telah di"rumikan". Kena juga baca yang arab. Sebab pada saya makhraj dan sebutan itu sangat lain bukan?




 


 Tapi untuk tak tahu baca.. Mungkin boleh baca yang telah dirumikan ni..

 


 Cara untuk mengelak kita di santau/di sihir melalui makanan...

DALAM sebutan rumi :
" BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM "

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)




 doa rumi dari wall FB ustaz don : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=419144311461934&set=a.347617158614650.79008.347615938614772&type=1&theater

Thursday 5 July 2012

Mahu berkisah tentang apa dan siapa

Assalamualaikum..

Tetiba sejak dua menjak ni rasa mahu menulis itu kembali.. Mungkin dah terlalu banyak membaca novel-novel yang tak pernah habis itu. Atau mungkin juga saya sudah muak dengan jalan cerita yang seakan sama.

Macam sudah sangat lama tidak menulis cerpen, novel mahupun puisi. Tidak tahu dimana harus dimulakan. Tidak tahu apa yang mahu diceritakan. Nanti ayat jadi kaku dan kelu. Bertahun tidak menulis.. Tetiba mahu memerah idea. Otak jadi sangat tepu. Tak boleh mencerna apa yang ada.

Kalau diikutkan hati dulu, MLT bukanlah bidang kerja pilihan. Saya mahu jadi PENULIS. Tapi masa tu, penulis bagi lukisan sepi. Rakyat Malaysia sangat kurang membaca bukan? Mahu menjadi penulis bagai bukan satu cita-cita yang bagus waktu itu.

Tapi cuba tengok sekarang ni.. Lambakan cerpen dan novel online ada dimana mana. Orang sekarang hanya buat duit duit dari rumah. Mampukah saya untuk kembali terjun ke dunia yang sekian lama ditinggalkan? Mahu mengarang 2 rangkap pantun juga sudah tidak mampu, apatah lagi mahu mengarang kisah beribu patah kata itu.

Sunday 1 July 2012

Undangan Majlis Perkahwinan

Assalammualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

"Undangan Majlis Perkahwinan Mohd Junid & Nurul Farida"

Dengan rasa penuh kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT menjemput rakan2 sekalian yang mengenali diri kami ini untuk menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi suasana...


Saya dan pasangan dengan penuh rasa rendah diri menjemput

Sahabat semua ke Majlis Resepsi kami pada:

Tarikh : 24 Ogos 2012-Jumaat (Rumah Pengantin Perempuan)
Tempat : Kampung Laloh, Kuala Krai, Kelantan.

Tarikh : 25 Ogos 2012-Sabtu (Rumah Pengantin Lelaki)
Tempat : Kampung Paya Bemban / Berek12, Kota Bharu, Kelantan.

Kami berbesar hati sekiranya sahabat semua dapat meninggalkan ALAMAT untuk tujuan penghantaran KAD JEMPUTAN. Terima Kasih

Dengan rasa penuh kesyukuran, kami menjemput sahabat2,rakan2 masa sekolah menengah,sekolah rendah,rakan2 Univesriti & kolej,guru2,saudara-saudari rakan2 Facebook dan semua yang mengenali kami ke majlis perkahwinan kami.. semoga kehadiran kalian semua akan mnyerikan majlis kami nanti..Insyallah..

Kehadiran anda semua amatlah kami hargai..Terima Kasih..

Kami pohonkan doa anda semua agar jodoh kami berpanjangan.. Amin..




p/s: macam nak buat reunion sekolah pon ada masa tu.. hehehe





Wednesday 27 June 2012

Bau duit itu harumm...

Assalamualaikum..

Anda suka duit? Saya suka.. Sangat suka.. Hahaha.. Dah tengok duit baru? Cantik.. Macam duit saidina yang kita main masa kecik kecik dulu.


Tadda... Tak sabar nak tunggu duit baru. Wang kertas baru ni khabarnya akan mula digunakan pada 16 Julai 2012. Haaa.. Raya guna duit baru la.. Tapi maaf... Bajet duit raya untuk kanak-kanak sikit je tahun ni. Mana mau cekau duit wei.. Standby duit kawen pon belum tentu lepas lagi ni.

Hmm... Kalau buat duit hantaran dan mas kawen mesti cantikkan?? Kalerpul....!!!!