Tuesday, 29 May 2012

Mari berdating bersama teman lama

Assalamualaikum..

Hmm.. sesekali keluar berdating dengan teman teman lama indah juga ye. Bertanya khabar, mendengar berita mereka yang sudah lama tidak bersua. Biar pun sebenarnya hanya keluar bersama dua hingga tiga orang sahaja. Tapi cukup untuk menggamit banyak memori.

Malam ni keluar bersama rakan sekolej, sekelas masa study di PTPL dulu. Banyak jugak benda yang disembangkan. Ah.. Kadang-kadang jadi rindu juga zaman belajar.

Dari cerita pasal diri masing masing.. Sampailah kepada khabar khabar teman yang lain. Saya? Memang lost contact dengan mereka. Sebabnya saya selalu menyepikan diri. Orang mesej, call... Belum tentu saya jawab. Apatah lagi kalau mahu memulakan perkhabaran. Kecuali "twin" saya di PTPL tu. Merangkap classmate, housemate, roommate.. Dia sahaja rasanya yang saya berhubung. Yang lain-lain, saya hanya tunggu perkhabaran dari mereka.




Dari cerita sesama sendiri.. Mula bercerita tentang lecturer. Oh, saya hanya mampu mendengar. Cuma kadang-kadang boleh menyelit lecturer yang kamceng dengan saya. Yang mana still contact di muka buku. Waa... Nak sangat kumpul ramai ramai balik. Mesti lagi banyak cerita yang nak disembangkan.

Friday, 25 May 2012

Menghitung hari

Assalamualaikum..

Hmm.. Sedar tak sedar, dah 2 bulan 2 minggu saya menjdi tunangan enchek junid. Dan sedar tak sedar, majlis kawen akan menjelang dalam masa 3 bulan dari sekarang. Oh.. Satu apa pun tak settle lagi.


Kalau ikut planning.. Maybe awal June enchek junid akan balik. Semua benda nak buat masa tu. Dari tempah kad kawen, HIV test, pilih dan fitting baju sampai la nak pergi shopping barang hantaran. Oh, kerja gila.

So, sekarang dah decide nak buat warna apa..
Akad nikah: white pearl
Sanding: Oren
Bertandang: Kuning
Outdoor: Electrical blue
oh.. Hiasan bilik dan hiasan lain warna silver grey + black. Okey kah? Kalau tak ok pon ada saya kisah? Hahaha.. bukan apa.. sebab warna dan perabot bilik tu warna merah hitam putih. Kira warna selamat je laamik silver gray dengan hitam tu.

Eh, ada cadangan tak untuk outdoor tu nak buat kat mane? Tak tau nak gi mana la.. Kalau nak ikut tempat dating.. Oh, cannot sama sekali. Sebabnya kami dating tempat makan dan shopping je.. Asal dating je, KB Mall, Wakaf Che Yeh dengan PCB.. Nak amik gambar dekat PCB tu? Boleh la diterima akal.. Tapi kalau dekat KB Mall dengan WCY tu.. mau masuk akhbar sinar harian. Lepas tu sebulan tak pergi KB Mall. Hahhaha..


Thursday, 10 May 2012

Ketumbit!!

Waaa... bangun pagi ni tetiba tengok mata sebelah kiri bengkak. Intai intai.. tengok tengok kat cermin.. Bawah bengkak tu ada bulat kecik warna putih. Sah, ketumbit! Atau orang-orang klate kata "timbeng".

Gi keje, mana mana yang perasan mesti tanya.. "Hah, intai sape berak?"
Kadang-kadang terfikir jugak, apa kaitan ketumbit dengan skodeng ni? Saya tak skodeng orang berak la.. Buat apa, busuk je. Saya skodeng abang abang pilot dekat area rumah saya tu. Hahaha.. Itu la.. Niat tak baik.. Kang dah naik ketumbit. Padan muka sendiri.

Pagi keje macam biasa. Dalam mata duk berdenyut pon tu sabar je la. Nak gi klinik staf pun tak boleh sebabnya hari ni lupa bawa kad staf, akses door dengan kad rawatan. Semua kad tu tertinggal sebab kad duk tergantung kat cermin pandang belakang dalam cik viva. Oh, hari ni car pooling dengan kak ummi.

Tengah hari keluar gi tempah jahitan untuk baju bertandang kak ummi. Terus singgah rumah, mandi dan tukar baju. Tak lupa jugak ambil segala kad dalam kereta. Seusai solat zohor, call klinik staf wat temujanji. Nasib baik belah petang tak ramai patient.

Masuk keje petang, terus ke klinik staf. Jumpa doctor dan mintak ubat segala. Gi menunggu di farmasi satu hal. Bila agaknya farmasi HUSM ni tak ramai orang. Tunggu lepas sorang sorang.. Then, samapi turn saya. Yeay!!! Tak ada la lama mana..

Petang ni lepas keje nak gi rumah mak tok dekat kg jedok, tanah merah. Nak gi ambik baju akad nikah kak ummi yang saya cuba hari tu. Hahahaha.. Orang lain try dulu..

p/s: kalau ikut petua orang dulu dulu, untuk rawat ketumbit, ambik bawang putih, potong sikit hujung dia lepas tu sapu dekat biji ketumbit tu. Rasa agak pedih jugak la.. Huhuhu.. Awal awal tu memang la saya buat gitu jugak.. Tapi lagi senang gi klinik dan ambik ubat. Demah dengan towel sampai biji tu pecah. 

Monday, 7 May 2012

check list.. bridal done!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. lega rasanya lepas satu satu hal nikah kawen ni settle. Walaupun baru tahap booking je. Kurang kurang dah nampak la saya ni beria nak kawen. Heh..

Balik cuti weekend + wesakday hari tu, sempat la pergi bridal.. Book tarikh. Tapi baju dan segala macam tu tak pilih lagi. Fitting jauh sekali. Warna pun macam tak confirm lagi. Sebabnya mak dah beria suruh pakai warna putih untuk akad nikah. Hmmm.. tu gara gara dia tengok saya test baju kak ummi masa pergi rumah mak tok hari tu.

Untuk bertandang, enchek junid dah confirm nak warna kuning. Baik la warna kuning dari warna hijau. Siyes weh.. tak suka hijau. Cuma majlis rumah saya je macam tak tau nak oren @ electrical blue. Waaa... Tolong saya pilih warna!!!! Enchek junid kata ikut suka hati saya je warna apa kecuali pink. Tak tau.. Tak tau.. Kang wat kalerpul baru tau.

Insyaallah, tunggu enchek junid balik baru gi pilih baju, warna, dan segala benda alah yang bawah pakej cik bridal tu. Susah jugak rupanya nak wat keje pasal nikah kawen ni ye..


p/s: tetiba rasa macam tak sabar nak kawen.. hahahaha

Friday, 4 May 2012

check list.. photographer done!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah... Dalam duk main main persiapan kawen.. Satu benda dah settle. Photographer sudah di booking. Itu pun setelah jenuh enchek junid hello beberapa photographer. Namun agak kecewa sebab photographer yang paling saya kehendaki Aweenrashdan Dato Rashid tak dapat memenuhi undangan sebabnya bertindih dengan tarikh kawen orang lain.

Enchek junid telah amik Riezman Mdnor untuk wedding photographer kami. Total harga pakej RM2200..
(pakej B dan akad nikah).

http://www.sunflowerbaking.com/art/Bride_and_Groom27.jpg

Pakej A

Sanding + outdoor (rm1000)
Gambar 4r 120 keping
Gambar 8r. 3keping
1 album gambar
1 DVD (semua copy gambar pd hr majlis)

Pakej B (storybook cristal) ( rm 2000)
Sanding + outdoor
Storybook Cristal 10x12
1 Album gambar
Gambar 4r 200 keping
Gambar 8r. 4 keping
1 DVD ( semua copy gambar pd hr majlis

Pakej untuk majlis bertandang (rm 700)
Gambar 4r 80 keping
Gambar 8r 2 keping
1 album
1 DVD

Majlis akad nikah (rm200)

Untuk detail lain lain photographer.. Sila lihat di entry wedding photographer

Thursday, 3 May 2012

Saya bukan misi


Assalamualaikum..

Hmm.. hari ni mahu bercerita pasal kerjaya. Tettt... Kenapa? Sebab orang selalu tanya keje kat mane? keje ape? Dan untuk soalan soalan itu juga, mereka sendiri yang selalu memberi jawapan yang salah tanpa sempat saya menjawabnya.

Orang selalu tanya "keje ke belajar?"
Saya jawab "keje".. ~adakah muka saya masih nampak macam student?~

Orang tanya lagi "keje kat mane?"
Jawab saya lagi.. "dekat hospital USM"

Bila saya kata keje dekat hospital.. 2 jawatan je diorang cakap..
"Misi ke doktor?"
Uhh.. what should i said?? "Tak la. Juruteknologi makmal perubatan @ MLT."
Lepas tu kena terang panjang lebar pasal keje saya ni. Sob sob sob..

Ni deskripsi tugas yang di copy + paste dari SPA ~malas nak taip balik~


1.Kajian/Penyelidikan.

i. Mengambil contoh-contoh untuk kajian daripada pesakit-pesakit dan binatang-binatang.

ii. Menyediakan ujian dan simpanan reagcut, media, standard solution suspension dan lain-lain.

iii. Membantu kerja-kerja pembedahan mayat yang berkaitan undang-undang.


2. Pentadbiran
i. Menerima, merekod dan mengirim contoh-contoh untuk ujian.

ii. Menyelenggara perjalanan, pembersihan dan meminyakkan alat-alat kelengkapan makmal.

iii. Membantu dalam pemesanan bekalan dan menyimpan senarai alat-alat kelengkapan (inventory).

iv. Mengemukakan semua laporan keputusan ujian dan menyimpan peraturan-peraturan yang dijalankan dan keputusan ujian-ujian yang diperolehi bagi perkhidmatan, penyelidikan dan pengajian.

v. Memangku dan mengambil tanggungjawab Juruteknologi Makmal Perubatan Tingkatan Khas semasa ketiadaan beliau.

vi. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke masa.



Juruteknologi Makmal Perubatan atau Medical Laboratory Technologist (MLT) bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas teknikal berkaitan sains perubatan. Ada negara yang menggelarkan sebagai Saintis Bioperubatan / Saintis perubatan / Saintis Makmal Perubatan.


Bidang-bidang tugas MLT berkaitan bank darah, kimia, hematologi, imunologi, histologi, mikrobiologikimia, mikroskopi, menganalisis kuman dalam cecair tubuh iaitu darah, kencing, kahak, najis, cerebrospinal fluid (CSF), cecair peritoneal, cecair synovial & pelbagai lagi spesimen / contoh yang di ambil dari tubuh manusia.

MLT bekerja di makmal-makmal perubatan, hospital, klinik dan makmal penyelidikan. Ada negara-negara yang memerlukan kelulusan peringkat ijazah atau sarjana untuk bergelar MLT.

MLT melakukan tugas daripada yang mudah seperti uji darah hinggalah yang kompleks seperti ujian HIV/AIDS, diabetes & kanser.

MLT bertanggungjawab menentukan ketepatan hasil ujian makmal & mengemukakan laporan makmal untuk rujukan doktor atau pathologists. Laporan makmal daripada MLT akan mempengaruhi cara rawatan yang bakal diterima pesakit, diagnosis dan pencegahan penyakit.

MLT menjalankan tugas di dalam makmal perubatan yang berteknologi tinggi serta perlu mahir mengendalikan kelengkapan makmal yang kompleks, peralatan elektronik & berteknologi tinggi yang mahal & canggih termasuk penggunaan teknologi komputer.

MLT menganalisis menggunakan mikroskop & pelbagai peralatan canggih terkini serta berperanan penting dalam membantu doktor mendiagnos penyakit & menentukan kaedah ujian makmal yang tepat.

MLT menerima bahan / spesimen pesakit, menganalisa spesimen, menafsirkan serta melaporkan hasilnya. Berikut adalah ujian-ujian umum yang dilakukan iaitu complete blood count (CBC), comprehensive metabolic panel (CMP), electrolyte panel, liver function tests (LFT), renal function tests (RFT), thyroid function test (TFT), urinalysis , coagulation profile, lipid profile, blood type , analisis air mani (Untuk kesuburan & post-vasectomy studies) & serological studies.

Kadang-kadang dalam kemudahan & tenaga yang terhad di klinik kesihatan, MLT juga perlu mengambil darah pesakit. Secara umum tiga bidang makmal utama. 1. Patologi 2. Mikrobiologi 3. Biokimia klinikal

1. Patologi Klinik:

Hematologi,
Histopatologi, saya disini
Sitologi

2. Mikrobiologi:

Bakteriologi,
Mycobacteriology,
Virology,
kulat,
Parasitologi,
imunologi,
Serology.

3.Biokimia:

Biokimia analisis, ujian hormon etc., Blood Bank, analisis mikrobiologi (Perlu untuk penyakit berjangkit yang boleh ditemui dalam darah).

p/s: sesetengah part telah di copy + paste dari internet.. sekian..

Wednesday, 2 May 2012

check list

Assalamualaikum..

Sekarang ni tengah pening pening lalat. Sekarang jugak baru nak fikir pasal barang barang hantaran. Erk..

For HIM

**cincin

  1. jam
  2. PSP ~special request enchek junid~ konon2 nak main game masa boring2 kat tengah laut
  3. kasut
  4. wallet & belt
  5. perfume
  6. jeans & tshirt
  7. slack & kemeja
  8. kek / coklat
  9. buah
For HER

** mas kawen + wang hantaran
** cincin

  1. smart phone ~special request saya sebab nak jenis phone sama dengan enchek junid.. ngeh3~
  2. perfume
  3. kasut & handbag
  4. telekung
  5. kain pasang
  6. kek / coklat
  7. buah

yang ** tu kiranya bawa masa akad nikah sahaja. Kami tak letak Al-Quran sebab pada saya macam tak elok je letak setaraf barang barang lain. Lepas tu duk jalan jalan tepi Al-Quran tu.

p/s: enchek junid berkira benar.. tak nak pulak bagi 9-9. hahaha..

Tuesday, 1 May 2012

survey bridal (last part)

Assalamualaikum..

Ini part akhir pasal survey bridal. Sebabnya saya dah ada keputusan untuk amik bridal mana untuk wedding kami nanti.

Suzanne Bridal

Add: Dekat traffic light kedai mulong
No phone: 0199391786 / 01692228519 / 097127887
Standard harga dalam RM1900 dan ke atas. Harga ni merangkumi hiasan bilik tidur, 2 pasang baju dan 1x mekap sahaja.
Untuk kanopi harga RM350.

Ni 2 tempat yang saya nak gi tengok, tapi tak berkesempatan.

hadapan Pasar Siti Khadijah
0139866033
hadapan Istana Negeri, Kubang Kerian
0139685552


Tapi kan, bridal yang saya nak amik ni tak ada pun kat dalam semua survey yang saya tulis ni. Heh.. Sebenarnya kedai yang saya nak amik ni kedai dia tak siap pon lagi. Tapi tuan punya bridal ~kak noor~ ni memang dah kaya orangnya. Dia dah ada beberapa buah restoran di sekitar kuala krai tu. Juga ada sebuah kedai kosmetik. Sekarang ni dia baru nak berjinak jinak dengan bridal pula. Sebab tu harga ditawarkan agak murah. Hmm..

Sekarang ni kak noor cuma letak baju2 dan pelamin tu dekat kedai kosmetik dia. Muahaha.. Baju baju baru bau kedai jahit lagi. Maybe bulan 6 ot baru siap kedai untuk butik pengantin tu.

Saya cuma amik pakej RM2000..
3 pasang baju yang meletup tu.. sure bling bling nanti..
Hiasan bilik tidur
Pelamin paling simple ~1 panel je~ tu pon buat syarat utk amik gambar. Kalau tak, takdenye nak pelamin bagai..
Hiasan meja pengantin.

Pasal kanopi pon dia uruskan. Total habis untuk bridal & kanopi, tong tong lebih kurang RM3000. Paling banyak habis pun mungkin RM3500. Kot kot nak tambah kanopi lagi, tambah baju ke, mekap ke..

p/s: jika nak tau detail pasal kedai kak noor ni.. sila hubungi saya..

chim chum time

Assalamualaikum..

Kali ni kami gi makan BBQ Thai steam boat dekat Food Village (chim chum), Pengkalan Chepa.. Oleh kerana mahu makan besar, maka kami pakat pakat berpuasa hari ini. Baru berbaloi nak gi makan banyak banyak. Hahahaha..












Oh, harga terbaru sekarang :
Adult : RM19.90
Children : RM13.90 (4-7 years old)

Oleh kerana dah nak cecah $20 tu.. saya memang sarankan anda pergi dengan perut yang lapar. Huahua.. Makan sampai lebam..