Saturday, 31 December 2011

Cara Nak Hilangkan Tekanan ::cara saya::

Assalamualaikum..
Pernah stress? Jom nak share apa yang selalu saya buat.

  • Menangis
Selalunya saya menangis dalam bilik air. Masa mandi. Lama giler berkurung dan main-main air. Nangis sampai bengkak-bengkak mata. Dah la mata memang mudah bengkak dan payah hilang bengkak tu.
  • Kenyek enchek teddy
Enchek teddy putih selalu jadi mangsa bila saya gaduh ngan my love saya. Huhuhu. Kira macam pelepas geram je.
  • Berkurung dalam bilik
Ni cara nak mengelak dari soal jawab orang lain. Termasuk jugak merajuk ngan mak masa kecik kecik dulu. Macam ni lah caranya. Duk diam diam dalam bilik walaupun orang ajak makan. Tapi sekarang lagi terbuka sikit. Tang makan tu laju je.
  • Tulis kat kertas
Bila geram dan sangat marah, tulis dan luahkan dekat kertas. Biar panjag berjela macam karangan SPM atau jadi komik macam under 18. Asalkan hati rasa puas. Tapi selalunya saya g bakar apa yang saya luahkan. Takut orang jumpa dan orang tahu.


  • Mengadu pada yang Maha Esa
Ni bila terasa diri sangat kerdil, bila terasa diri macam tak diadili. Bila tersa diri sangat dianiayai. Sambil mengadu, luahkan segala yang terbuku kat hati tu. Insyaallah akan rasa tenang sebab DIA selalu ada untuk kita.

Conclusion: LUAHKAN apa yang anda rasa, apa yang terbuku di jiwa. Walau dengan cara apa asalkan masih positif.. tidak ada salahnya.

Friday, 30 December 2011

Mood:: Gatal nak kahwin

Assalamualaikum..

Memandangkan musim cuti sekolah ni banyak mendapat jemputan.. Ada yang boleh dipenuhi jemputannya.. Ada yang tidak. Maka sedikit sebanyak telah mencetuskan mood gatal nak kahwin cepat di hati saya. Hahaha..

Masa pergi Kodiang Kedah hari tu.. dah teruja tengok Kak Faie kahwin. Oh, tak sabarnya saya. Warna purple white baju dia tu macam sangat mengujakan je. Ahaaa... Tetiba boleh sedondon dengan my love. Suka-suka.. ^-^


ni bakal pengantin yang saya pergi majlis pertunangan hari tu

ni pon bakal pengantin jugak.. ahahaha.. doakan kami ye!

pengantin dan bakal bakal pengantin..

Dan mungkin sebab tempias aura-aura pengantin dan majlis kahwin ni, my love mula berbicara secara serius pasal hal ni.. Oh.. kadang-kadang saya jadi malu dan teruja. Hahaha.. Maka saya telah survey dan bertanya apa-apa yang patut pada orang orang yang sepatutnya. 

Ada siapa-siapa lagi nak kahwin? Sila la jemput saya. Saya ingin mengambil aura pengantin..

^-^

Thursday, 29 December 2011

Somban 2

Assalamualaikum..

Weekend hari tu pergi ke Seremban 2 sebab ada majlis pertunangan rakan sekerja merangkap teman serumah saya. Mari saya ceritakan..

22/12/11 Khamis..
Sebenarnya saya sudah boleh bercuti hari ini. Tetapi memandangkan Kak Ummi dah balik ke Seremban 2 terlebih dahulu, maka saya cancelkan cuti itu. Malam; naik bas bersama Kak Eda. Oh, sebelum tu sempat jugak g mamam bersama Syud di Mc D Wakaf Che Yeh. Naik bas E-Budaya jam 9.00 malam. Nampak baru tapi bila dengar enjin, hampeh...

23/12/11 Jumaat
Aha.. akhirnya sampai di stesen bas Seremban jam 7.30am. Subuh? Pakcik driver tak berhenti. Qada je la. Huhuhu..Sampai je kat situ, Kak Ummi dan adiknya, Kak Ida dah sedia menunggu kami dengan NBX. Naik kereta sampai rumah Kak Ummi. Rehat rehat kejap. Mandi lepas tu keluar pergi Jaya Jusco.Mari meronda.. Nasib baik duit tak melayang. gud! duit duk diam diam dalam beg je.
Balik ke rumah Kak Ummi, tolong sikit-sikit apa yang patut. Tapi banyak tolong tengok je la sebab saya tak creative.

24/12/11 Sabtu
Hari ini hanya melepak di rumah. Siapkan apa yang patut disiapkan. Petangnya kami ke taman berhampiran kawasan perumahan.


okies.. adakah anda semua nampak jejaka muda remaja yang tengah bermain futsal di gelanggang belakang sana itu?? Merekalah yang telah menyepak bola dan terkena saya. Haih.. Masa nak balik pula, nyaris nyaris nak kena lagi. Agak-agak, kalau terkena lagi sekali,  boleh tak cakap macam ni; "bang, kalau ye pon nak ngorat kami, tak payah la main sepak sepak bola sampai kena badan kami yang slim ni." Kihkihkih.. Takdenye berani nak cakap macam tu. 

Malamnya, Kak Eda testing make-up untuk Kak Ummi. Saya tang make-up ni failed. Sebabnya saya cuma pakai apa yang asas dan perlu sahaja. Gambar testing make-up tak akan di upload. Harap maklum.

25/12/11 Ahad
E-DAY KAK UMMI & APIS [[my 2nd anniversary with my beloved Mohd Junid Mohd Sidek]]

Pagi ni, Kak Ummi dah kalut-kalut. Makcik Yam pon sibuk. Semua sibuk. Tapi apa yang dapat saya bantu? Cuba menyibukkan diri jugak la. Dekat tengahari baru rombongan pihak lelaki sampai. Mereka tersesat. Ops.. 




Di tengah tengah majlis tu, my love email ayat-ayat jiwang karat. Oh.. terharu dan termalu sendiri. Petang tu, selepas majlis, sempat juga kami 3 dara pingitan ke tasik S2.







26/12/11 Isnin
Tak ada apa.. Bertolak balik ke Kelantan. Follow mollow en apis dan family. Tapi masa dah sampai jalan Kuala Krai-Gua Musang.. Ada satu bas trans tu menyusahkan kami. Nyaris kemalangan.Dia nak potong tapi tak lepas. Lepas tu sesuka hati menyelit masuk. Ingat dia tu kecik macam motor gamaknya. Kang tak pasal-pasal Kak Eda call buat aduan. Haa.. Ambik kau.. Tapi alhamdulillah, kami selamat sampai.

Monday, 19 December 2011

Rezeki yang mencurah curah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, setiap ujian itu semestinya ada hikmah disebaliknya. Setiap apa yang kita lakukan itu ada balasannya. Sejak akhir-akhir ini saya sangat dimurahi rezeki. Bagai hujan di bumi kelantan juga.

Bulan sebelum ini saya memenangi LAGUKU UNTUKMU tajaan Coffee Mate dan HOTfm.. Menang hadiah hamper bernilai RM200, wang tunai RM300 dan baucer makan malam di Cruise Putrajaya.


Di hari gaji + bonus dimasukkan ke akaun harimau saya, dapat pula habuan dari bayaran perkhidmatan untuk U/Sains RM250 untuk tahun 2010. Apa lagi yang mampu saya katakan selain Ahamdulillah. Pegawai Kanan pula menghulurkan RM50 untuk saya dan colleague.

Dan semalam, berbicara soal perkahwinan mengundang rasa di hati saya. Kerana itu juga yang saya tunggu dari si dia. Ya, kami baru berbincang sesama kami. Belum melibatkan orang tua. Tapi sedikit sebanyak di pihak ibu bapa saya sudah mengetahuinya. Itu juga doa saya. Moga diterbukakan hatinya untuk mempercepatkan urusan ijab kabul kami.

Saturday, 17 December 2011

Perkahwinan Part 3

AKAD PERKAHWINAN
Definisi Bahasa : berkumpul atau himpun
Istilah Fiqh : suatu ikatan yang berlaku melalui akad yang menggunakan perkataan kahwin di antara pasangan lelaki dengan pasangan perempuan bagi mengharuskan pergaulan di antara mereka dan menghalalkan persetubuhan yang diharamkan di antara mereka sebelumnya.


Rukun Nikah

1. Lelaki bakal suami.

2. Perempuan bakal isteri.

3. Wali.

4. Dua orang saksi.

5. Ijab dan Qabul.

Pengantin :Pengantin ialah pasangan lelaki dan wanita yang ingin melangsungkan akad perkahwinan.

Syarat Pengantin Lelaki
1. Tidak di dalam mengerjakan ihram.

2. Perkahwinan diadakan dengan pilihannya sendiri.

3. Bukan muhrim kepada pengantin perempuan.

4. Lelaki yang belum mempunyai 4 orang isteri.

5. Mengetahui bakal isteri dan wali.

6. Jelas sebagai seorang lelaki.

Syarat Pengantin Perempuan
1. Pengantin perempuan tidak dalam mengerjakan ihram.

2. Bukan isteri kepada mana-mana lelaki.

3. Tidak dalam penantian iddah.

4. Beragama Islam atau ahli kitab yang asli.

5. Perkahwinan adalah dengan kerelaan sendiri bagi gadis masih dara.

6. Jelas dan pasti sebagai seorang wanita.

7. Pengantin perempuan sudah ditentukan. 

Wali
Wali ialah ahli keluarga lelaki yang hampir dengan pengantin perempuan. Tanpa wali, perkahwinan itu tidak sah. Islam mensyariatkan wali dalam akad prkahwinan kerana perempuan adalah golongan lemah dan mesti ada pengawasan oleh mereka yang bertanggungjawab terhadapnya. Wali dibahagikan kepada 2 jenis :

1. Wali mujbir : bapa atau datuk daripada sebelah bapa hingga ke atas kepada seseorang gadis.

2. Wali bukan mujbir : wali-wali selain daripada bapa dan datuk atau semua wali bagi janda.

Wali mujbir boleh mengahwinkan anak perempuannya yang masih dara, baik yang sudah cukup umur atau belum cukup umur tanpa perlu meminta izin gadis tersebut dengan syarat :

a) Tidak ada permusuhan antara wali mujbir dengan gadis.

b) Gadis dengan lelaki yang akan dinikahinya juga tidak ada permusuhan.

c) Lelaki yang akan dinikahkan dengan perempuan itu ada kufu.

d) Pengantin lelaki sanggup membayar mas kahwin kepada gadis yang akan dikahwin.

Bagi seorang gadis, wali mujbir adalah disunatkan supaya meminta izin dan persetujuan daripada gadis terlebih dahulu. Mana-mana perempuan yang sudah berkahwin atau janda, walinya samada wali mujbir atau bukan mujbir mestilah meminta izin daripadanya terlebih dahulu. Tanda keizinan seseorang janda mestilah dengan kata-kata dan persetujuannya.


Wali terbahagi kepada 2 :

1. Wali nasab.

2. Wali hakim.

Susunan Wali Nasab
1. Bapa.

2. Datuk lelaki dari sebelah bapa juga ke atas.

3. Adik-beradik lelaki seibu sebapa.

4. Adik beradik lelaki sebapa.

5. Anak-anak saudara lelaki seibu sebapa hingga ke bawah.

6. Anak saudara lelaki sebapa hingga ke bawah.

7. Bapa saudara seibu sebapa.

8. Bapa saudara sebapa.

9. Anak lelaki daripada bapa saudara seibu sebapa hingga ke bawah.

10. Anak lelaki daripada bapa saudara hingga ke bawah.

Mereka yang paling atas disebut sebagai wali akrab dan wali selepasnya dikenali dengan wali ab’ad. Oleh itu sekiranya masih ada wali akrab, maka wali ab’ad tidak boleh menikahkan.

Wali Hakim
Wali hakim ialah sultan atau wakilnya. Apabila wali nasab tidak ada, perempuan dinikahkan oleh wali hakim. Syarat seseorang perempuan berkahwin dengan wali hakim :

1. Tiada wali nasab.

2. Wali akrab tidak cukup syarat sebagai wali atau wali ab’ad tidak ada.

3. Wali akrab menghilangkan diri dan tiada wakilnya.

4. Wali akrab ditahan atau dipenjara.

5. Wali akrab tidak dapat dikesan.

6. Wali akrab dalam ihram.

7. Wali akrab enggan menikahkan.

8. Wali akrab menyembunyikan diri.

9. Wali akrab mafqud, iaitu hilang dan tidak diketahui tempat atau hidup atau matinya.

Syarat Wali


1. Baligh.

2. Islam.

3. Merdeka.

4. Bukan dalam ihram.

5. Lelaki.

6. Kerelaan sendiri.

7. Adil.

8. Waras.

Sighah
Sighah ialah lafaz ijab dan qabul. Ijab ialah lafaz yang diucapkan oleh perempuan atau wakilnya dan sebagainya. Qabul pula ialah lafaz yang diucapkan oleh pengantin lelaki atau wakilnya.

Syarat Ijab dan Qabul

1. Mestilah berterusan antara ijab dan qabul.

2. Ada hubungan antara ijab dan qabul.

3. Disebut secara khusus perempuan yang dinikahkan dalam ijab dan qabul.

4. Didengar oleh 2 orang saksi lelaki yang faham maksudnya.

5. Tidak ada taklik .

6. Tidak ada batasan waktu.

Syarat Menjadi Saksi
1. Perkahwinan mestilah disertakan 2 orang saksi lelaki.

2. Waras.

3. Adil.

4. Muslim.

5. Merdeka.

6. Cukup umur.

Perempuan Yang Haram Dikahwini

1. Sebab ada hubungan nasab dan keturunan.

2. Sebab penyusuan.

3. Sebab persemendaan.

4. Sebab permaduan.

5. Sebab kafir.

6. Sebab isteri orang.

7. Sebab dalam iddah.

Larangan Disebabkan Nasab dan Keturunan
Mereka yang dimaksudkan ialah :

1. Ibu, nenek dan ke atas.

2. Anak perempuan, cucu, cicit dan ke bawah.

3. Adik beradik perempuan seibu sebapa.

4. Adik beradik perempuan sebapa.

5. Adik beradik perempuan seibu.

6. Adik beradik perempuan kepada ibu dan ke atas.

7. Adik beradik perempuan kepada bapa dan adik beradik perempuan kepada datuk.

8. Anak perempuan daripada adik beradik seibu sebapa dan ke bawah.

9. Anak perempuan daripada adik beradik lelaki seibu sebapa.

10. Anak perempuan daripada adik beradik sebapa.

Larangan Sebab Penyusuan
Seseorang kanak-kanak lelaki yang menyusu kepada seseorang perempuan sebanyak 5 kali atau lebih dan umurnya kurang daripada 2 tahun dikenali dengan ibu susunya dan perempuan tersebut haram dinikahi, begitu juga haram menikahi orang yang ada pertalian yang ada pertalian dengan ibu susunya itu. Mereka yang dimaksudkan ialah :

1. Ibu susu, emak kepada ibu susu dan ke atas.

2. Adik beradik perempuan sesusu dan ke bawah.

3. Emak saudara kepada ibu susuan dan ke atas.

4. Bekas isteri anak lelaki sesusuan.


Larangan Sebab Persemendaan
Mereka yang dimaksudkan ialah :

1. Emak mertua, neneknya dan ke atas.

2. Anak tiri perempuan dan anak-anaknya hingga ke bawah apabila sudah bersetubuh dengan emaknya.

3. Menantu perempuan, anak-anaknya dan ke bawah.

4. Isteri bapa (nenek) dan ke atas.


Larangan Sebab Permaduan
Mereka yang dimaksudkan ialah :

1. Adik beradik perempuan kepada isteri, iaitu haram dimadukan 2 beradik dalam satu masa.

2. Mengumpulkan anak saudara dengan emak saudara dalam satu masa.

3. Isteri juga haram dimadukan dengan adik beradik perempuan kepada ibunya baik adik beradik emaknya yang seibu sebapa, sebapa atau seibu.

Larangan Sebab Kafir
Lelaki Islam juga diharamkan berkahwin dengan wanita bukan Islam, kecuali ahli kitab. Perempuan ditegah sama sekali berkahwin dengan lelaki yang bukan Islam, walaupun ahli kitab yang asli.

Larangan Sebab Isteri Orang
Mana-mana perempuan yang telah menjadi isteri orang haram dan tidak boleh dikahwini.

Larangan Sebab Iddah
Perempuan yang bercerai dengan suaminya atau kematian suami dan masih dalam iddah haram dikahwini oleh mana-mana lelaki.

Wednesday, 14 December 2011

2 tahun yang penuh makna

Assalamualaikum..

Kisah kerjaya saya..

Alhamdulillah.. sedar tak sedar esok rupa-rupanya sudah 15 Disember 2011. Maknanya dalam tak sedar, maka esok genaplah 2 tahun saya berkhidmat di jabatan saya bekerja sekarang ni.
Berkhidmat di Jabatan Patologi bukanlah kehendak saya asalnya. Tambahan pula kalau diikutkan minat, saya lebih suka jika ditempatkan di makmal yang oncall kerana sesungguhnya saya sangatlah materialistik. Namun bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Tak cuba maka tak tahu.

Tahun pertama selepas rotasi, saya di tempatkan di makmal rutin. Kiranya makmal paling sibuk untuk Jabatan Patologi. Makmal paling utama juga. Mulanya agak janggal dan terkial-kial. Secara amnya, agak berbeza dengan apa yang kita belajar semasa di IPT dulu. Secara perlahan lahan saya belajar. Dari penerimaan spesimen, penulisan semasa grossing, embedding, sectioning dan staining.

Tahun ini, tahun ke 2 bekerja.. saya di tempatkan di sitologi. Juga kalau diikutkan merupakan subjek yang markah saya dulu B sahaja. Seriously, tak minat sebabnya sitologi memerlukan saya untuk mengenal sel dan screening melalui mikroskop. Beberapa bulan pertama, agak sengal. Saya perlu baca balik apa yang telah dipelajari. Saya perlu kembali mengenal pasti sel-sel yang basic. Alhamdulillah, berkat usaha saya dan tunjuk ajar rakan sekerja serta "sensei", saya perlahan-lahan boleh screening slaid itu sendiri. Walaupun kadang-kadang mungkin ada yang salah, tapi itulah proses pembelajaran.

Dan ura-ura mengatakan, saya mungkin akan kembali berkhidmat di makmal rutin pada tahun hadapan. Tidak mengapa, sekurang kurangnya saya masih ada tempat untuk bekerja.

Cinta hati saya..

Jika 15 Disember permulaan kerjaya saya, maka 25 Disember pula adalah tarikh permulaan cinta hati saya. 25 Disember ini juga, genap 2 tahun dia jadi pendengar setia saya. Dia.. mungkin tidak istimewa pada insan lain. Tapi dia dekat di hati saya.

Mungkin kami terpisah beratus kilometer, jarang juga bersua muka, cuma sesekali mendengar suara.. Tapi itulah teguhnya cinta. Saya tidak berharap untuk dia sentiasa ada bersama saya. Kerana saya tahu tuntutan kerjayanya tidak memungkin kami untuk selalu berjumpa. Namun atas dasar cinta dan kepercayaan, maka hubungan ini diteruskan. Dan diam tak diam.. Sudah mengjangkau tahun ke dua.

Pengharapan saya agar pada tarikh yang sama untuk tahun berikutnya, dia bukan lagi kekasih saya. Tapi doa saya agar dia menjadi suami yang sah untuk saya.

Monday, 12 December 2011

Perkahwinan Part 2

PERSEDIAAN SEBELUM KAHWIN

Memilih Jodoh

Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isteri dan bakal suami masing-masing melalui syarat tertentu yang diharuskan oleh syarak. Dalam proses perkahwinan, Islam juga menitikberatkan soal persamaan taraf, iaitu kufu dan pasangan yang sesuai, mencakupi keagamaan, keturunan, pendidikan, harta, kecantikan dan lain-lain.

Memilih Bakal Isteri

· Mengutamakan perempuan yang solehah serta dapat melahirkan zuriat.

· Faktor sampingan seperti kecantikan, harta dan keturunan.

· Rasulullah juga menggalakkakn umatnya supaya mengahwini dan memilih wanita yang memiliki sifat lemah-lembut, penyayang dan dapat melahirkan anak sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Al-Nasa’i yang bermaksud : “Kahwinilah wanita yang bersifat penyayang dan boleh melahirkan anak, sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan kamu yang ramai.”

Memilih Bakal Suami

· Beragama.

· Berakhlak mulia.

· Beradap.

· Mempunyai harta dan keturunan mulia.



Tujuan Pemilihan Calon Isteri Atau Suami

1. Supaya rumah tangga yang bakal mereka bina akan terbentuk secara harmoni dan saling berpuas hati.

2. Lahir perasaan saling kasih mengasihi dan redha meredhai antara satu sama lain.

3. Supaya dapat mencari pasangan yang mulia serta dapat melahirkan zuriat dari keluarga yang berketurunan mulia.

Meminang

1. Peminangan boleh dilakukan secara terus terang atau melalui sindiran dan kiasan terhadap mana-mana wanita yang masih dara.

2. Pinangan yang dibuat terhadap janda yang masih dalam iddah boleh dilakukan dengan cara sindiran sahaja. Sesiapa yang menyatakan pinangan terhadap janda yang belum habis iddah secara terus terang atau dengan membuat janji bersama adalah haram hukumnya.

Rasulullah melarang keras perbuatan melakukan peminangan terhadap wanita yang telah dipinang oleh orang lain dan hukumnya adalah haram peminangan tersebut sekiranya pinangan itu telah diterima oleh perempuan. Sebagaimana hadis Baginda yang bermaksud : “Dilarang seseorang lelaki meminang di atas pinangan saudaranya, sehinggalah dia berkahwin dengan perempuan lain atau meninggalkan perempuan yang dipinangnya.”

Sewaktu berlangsung proses pertunangan dan selepas selesai peminangan, harus bagi lelaki atau perempuan membawa atau memberi sesuatu hadiah atau bertukar hadiah antara mereka sebagai tanda ikatan perjanjian. Namun begitu lelaki dan wanita ditegah dan haram mengadakan pergaulan bebas bersama tunangnya.

Mas Kahwin

Setiap akad perkahwinan mempunyai mas kahwin dalam bentuk benda yang bernilai walaupun kecil atau faedah dan manfaat yang diberikan oleh suami kepada isterinya kerana akad perkahwinan. Sebagaimana sabda baginda riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang bermaksud : “Carilah mas kahwin walaupun berupa sebentuk cincin besi.”

Sekiranya berlaku penceraian di antara pasangan suami isteri sebelum berlakunya persetubuhan, suami wajib membayar mas kahwin separuh kepada isterinya. Manakala penceraian yang berlaku selepas diadakan persetubuhan, suami mestilah membayar semua mas kahwin. Jika suami atau isteri meninggal dunia selepas akad perkahwinan walaupun tidak sempat melakukan persetubuhan maka mas kahwin wajib di bayar kesemuanya.

Syarat benda yang dijadikan mas kahwin :

1. Mestilah daripada benda yang suci atau benda yang dapat disucikan.

2. Ada faedah atau pekerjaan yang berfaedah.

3. Ia adalah milik suami.

4. Mampu diserahkan kepada isteri bila-bila masa sahaja.

5. Diketahui sifat dan jumlahnya.

Syarak menyarankan serta menggalakkan kadar mas kahwin yang rendah dan sederhana sebagaimana sabda nabi dalam sebuah hadis riwayat Al-Hakim yang bermaksud : “Sebaik-baik mas kahwin ialah yang termudah.”

Syarak telah menetapkan, sesiapa pun tidak boleh mengambil mas kahwin pengantin perempuan, baik ibu bapa atau suaminya sendiri. Ia menjadi milik isteri, kecuali setelah beliau memberikannya atau menghibahkan kepada sesiapa.

Jenis Mas Kahwin

1. Ditentukan dan disebutkan semasa majlis akad dan dinamakan mahar al-musamma yang dibahagikan kepada 2 jenis :

a) Mahar musamma al-mua’jjal : mas kahwin yang disebut di dalam akad serta dibayar oleh suami secara tunai dan segera.

b) Mahar musamma al-mua’jjal : mas kahwin yang disebut semasa akad tetapi dibayar secara tangguh dan hutang. Walau bagaimanapun mas kahwin sunat dibayar segera sebahagian atau semua sekali.

2. Mas kahwin yang tidak ditentukan jumlahnya sewaktu akad, ia dinamakan mahar al-mithil. Mas kahwin jenis ini mestilah dibayar kepada pengantin perempuan mengikut kadar penilaian ahli keluarga dan saudara perempuan isteri.

Hantaran

Syarak tidak menetapkan bentuk dan kadar khusus terhadap hantaran. Ia bergantung kepada kemampuan dan asalkan tidak bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, bermegah dan melampau sampai tahap membazir dan berhutang.

Hikmat Hantaran

1. Dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

2. Memuliakan pengantin lelaki dan perempuan.

3. Memuliakan keluarga lelaki dan keluarga perempuan.

4. Saling bertukar hadiah antara kedua belah pihak.

Kenduri Kahwin

Jamuan yang diadakan untuk meraikan sesuatu perkahwinan. Mengadakan majlis kenduri kahwin sunat muakkad hukumnya supaya dilaksanakan walaupun sederhana atau keci-kecilan. Apa yang penting majlis kenduri tersebut tidak bercampur aduk dengan sebarang unsur-unsur maksiat dan perkara yang bercanggah dengan syarak. Sesiapa yang dijemput atau diundang ke majlis kahwin wajib menghadiri majlis tersebut sekiranya tiada sebarang keuzuran syarak dan selagi majlis yang diadakan itu tidak berunsur maksiat dan khurafat sebagaimana sabda Rasulullah dalam riwayat Al-Bukhari yang bermaksud : “Apabila kamu dijemput ke majlis kenduri, hendaklah kamu datang.”

Kepentingan Kenduri Kahwin

1. Untuk menyatakan rasa kesyukuran kepada Allah.

2. Untuk memberitahu orang ramai tentang perkahwinan tersebut. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Tirmizi dan Ahmad yang bermaksud : “Umumkanlah perkahwinan ini di masjid-masjid dan pukullah gendang”.

3. Kenduri kahwin adalah sunat muakkad.

4. Untuk meraikan dan memuliakan pasangan pengantin baru.

5. Untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan ukhwah Islamiyyah antara kedua belah pihak pengantin dan di antara masyarakat Islam dan jiran seluruhnya.

6. Untuk mengelakkan sebarang fitnah dan prasangka buruk daripada masyarakat terhadap pasangan tersebut kiranya tidak diadakan majlis kenduri tersebut.

Friday, 9 December 2011

Perkahwinan Part 1

Assalamualaikum...
Dah mula cuti sekolah ni mesti ramai yang mendapat jemputan perkahwinan. Ada dikalangan saudara mara terdekat, teman-teman sekuliah dulu mahu pun dikalangan jiran tetangga dan rakan sekerja.


Baru-baru ini saya menghadiri perkahwinan rakan sekerja. Itu yang membuatkan saya juga tiba-tiba rasa teruja untuk melangsungkan perkahwinan. Insyaallah, saya dah bersedia dari segi fizikal dan mental.


Islam sentiasa menggalakkan umatnya supaya hidup berkeluarga bagi sesiapa sahaja yang berkemampuan. Hidup berkeluarga dan berkahwin khasnya dapat membantu seseorang mencapai kesempurnaan dalam agama serta merupakan suatu sunnah Nabi. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Hakim yang bermaksud :

“Berkahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu dengan banyaknya, sesungguhnya aku akan berbangga dengan kamu berbanding umat-umat lain pada hari akhirat nanti.”
Dalam konteks lain, perkahwinan dan hidup berkeluarga juga merupakan suatu institusi sosial yang akan membentuk anak-anak dan zuriat keturunan dalam kelompok keluarga, seterusnya akan membentuk masyarakat dan berkembang membentuk sebuah negara. Firman Allah dalam surah Al-Dhariyat ayat 49 yang bermaksud :

“Dan tiap jenis Kami ciptakan berpasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami).”

Dalam membentuk institusi keluarga, Islam lebih menekankan galakan tersebut kepada mereka yang belum memiliki isteri serta golongan remaja dan belia khasnya. Ini kerana mereka yang selalunya mudah terdorong ke lembah maksiat dan menghadapi lebih banyak cabaran sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Mas’uda yang bermaksud :

“Wahai pemuda, sesiapa sahaja daripada kamu yang mampu untuk berkahwin, hendaklah berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kehormatan. Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana ia boleh menjadi perisai.”
Terdapat banyak nas dan dalil al-Quran serta hadis tentang galakan dan saranan perkahwinan serta peraturan yang berkaitan dengan pasangan suami isteri.

1. Firman Allah dalam surah Al-Nur ayat 32 yang bermaksud : “Dan kahwinlah orang bujang (lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah S.W.T. akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah S.W.T. Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.”

2. Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 3 yang bermaksud : “… maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain) : dua, tiga atau empat. Kemudiaan jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil di antara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja…”

3. Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari sabda Rasulullah yang bermaksud : “Perkahwinan itu sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku.”

4. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud : “Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja di antara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri.”

Mengikut asalnya, hukum perkahwinan adalah sunat bagi sesiapa sahaja yang berhasrat untuk berkahwin serta sanggup membayar mas kahwin kepada isteri dan mampu menyara nafkahnya. Walau bagaimanapun hukum tersebut adalah berubah mengikut keadaan seseorang :

1. Wajib : terhadap mana-mana lelaki yang mempunyai kemampuan nafkah zahir dan batin serta mereka bimbang diri mereka akan terjerumus ke lembah zina dan keji sekiranya tidak berkahwin.

2. Sunat : bagi mereka yang mempunyai kemampuan di segi nafkah zahir dan batin serta mempunyai nafsu juga berkeinginan untuk berkahwin dan bertujuan untuk menjaga kehormatan diri dan kesempurnaan agama, namun begitu mereka masih dapat mengawal diri mereka daripada perbuatan zina dan terkutuk sekiranya tidak berkahwin.

3. Harus : bagi sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa sebab yang memdorong mereka berkahwin dan tidak ada sebab yang menghalang mereka daripada berkahwin.

4. Haram : bagi mereka yang tidak mempunyai kemampuan dari segi nafkah zahir dan batin atau mereka berkahwin dengan tujuan untuk menzalimi perempuan yang menjadi isterinya.

5. Makruh : tidak mampu dari segi zahir dan takut apabila dia berkahwin, dia akan menganiaya isterinya.

hari minggu yang membosankan

Asaalamualaikum..
Apa perancangan hari minggu ni? Saya tiada apa yang menarik untuk dilakukan. Pagi ni kemas bilik, keluar membeli barang-barang keperluan diri dan akhirnya terperap saja di rumah. Bosankan?
Anda ada cadangan apa yang boleh dilakukan? Apa kata kita menonton drama korea secara online.. Akhir akhir ni saya gemar menonton Scent of A Women dan Flower Boys Ramyun Shop.


Scent of A Women



Flower Boy Ramyun Shop

Selalunya saya menonton di epdrama.com tp anda juga boleh ke 
Untuk recap atau sinopsis drama mengikut episod, anda boleh ke

Wednesday, 7 December 2011

blog baru utk tahun baru


Assalamualaikum..
Hari ini sudah 12 Muharam.. sedar tak sedar kita sudah masuk hari ke 12 bulan Islam.. dan sedar tak sedar juga.. kita kian meninggalkan tahun 2011.

Sudah ada azam baru untuk tahun baru? Adakah azam tahun ini telah tercapai? Harapnya, segala keinginan dan keazaman kita pada tahun ini telah tercapai dengan jayanya.

Dan sekiranya tidak berjaya.. apa kata kita bawa azam itu ke tahun seterusnya. Cuba perbaiki lagi untuk menjadi lebih baik.

Azam saya untuk tahun baru ini
  • tolong family siapkan rumah
  • berkahwin dengan cinta hati saya
  • to be a gud muslimah (dah beberapa tahun azam yg sama, perubahan saya mungkin tak banyak, tapi slow2 itu lebih baik dari terlalu drastik kan?)
Insyaallah.. segala pengharapan saya, segala keinginan saya akan saya cuba untuk gapai selagi terdaya. Kita hanya usaha.. yang tentukan selebihnya adalah DIA yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa