Didik Al Quran

Sunday 29 April 2012

Karipap pusing

Assalamualaikum..

Last 2 weeks ari tu ada main masak masak bersama colleagues. Mari membuat karipap pusing. Ketua chef kali ni cik nurul yang comey ni.. ^-*

Bahan-bahan

Bahan A:
1/2 cawan marjerin
1 1/2 cawan gandum

Bahan B:
1/2 cawan air
3 cawan gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
sebiji telur

Cara-cara:

Bahan A : campur dan uli. bentukkan bulat bulat

Bahan B : masukkan air, garam, gula, air, telur.. kacau sampai semua gula dan garam larut. masukkan tepung gandum.
**saya lebih suka larutkan semua bahan dulu sebelum masukkan gandum sebab nanti kalau masukkan  air selepas gandum, doh macam berselut sikit.

Bila doh dah sebati, bentukkan bulat-bulat juga. Kemudian, leperkan dia balik. [korang paham ke tak ni? tak paham pon pura pura paham la ye]


Masukkan doh A ke dalam doh B. Bulatkan balik. Lepas tu leperkan guna roller tu.

Lepas tu gulung then potong kepada lebih kurang 1inci tebal kot. Heh, x sure la tebal dia tu.

Lepas tu gelek roller tu lagi skali sampai dapat sekeping doh yang nipis dan bulat.


Masukkan inti dan kelim. Suka hati la nk kelim guna acuan atau pon kelim pakai tangan je.

Goreng dengan minyak yang banyak. Biar karipap tu tenggelam.


oh, kesilapan kami.. masukkan inti banyak sangat. tu yang pecah2 tu.. moral: jangan nak tamak sangat masa masukkan inti ok..


Monday 23 April 2012

Wedding Photographer

Assalamualaikum..

Kali ni nak citer pasal wedding photographer. En, cite ke? Nope. Just nak list pakej pakej yang photographer nih tawarkan.

PAKEJ GAMBAR KAHWIN 2012.

PAKEJ 1 : SANDING SAHAJA - RM1000 ( PRINT 4R 120KPG + 8R 2KPG + STICKY ALBUM + CD SOFT COPY SEMUA YG DI SHOOT )

PAKEJ 2 : AKAD NIKAH & SANDING - RM1500 ( PRINT 4R 150KPG + 8R 4KPG + STICKY ALBUM + CD SOFT COPY SEMUA YG DI SHOOT.

PAKEJ 3 : AKAD NIKAH,SANDING & OUTDOOR - RM2700 ( STORY BOOK SAIZ 10" X 15" 20M/S + PRINT 4R 200KPG + 2 STICKY ALBUM + PRINT 24" X 36" BERSAMA FRAME + DVD SOFT COPY SEMUA YG DI SHOOT )

* UNTUK MAJLIS SAMBUT MENANTU TAMBAH RM700
* UNTUK MAJLIS BERTUNANG TAMBAH RM700
* UNTUK BUAT STORY BOOK TAMBAH RM800 ( PAKEJ YG TIADA STORY BOOK )

* HARGA PAKEJ DI ATAS HANYA SEKITAR 15KM DARI BANDAR K.BHARU,SELEBIH ITU AKAN DIKENAKAN SEDIKIT CAJ LUAR KAWASAN MENGIKUT JARAK.

* TEMPAHAN AKAN DIKIRA SAH SELEPAS DEPOSIT DIBUAT.


THE JARIFOTO & EVENTS: PACKAGE 2012-2013
OUDOOR : RM 900

@ Sticky Black Album EXCLUSIVE: 50 kpg 4r 1 kpg 8RW
@ Bergantung pada jarak lokasi

FOTOGRAFI PERKAHWINAN

TUNANG :RM 1000

@ 1 Sticky Black Album EXCLUSIVE: 80 kpg 4R & 1 kpg 10RW
@ Bergantung pada jarak lokasi

SAMBUT MENANTU :RM 1000

@ 1 Sticky Black Album EXCLUSIVE: 80 kpg 4R & 1 kpg 10RW
@ Bergantung pada jarak lokasi

PAKEJ A : RM 1800 : 1 MAJLIS : NIKAH + SANDING

@ 1 Sticky Black Album EXCLUSIVE: 160kpg 4R & 1 kpg 12RW +Frame
@ UNLIMITED SNAP soft copy in DVD
@ FREE GIFT - FOTO FRAME 12R & FREE OUTDOOR (1 session )

PAKEJ B : RM 2800 : 1 MAJLIS NIKAH +SANDING+OUDOOR ( FULL COVERAGE)

@ 1 Sticky Black Album EXCLUSIVE: 160 kpg 4R & 1kpg 16RW +Frame
@ 1 CUSTOM ALBUM –story book 22 kpg 10 ( 10 x 30) EDITED &FULLY
DESIGN
@ Percuma : 16R FOTO FRAME & OUTDOOR (1 session)
@ UNLIMITED SNAP soft copy in DVD

PAKEJ C : RM 4000 : 2 MAJLIS : NIKAH+SANDING+SAMBUT MENANTU +2 SESI OUDOOR ( FULL COVERAGE)

@ 2 Sticky Black Album EXCLUSIVE: 300 kpg 4R, & 1 kpg 24RW+Frame
@ 1 CUSTOM ALBUM-storybook (22kpg 10R) EDITED &FULLY DESIGN
@ Percuma : OUT DOOR PHOTO ( 2 SESSION ) & 24R FOTO FRAME (1)
@ UNLIMITED SNAP soft copy in DVD
@ ( F.O.C ) Preee Wedding

DEPOSIT TEMPAHAN : RM200 : 3 - 6 bulan sebelum tarikh majlis

• Cas luar kawasan KB ( RM 200 per day )
• MAJLIS DI DEWAN : tambahan RM 200 ( 2 photographer )
• Riduan hassan 013-9773244
• Pls sms or call to confirm your booking before bank in the deposit
HOMEPAGE : www.jarifoto.com
 

RM1500 untuk saiz 10x24 22 pages
1 sticky album berserta gambar 4r 100 keping
2 keping gambar besar 8x12 berserta frame
free sesi outdorr pada hari yg sama atau berlainan
cover majlis nikah sanding dan outdoor
unlimited shoot
bonus shoot dengan kamra digital Infrared

shoot n burn only rm1000.. 1st event/day.. additional event or album.. rm500
contoh: sanding.. shoot n burn rm1000.. kalo tambah akad nikah hari lain.. rm500.. kalo nak album pun kena tambah rm500..

Pakej A

Sanding + outdoor (rm1000)
Gambar 4r 120 keping
Gambar 8r. 3keping
1 album gambar
1 DVD (semua copy gambar pd hr majlis)


Pakej B (storybook cristal) ( rm 2000)
Sanding + outdoor
Storybook Cristal 10x12
1 Album gambar
Gambar 4r 200 keping
Gambar 8r. 4 keping
1 DVD ( semua copy gambar pd hr majlis

Pakej untuk majlis bertandang (rm 700)
Gambar 4r 80 keping
Gambar 8r 2 keping
1 album
1 DVD

Majlis akad nikah (rm200)
Pakej diatas adalah untuk majlis area kb shj..

rate yang RM1200 (Akad nikah, dan Reception) with sticky Album dan 100 keping gambar, sewrta CD Gambar unlimited. sekiranya luar dari kota bharu ADD RM50 sahaja
2 events akad nikah, reception, custom album, sticky album, montaj youtube RM1800.....sekali Outdoor conceptual RM2500


Banyak pakej. Nanti akan di upload kemudian sebab dia hantar dalam bentuk PDF. kena convert dulu.




yg ni pebret photographer... uwaaa.. gmbr semua sangat cun..
harga sila tengok di blog dia.. klik dekat menu atas sebelah kanan..

http://photoaura.net/blog/


p/s: ini adalah harga yang saya tanya melalui mesej di muka buku. Jika anda menghubungi mereka secara langsung dan harga mungkin tidak sama dengan apa yang dipaparkan.. sila jangan salahkan saya.. ^-*

Saturday 21 April 2012

Jodoh dan Pertemuan

Assalamualaikum..

Hari ni mahu membebel tentang jodoh. Hmm.. Mentang mentang la dah dekat nak kawen ni kan? Kadang kadang saya merasakan jodoh itu adalah sangat dekat dengan kita. DIA sebenanrnya ada di sekeliling kita sehinggalah PERTEMUAN itu berlaku.Kenapa? Mari saya berikan contoh kisah saya.

KISAH 1 (kisah saya sendiri)

Saya merupakan pelajar SMKSYP1. Manakala enchek tunang adalah pelajar SIC. Sekolah kami berbeza daerah. Tapi dia selalu ke sekolah saya untuk bermain ragbi. Saya dan kawan-kawan di asrama pula selalunya akan skodeng diorang ni. Tetapi masa tu kami belum pun kenal satu sama lain.
Sehinggalah tahun 2009, kami berkenalan di Asakelate.net, berlanjutan ke Yahoo.com. Sehingga beberapa kali pertemuan. Rupanya dia orang yang selalu pergi ke sekolah saya. Kenapa dulu kami tidak kenal dan berjumpa?

KISAH 2 (housemate saya)

Cik kakak pelajar PTPL shah alam, cik abang pula pelajar KUPTM shah alam. Kolej yang bersebelahan je sebenarnya. Bertahun duk belajar situ. Tapi alih alih berjumpa di tempat keje yang sama. Dan bercinta di sini. Itu la saya katakan jodoh itu sangat dekat dengan kita sehingga di PERTEMUKAN.

KISAH 3 (colleagues)

Ngee.. ini lagi la.. Mak sama mak kawan baik. Anak sama anak tak berapa kenal. Tapi alih alih bercinta sekampung.. ^-* lagi untung kan? Senang je nanti nak balik umah mak mertua dan rumah sendiri.

Wednesday 18 April 2012

4 bulan lagi...

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik.. cepat je masa berlalu. Lagi 4 bulan nak langsungkan majlis besar. Tapi satu hape pon tak buat lagi. Kupu kupu dah mula bising.. Aih, lebih dari dia yang nak kawen. Ngee..

Tapi ape kisah kan? Asal ada duit je. Lagi pon saya sume benda beli. Takde yang buat sendiri pon. Sebab apa?? Sebab saya ni tak kreatif mana. Kang nak buat bunga ros, jadi bunga taik ayam.. Haru...

Bridal dah choose. Tapi tak booking lagi. Bulan 5 ni la. Gi booking dan terus fitting. Saya yang cun ni takpe. Banyak baju yang sesuai. Tapi kena ikut kelulusan enchek tunang jugak.. Bridal pon pilih yang sangat jimat dan murah. ^-*
Maaf, saya sangat berkira tentang duit. Kenapa? Sebab bukan senang weh nak cari duit. Terpaksa korbankan tido pagi di hari minggu. Terpaksa dating kejap je dengan enchek tunang. Hohoho.. Nak abiskan RM5000 untuk pelamin je? NAHIIIII KABI NAHIII..

Kedai nak tempah kad dan paper bag dah ada. Tempat yang sama dengan cik ummi dan enchek apis tempah kad diorang. RM1.40 tu harga kad dan paper bag. Giler tak murah... Mana lagi mahu cari dengan harga tu.

Sekarang ni, tengah cari photographer. Kawan enchek tunang yang kami nak ambik hari tu bukan la kata dia tak sanggup nak datang sini. Tapi takut tereksiden tarikh dengan keje hakiki dia. Kang tak pasal pasal dia duk kat laut masa tu.. Naye je nak cari photographer on de dot..