Didik Al Quran

Saturday 21 April 2012

Jodoh dan Pertemuan

Assalamualaikum..

Hari ni mahu membebel tentang jodoh. Hmm.. Mentang mentang la dah dekat nak kawen ni kan? Kadang kadang saya merasakan jodoh itu adalah sangat dekat dengan kita. DIA sebenanrnya ada di sekeliling kita sehinggalah PERTEMUAN itu berlaku.Kenapa? Mari saya berikan contoh kisah saya.

KISAH 1 (kisah saya sendiri)

Saya merupakan pelajar SMKSYP1. Manakala enchek tunang adalah pelajar SIC. Sekolah kami berbeza daerah. Tapi dia selalu ke sekolah saya untuk bermain ragbi. Saya dan kawan-kawan di asrama pula selalunya akan skodeng diorang ni. Tetapi masa tu kami belum pun kenal satu sama lain.
Sehinggalah tahun 2009, kami berkenalan di Asakelate.net, berlanjutan ke Yahoo.com. Sehingga beberapa kali pertemuan. Rupanya dia orang yang selalu pergi ke sekolah saya. Kenapa dulu kami tidak kenal dan berjumpa?

KISAH 2 (housemate saya)

Cik kakak pelajar PTPL shah alam, cik abang pula pelajar KUPTM shah alam. Kolej yang bersebelahan je sebenarnya. Bertahun duk belajar situ. Tapi alih alih berjumpa di tempat keje yang sama. Dan bercinta di sini. Itu la saya katakan jodoh itu sangat dekat dengan kita sehingga di PERTEMUKAN.

KISAH 3 (colleagues)

Ngee.. ini lagi la.. Mak sama mak kawan baik. Anak sama anak tak berapa kenal. Tapi alih alih bercinta sekampung.. ^-* lagi untung kan? Senang je nanti nak balik umah mak mertua dan rumah sendiri.

No comments: