Wednesday, 18 April 2012

4 bulan lagi...

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik.. cepat je masa berlalu. Lagi 4 bulan nak langsungkan majlis besar. Tapi satu hape pon tak buat lagi. Kupu kupu dah mula bising.. Aih, lebih dari dia yang nak kawen. Ngee..

Tapi ape kisah kan? Asal ada duit je. Lagi pon saya sume benda beli. Takde yang buat sendiri pon. Sebab apa?? Sebab saya ni tak kreatif mana. Kang nak buat bunga ros, jadi bunga taik ayam.. Haru...

Bridal dah choose. Tapi tak booking lagi. Bulan 5 ni la. Gi booking dan terus fitting. Saya yang cun ni takpe. Banyak baju yang sesuai. Tapi kena ikut kelulusan enchek tunang jugak.. Bridal pon pilih yang sangat jimat dan murah. ^-*
Maaf, saya sangat berkira tentang duit. Kenapa? Sebab bukan senang weh nak cari duit. Terpaksa korbankan tido pagi di hari minggu. Terpaksa dating kejap je dengan enchek tunang. Hohoho.. Nak abiskan RM5000 untuk pelamin je? NAHIIIII KABI NAHIII..

Kedai nak tempah kad dan paper bag dah ada. Tempat yang sama dengan cik ummi dan enchek apis tempah kad diorang. RM1.40 tu harga kad dan paper bag. Giler tak murah... Mana lagi mahu cari dengan harga tu.

Sekarang ni, tengah cari photographer. Kawan enchek tunang yang kami nak ambik hari tu bukan la kata dia tak sanggup nak datang sini. Tapi takut tereksiden tarikh dengan keje hakiki dia. Kang tak pasal pasal dia duk kat laut masa tu.. Naye je nak cari photographer on de dot..

No comments: