Didik Al Quran

Sunday 29 April 2012

Karipap pusing

Assalamualaikum..

Last 2 weeks ari tu ada main masak masak bersama colleagues. Mari membuat karipap pusing. Ketua chef kali ni cik nurul yang comey ni.. ^-*

Bahan-bahan

Bahan A:
1/2 cawan marjerin
1 1/2 cawan gandum

Bahan B:
1/2 cawan air
3 cawan gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
sebiji telur

Cara-cara:

Bahan A : campur dan uli. bentukkan bulat bulat

Bahan B : masukkan air, garam, gula, air, telur.. kacau sampai semua gula dan garam larut. masukkan tepung gandum.
**saya lebih suka larutkan semua bahan dulu sebelum masukkan gandum sebab nanti kalau masukkan  air selepas gandum, doh macam berselut sikit.

Bila doh dah sebati, bentukkan bulat-bulat juga. Kemudian, leperkan dia balik. [korang paham ke tak ni? tak paham pon pura pura paham la ye]


Masukkan doh A ke dalam doh B. Bulatkan balik. Lepas tu leperkan guna roller tu.

Lepas tu gulung then potong kepada lebih kurang 1inci tebal kot. Heh, x sure la tebal dia tu.

Lepas tu gelek roller tu lagi skali sampai dapat sekeping doh yang nipis dan bulat.


Masukkan inti dan kelim. Suka hati la nk kelim guna acuan atau pon kelim pakai tangan je.

Goreng dengan minyak yang banyak. Biar karipap tu tenggelam.


oh, kesilapan kami.. masukkan inti banyak sangat. tu yang pecah2 tu.. moral: jangan nak tamak sangat masa masukkan inti ok..