Didik Al Quran

Saturday 3 March 2012

jalan jalan abiskan duit

Assalamualaikum..

Semalam.. Pagi jumaat yang indah dah sejuk. Macam hari hari bekerja yang lain, bangun pagi mandi, solat subuh dan siap siap untuk gi keje. Walaupon weekend di kelantan, tapi oleh kerana saya sedang berusaha mengumpul duit untuk melangsungkan perkahwinan tahun ini, maka terpaksalah berusaha dengan lebih gigih mencari rezeki. OT. Itulah satu-satunya cara paling senang untuk kumpul duit buat masa sekarang ni. Bekerja dari jam 8.30am-12.30pm. OK la tu.

Sesudah keje, gi rumah Cik Syuhada yang manis. Dia main masak masak makanan korea. Spicy stew tofu. Giler pedas. Kalau tambah lagi satu sudu pepper flakes tu memang pedas yg boleh membunuh.

 
inilah bendanya..
spicy stew tofu..

Lepas kenyang-kenyang makan, duduk duduk rehatkan perut. Tengok tengok gambar makanan kat internet. Kan ke giler nak diet dan kurus tapi otak asik ingat makan je. Kalau asik makan bila ntah nak kurus. tengok jam 2 lebih.. Kebarangkalian enchek kekasih hati balik dari solat jumaat dah ada. Kena balik rumah dulu kot kot dia nak ajak keluar petang nanti.

Balik rumah, landing depan TV sambil on laptop. Mana satu nak tengok pon tak tau. Alih-alih, tertido. TV dan laptop tu yang tengok saya. Tengah tengah tido, enchek kekasih call kata nak keluar dengan dad dia dulu. OK. Gud. Ngantukkan. So biar je la dia keluar waktu kita tidur. Lepas asar baru keluar berdating.

Tempat utama nak tuju sebenarnya nak cari baju kami untuk E-day next week. Alah, baju kurung biasa je pon. Dan enchek kekasih telah dipaksa supaya memakai kemeja. Heh. Tapi sebab ternampak kedai perabot CAVENZI dulu. Kami menyinggah di situ. Konon-konon nak survey. Tengok-tengok barang dan perabot. tengok-tengok set bilik tido dan L-shape sofa. Alih alih ter'booking'.  Tapi sebab kat Cavenzi ni boleh bayar macam ansuran, so tak kisah sangat la. Yang penting kena bayar 30% untuk kilang start buat. Dan tempoh masa yang selalu dia amik adalah sebulan. Maknanya kalau nak guna bulan 7, bulan 6 tu kena bayar penuh 30%. Ikut suka la nak bayar RM100 dulu ke seminggu. Jadi kami just book perabot tu dengan harga promo. 

Then lepas tu gi KB Mall. ~~asal dating je, KB Mall~~ macam takde tempat lain. Ok, kami g cari baju kurung untuk saya. Dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Jumpa kat satu kedai tu, cuba dan terus beli. Nanti nak kena cari baju untuk my mom and future MIL pulak. Jalan-jalan lagi masuk Pacific sebab nak cari kemeja enchek kekasih. Bila dah jumpa, bayar dan gi tunaikan solat Maghrib kat surau KB Mall tu.

Lepas tu g pusing-pusing KB Mall lagi. Dia beli speaker. Saya ingat nak beli headphone. Tapi tengok harga.. Haih.. Tak boleh! Tak boleh! Kena bajet.Masuk SMO dan paksa enchek kekasih belikan novel CINTA SI IKAN BUNTAL DAN KAMBING LIAR. hehehe. Well, saya kan tak boleh masuk kedai buku. Ada je yang nak beli. Walaupon bukan saya yang keluarkan duit. Cari yang keperluan. Bukan kemahuan. Lapar!!!!! Ajak dia gi makan "colek pelempung". Tau ke macamana?

Nak tak nak kena gi makan kat stadium. Sebabnya kat situ je yang kami tau selain dari tempat yang biasa makan dekat SIC tu. Tapi rupanya ramai pulak malam ni. Dengan hujan lagi. Pelik. Ada majlis apa-apa ke? Oh, kan hari ni Tok Jib datang Kelantan. UAI pon ada datang bagi ceramah. So no wonder la kenapa jalan sangat sibuk. Kami makan-makan dan balik. ~~Yeay, tak makan nasik!!!~~ Diet berjaya untuk malam ni. 


p/s: tong-tong, banyak keping jugak not RM50 melayang hari ni. Huhuhu

No comments: