Didik Al Quran

Wednesday 29 February 2012

kepala dah ting tong

Assalamualaikum..

Dah lama tak singgah di sini. Agak busy dengan kerja dan program 5S yang sisih, susun, tu.. Dan kepala pon dah agak pening dengan planning kawen yang terbantut.
InsyaAllah, saya akan betul betul dirisik dan dipinang cuti sekolah bulan 3 ni. Harapnya semua berjalan lancar. Bukan dirisik macam post sebelum ni ok.

Kalau diikutkan hati, nak je percepatkan majlis perkahwinan tu nanti. Tapi fikir pasal kewangan, pasal rumah, pasal kerja yang tak pernah abis ni, agak membantutkan rasa. Orang tengok.. ye, memang nampak cool je.. Tapi hakikatnya kepala ni dah ting tong. Cuma member terdekat dekat lab tu je yang tau camane perasaannya. Huhuhu.

Jangan tanya apa-apa!!! Itu je permintaan saya pada mereka yang selalu jumpa dan nak tanya pasal persiapan kawen. Alahai.. Tarikh tetap pon takde la. apa nak kecoh-kocoh. Konon cool la tu. Pada hal, kalau diikutkan perancangan, majlis perkahwinan akan berlangsung paling cepat 6 bulan selepas bertunang. Maknanya paling awal pon bulan 8. Dan saya satu apa pon tak buat lagi.

Oleh kerana saya berjauhan dengan encik kekasih hati merangkap bakal suami, maka segalanya saya urus sendiri. Cuma untuk beberapa perkara perlu juga minta pendapat dia. Hmmm.. Sakit kepala.
Tapi dalam sakit sakit kepala yang dah ting tong ni, makan tetap jugak banyak. Berat pon dah naik. Waaa.... Bulan 3 nak bertunang. Nanti tak muat baju camana? Jom berdiet.

Bercerita pasal risik, tunang dan kawen.. Kami berempat.. lepas sorang-sorang menyusul. InsyaAllah. Cuma cik syuhada yang manis je lagi tak ada steady BF. Tok dia dah bising-bising suruh cari calon. Itu pon gara-gara adik dia nak bertunang raya nanti. Haa.. Kan dah nak langkah bendul. Bila dah kena push macam tu, sampai terbawa bawa dalam mimpi. Haih, dasyat.

No comments: