Didik Al Quran

Sunday 5 February 2012

Saya dirisik ^-*

Assalamualaikum..

Semalam adalah majlis bertunang kupu-kupu saya <<dua pupu; tapi oleh kerana kadang kadang tak tau mana sepupu sepapat saya, saya hanya namakan mereka kupu-kupu saya>>. Kami bertolak jam 1.30pm dari Kg. Jedok, Tanah Merah ke Wakaf Bharu. Kampung perempuan <<cik iena>> tu saya lupa namanya. Tapi oleh kerana kami tersesat jalan, maka kami sampai jam 4.30pm. Huhuhu.. Buat malu je kan orang kelate sesat jalan area kelate.

Mulanya, kupu-kupu saya Abang Ngah ni agak malu-malu nak naik ke rumah. Dia lagi rela tunggu dalam kereta sesorang. Tapi pihak perempuan suruh dia naik.. Nak berkenalan dengan bakal menantu ni.



sireh junjung untuk cik iena


Nenek sedara saya mengetuai majlis. Bertanyakan bunga yang sekuntum tu. Lepas tu sarung sarung cincin. Oh, pihak perempuan pon ada bagi cincin jugak untuk lelaki. Jarangkan bertunang berbalas cincin.

Lepas tu, bab makan. Oh, sungguh saya tak sabar nak makan. Ada gulai kambing, gulai daging, ayam masak merah, acar timun, gulai ikan tongkol @ aya. Semua lauk saya ambik. Hehehe. Dah siap siap makan, sesi bergambar pulak. Dalam malu malu pon abang ngah bergambar tak hengat..

Salam salam nak balik.. Tapi saya, dengan 2 orang kupu-kupu dan 2 orang mak cik saya nk meronda dulu. Nak gi survey-survey bridal untuk majlis saya yang akan datang. Yuhuu... :::mood gatal:::

Bila orang lain bertolak balik, kami pon bertolak untuk meronda. Dalam kereta makcik saya yang sorang tu bagi tau, ada orang bertanyakan saya. Reaksi saya masa tu? Nak tergelak pon ada. Apa tidaknya, makcik bertudung labuh yang berdiri kat pintu masa saya makan tu tak tengok ke yang anak dara sorang ni <<saya la tu>> makan nasik penuh pinggan dengan 2 gelas air dan 1 popiah basah. Macam mana la dia boleh terbekenankan saya untuk dijadikan menantu. Dan makcik saya kata lagi, "oh yang tu dah ada orang punya, nak bertunang bulan 3 ni".

Adakah benar saya nak bertunang bulan 3 ni?? Kita tunggu je la kot-kot ada rombongan datang meminang saya. Agagagaga..

1 comment:

Saya Punye said...

pewwittt.. moga semua berjalan lancar lom... :)