Didik Al Quran

Saturday 4 February 2012

My Wedding Planning

Assalamualaikum..
Hmm.. disebabkan dalam mood gatal nak kahwin.. saya berhasrat untuk listkan perancangan saya..
::wink::wink::

Kalau diikutkan hati dan perancangan saya, saya cuma nak satu majlis yang simple tapi meriah. Yang dihadiri oleh tetamu tetamu yang saya sendiri sempat nak melayan. Dan saya tak nak PELAMIN. Saya tekankan sekali lagi. Saya taknak PELAMIN!!!! Bila saya kata saya tak pelamin, orang selalu kata.. "Kahwin sekali je, rugi la kalau tak buat pelamin. Nanti nak ambik gambar kat mana?" Eh, perlu ke pelamin tu? Bukan ke akad dan majlis je yang satu keperluan.

Setakat gambar tu.. Kat mana mana pon boleh ambil gambar. Kan? Kan? Lagi pun kan ke sekarang ni orang semua pakat buat outdoor.. Dan menurut bakal photographer kami, dia cadangkan amik gambar dekat Pulau Perhentian. ^-^

Mengikut kehendak saya, tema adalah RED + SILVER GREY @ ORANGE + SILVER GREY untuk majlis di rumah pengantin perempuan. Tetapi untuk akad nikah adalah warna electrical blue. Saya selalu terfikir, kenapa orang akad nikah pakai warna putih, cream, grey atau warna warna yang soft sahaja. Hmm, takpe.. Saya inginkan kelainan untuk majlis saya.
Baju akad nikah akan dijahit oleh my auntie. Design akan ditetapkan oleh saya dan dikomen oleh my love dan ditambahbaikkan oleh my auntie.Kalau ikut hati saya, untuk akad nikah nak baju yang simple. Macam orange one shoulder prom dress dan royal blue kat bawah ni.. Cuma tang lengan dengan belah dia tu kena la tambah baik pulih.. Kang salah orang pulak gi akad nikah. Ngehngehngeh..


Flaunt Beaded Chiffon One Shoulder Prom Dress 91109 by Mori Lee image

Jovani One Shoulder Prom Dress 151627 image

Untuk majlis pihak lelaki pula, enchek junid mahukan warna feberet dia. Warna kuning atau hijau. Hmm.. dua-dua bukan warna kegemaran saya. Tak mengapa.. Kalau dia boleh turut kehendak saya, mengapa tidak saya turutkan kemahuan dia juga. Hijau atau kuning masih belum ditetapkan.

Sekian, nanti sambung lagi.

No comments: