Monday, 5 March 2012

Hilangnya seorang teman

Assamualaikum..

Hari ini, 5 Mac 2012 bersamaan 12 Rabiulakhir.. teman dan sahabat satu sekolah menengah dengan saya telah pergi meninggalkan kami jam 8.30pagi tadi. Dia.. Hazreen Ariffin yang saya kenali sangat baik orangnya. Mudah mesra dan sangat mudah membantu teman-teman.


Kalau diikutkan, kami cuma rakan satu sekolah. Bukannya rakan sekelas. Namun, berlainan kelas tidak membuatkan kami tidak mengenali satu sama lain. Sementalahan kami sama-sama pelajar aliran agama walaupun masa tu kami bersekolah di sekolah menengah biasa.

Selepas sekolah dulu, kami terputus hubungan. Dan hanya sesekali berhubung di muka buku. Itu pun sekadar bertanya khabar dan jarang bersua muka. Sehinggalah baru-baru ini seorang BFF arwah menghubungi saya ketika dia dimasukkan ke wad 2 Intan, HUSM KK. Dan Alhamdulillah, dari situ saya boleh berhubung dengan beberapa orang rakan yang dah lama menyepi.

Dimasukkan ke wad kerana selalu sakit kepala dan lemah badan. Dan dikatakan ada berlaku brain infection.Agak menjadi tanda tanya sebenarnya. Sehinggalah selepas ujian darah dijalankan. Arwah dirawat sebagai pesakit Toxoplasmosis. Baru beberapa kali melawat arwah sewaktu dia sedar, saya di khabarkan dia koma.

Masa melawat dia, banyak yang kami sembangkan. Ia la.. bertahun tak berjumpa. Itu pun saya masuk menziarah dia selepas waktu melawat. Guna kad staf USM untuk melawat pada bukan waktu melawat. Hmm.. Kalau dengar perancangan arwah, dia nak gi majlis kahwen kawan-kawan kami. Yani 10Mac 2012 dekat Perak dan Jimi 11Mac 2012 dekat Putrajaya. Dan kalau ikut plan dia juga, dia nak gi bercuti dengan family di Sabah. Flight pun dah booking. Dia juga ajak saya untuk bercuti di Melaka hujung bulan 3 ni. Ya Allah...

Terkejut? Ya. Sangat terkejut sebenarnya. Namun, dalam keadaan dia koma, saya tidak berkesempatan untuk menziarahinya. Sehingga semalam, naluri sangat ingin menjenguk dia. Namun kerana kekangan masa dan penat, saya terus pulang ke rumah tanpa sempat menjenguknya.

Semalam, oleh kerana rasa ingin bertemu dengan arwah namun tidak berkesempatan. Hanya doa saya panjatkan sungguh-sungguh kepada ILAHI. Mohon yang terbaik untuk arwah. Andai hidup baik baginya, maka sembuhkanlah dia. Andai mati itu lebih baik baginya, ambillah nyawanya dengan cara paling halus.. Paling tidak menyakitkan.

Dan pagi ini, saya dikejutkan dengan berita ketiadaan dia. Kenalan saya dan arwah, yang juga HO di wad 2 Intan mengkhabarkan di wall FB arwah yang arwah telah tiada. Innalillah..

Saya menyampaikan ketiadaan arwah pada teman-teman sekolah dulu yang boleh dihubungi. Bergegas ke 2 Intan untuk menziarahi arwah dan keluarga. Mek, ibu arwah masih mengenali saya. Dalam sebak, saya kuatkan semangat. Cuba untuk tenangkan mek. Walau dalam hati sendiri rasa terkejut dan sebak itu ada.

Saya iringi jenazah sehingga ke mortuary. Dalam hati berdoa agar dipermudahkan dan dipercepatkan segala urusan. Pihak mortuary kata jenazah perlu dimandi dan dikafankan di sini kerana body fluid dari arwah mungkin boleh menyebabkan infection kepada orang lain.

Dalam berat hati, family arwah tetap membenarkan. Walau hakikatnya mereka ingin membawa pulang jenazah dan memandikannya di rumah. Saya dan Faiz (kenalan kami; HO 2 Intan) hanya menemani keluarga arwah sehingga di situ.

Arwah akan dikebumikan selepas Asar petang ini. InsyaAllah segala urusan pengebumiaan akan dipermudahkan.

 
Moga arwah Hazreen Ariffin ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

2 comments:

A FUN DEE said...

Arwah adalah housemate saya.. saya pun dapat berita dari waris.. sebulan lebih tak tahu berita sejak dia sakit n pulang ke kelantan.. Alfatihah

cik nurul said...

a fun dee..
kalau diikutkan, arwah admit wad usm 2 minggu je.. tp kawan sy di hospital serdang kata dia prnh g A&E kat ctu bbrp kali awal tahun ni..