Hmm.. sesekali keluar berdating dengan teman teman lama indah juga ye. Bertanya khabar, mendengar berita mereka yang sudah lama tidak bersua. Biar pun sebenarnya hanya keluar bersama dua hingga tiga orang sahaja. Tapi cukup untuk menggamit banyak memori.
Malam ni keluar bersama rakan sekolej, sekelas masa study di PTPL dulu. Banyak jugak benda yang disembangkan. Ah.. Kadang-kadang jadi rindu juga zaman belajar.
Dari cerita pasal diri masing masing.. Sampailah kepada khabar khabar teman yang lain. Saya? Memang lost contact dengan mereka. Sebabnya saya selalu menyepikan diri. Orang mesej, call... Belum tentu saya jawab. Apatah lagi kalau mahu memulakan perkhabaran. Kecuali "twin" saya di PTPL tu. Merangkap classmate, housemate, roommate.. Dia sahaja rasanya yang saya berhubung. Yang lain-lain, saya hanya tunggu perkhabaran dari mereka.
No comments:
Post a Comment