Didik Al Quran

Thursday 3 May 2012

Saya bukan misi


Assalamualaikum..

Hmm.. hari ni mahu bercerita pasal kerjaya. Tettt... Kenapa? Sebab orang selalu tanya keje kat mane? keje ape? Dan untuk soalan soalan itu juga, mereka sendiri yang selalu memberi jawapan yang salah tanpa sempat saya menjawabnya.

Orang selalu tanya "keje ke belajar?"
Saya jawab "keje".. ~adakah muka saya masih nampak macam student?~

Orang tanya lagi "keje kat mane?"
Jawab saya lagi.. "dekat hospital USM"

Bila saya kata keje dekat hospital.. 2 jawatan je diorang cakap..
"Misi ke doktor?"
Uhh.. what should i said?? "Tak la. Juruteknologi makmal perubatan @ MLT."
Lepas tu kena terang panjang lebar pasal keje saya ni. Sob sob sob..

Ni deskripsi tugas yang di copy + paste dari SPA ~malas nak taip balik~


1.Kajian/Penyelidikan.

i. Mengambil contoh-contoh untuk kajian daripada pesakit-pesakit dan binatang-binatang.

ii. Menyediakan ujian dan simpanan reagcut, media, standard solution suspension dan lain-lain.

iii. Membantu kerja-kerja pembedahan mayat yang berkaitan undang-undang.


2. Pentadbiran
i. Menerima, merekod dan mengirim contoh-contoh untuk ujian.

ii. Menyelenggara perjalanan, pembersihan dan meminyakkan alat-alat kelengkapan makmal.

iii. Membantu dalam pemesanan bekalan dan menyimpan senarai alat-alat kelengkapan (inventory).

iv. Mengemukakan semua laporan keputusan ujian dan menyimpan peraturan-peraturan yang dijalankan dan keputusan ujian-ujian yang diperolehi bagi perkhidmatan, penyelidikan dan pengajian.

v. Memangku dan mengambil tanggungjawab Juruteknologi Makmal Perubatan Tingkatan Khas semasa ketiadaan beliau.

vi. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke masa.



Juruteknologi Makmal Perubatan atau Medical Laboratory Technologist (MLT) bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas teknikal berkaitan sains perubatan. Ada negara yang menggelarkan sebagai Saintis Bioperubatan / Saintis perubatan / Saintis Makmal Perubatan.


Bidang-bidang tugas MLT berkaitan bank darah, kimia, hematologi, imunologi, histologi, mikrobiologikimia, mikroskopi, menganalisis kuman dalam cecair tubuh iaitu darah, kencing, kahak, najis, cerebrospinal fluid (CSF), cecair peritoneal, cecair synovial & pelbagai lagi spesimen / contoh yang di ambil dari tubuh manusia.

MLT bekerja di makmal-makmal perubatan, hospital, klinik dan makmal penyelidikan. Ada negara-negara yang memerlukan kelulusan peringkat ijazah atau sarjana untuk bergelar MLT.

MLT melakukan tugas daripada yang mudah seperti uji darah hinggalah yang kompleks seperti ujian HIV/AIDS, diabetes & kanser.

MLT bertanggungjawab menentukan ketepatan hasil ujian makmal & mengemukakan laporan makmal untuk rujukan doktor atau pathologists. Laporan makmal daripada MLT akan mempengaruhi cara rawatan yang bakal diterima pesakit, diagnosis dan pencegahan penyakit.

MLT menjalankan tugas di dalam makmal perubatan yang berteknologi tinggi serta perlu mahir mengendalikan kelengkapan makmal yang kompleks, peralatan elektronik & berteknologi tinggi yang mahal & canggih termasuk penggunaan teknologi komputer.

MLT menganalisis menggunakan mikroskop & pelbagai peralatan canggih terkini serta berperanan penting dalam membantu doktor mendiagnos penyakit & menentukan kaedah ujian makmal yang tepat.

MLT menerima bahan / spesimen pesakit, menganalisa spesimen, menafsirkan serta melaporkan hasilnya. Berikut adalah ujian-ujian umum yang dilakukan iaitu complete blood count (CBC), comprehensive metabolic panel (CMP), electrolyte panel, liver function tests (LFT), renal function tests (RFT), thyroid function test (TFT), urinalysis , coagulation profile, lipid profile, blood type , analisis air mani (Untuk kesuburan & post-vasectomy studies) & serological studies.

Kadang-kadang dalam kemudahan & tenaga yang terhad di klinik kesihatan, MLT juga perlu mengambil darah pesakit. Secara umum tiga bidang makmal utama. 1. Patologi 2. Mikrobiologi 3. Biokimia klinikal

1. Patologi Klinik:

Hematologi,
Histopatologi, saya disini
Sitologi

2. Mikrobiologi:

Bakteriologi,
Mycobacteriology,
Virology,
kulat,
Parasitologi,
imunologi,
Serology.

3.Biokimia:

Biokimia analisis, ujian hormon etc., Blood Bank, analisis mikrobiologi (Perlu untuk penyakit berjangkit yang boleh ditemui dalam darah).

p/s: sesetengah part telah di copy + paste dari internet.. sekian..