Monday, 7 May 2012

check list.. bridal done!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. lega rasanya lepas satu satu hal nikah kawen ni settle. Walaupun baru tahap booking je. Kurang kurang dah nampak la saya ni beria nak kawen. Heh..

Balik cuti weekend + wesakday hari tu, sempat la pergi bridal.. Book tarikh. Tapi baju dan segala macam tu tak pilih lagi. Fitting jauh sekali. Warna pun macam tak confirm lagi. Sebabnya mak dah beria suruh pakai warna putih untuk akad nikah. Hmmm.. tu gara gara dia tengok saya test baju kak ummi masa pergi rumah mak tok hari tu.

Untuk bertandang, enchek junid dah confirm nak warna kuning. Baik la warna kuning dari warna hijau. Siyes weh.. tak suka hijau. Cuma majlis rumah saya je macam tak tau nak oren @ electrical blue. Waaa... Tolong saya pilih warna!!!! Enchek junid kata ikut suka hati saya je warna apa kecuali pink. Tak tau.. Tak tau.. Kang wat kalerpul baru tau.

Insyaallah, tunggu enchek junid balik baru gi pilih baju, warna, dan segala benda alah yang bawah pakej cik bridal tu. Susah jugak rupanya nak wat keje pasal nikah kawen ni ye..


p/s: tetiba rasa macam tak sabar nak kawen.. hahahaha

3 comments:

Anonymous said...

kakak..both colour gabung..wonderful..

cik nurul said...

both colour? biru + oren? dah macam nak nyanyi lagu hindustan pulak

Saya Punye said...

nice... berani try combine oren with elctric blue.. :) nyum2..