Thursday, 10 May 2012

Ketumbit!!

Waaa... bangun pagi ni tetiba tengok mata sebelah kiri bengkak. Intai intai.. tengok tengok kat cermin.. Bawah bengkak tu ada bulat kecik warna putih. Sah, ketumbit! Atau orang-orang klate kata "timbeng".

Gi keje, mana mana yang perasan mesti tanya.. "Hah, intai sape berak?"
Kadang-kadang terfikir jugak, apa kaitan ketumbit dengan skodeng ni? Saya tak skodeng orang berak la.. Buat apa, busuk je. Saya skodeng abang abang pilot dekat area rumah saya tu. Hahaha.. Itu la.. Niat tak baik.. Kang dah naik ketumbit. Padan muka sendiri.

Pagi keje macam biasa. Dalam mata duk berdenyut pon tu sabar je la. Nak gi klinik staf pun tak boleh sebabnya hari ni lupa bawa kad staf, akses door dengan kad rawatan. Semua kad tu tertinggal sebab kad duk tergantung kat cermin pandang belakang dalam cik viva. Oh, hari ni car pooling dengan kak ummi.

Tengah hari keluar gi tempah jahitan untuk baju bertandang kak ummi. Terus singgah rumah, mandi dan tukar baju. Tak lupa jugak ambil segala kad dalam kereta. Seusai solat zohor, call klinik staf wat temujanji. Nasib baik belah petang tak ramai patient.

Masuk keje petang, terus ke klinik staf. Jumpa doctor dan mintak ubat segala. Gi menunggu di farmasi satu hal. Bila agaknya farmasi HUSM ni tak ramai orang. Tunggu lepas sorang sorang.. Then, samapi turn saya. Yeay!!! Tak ada la lama mana..

Petang ni lepas keje nak gi rumah mak tok dekat kg jedok, tanah merah. Nak gi ambik baju akad nikah kak ummi yang saya cuba hari tu. Hahahaha.. Orang lain try dulu..

p/s: kalau ikut petua orang dulu dulu, untuk rawat ketumbit, ambik bawang putih, potong sikit hujung dia lepas tu sapu dekat biji ketumbit tu. Rasa agak pedih jugak la.. Huhuhu.. Awal awal tu memang la saya buat gitu jugak.. Tapi lagi senang gi klinik dan ambik ubat. Demah dengan towel sampai biji tu pecah. 

No comments: