Didik Al Quran

Wednesday 14 March 2012

~~bila benci jadi sayang~~

Assalamualaikum..

Mari kita berkongsi rasa. Pernah tak kamu kamu rasa menyampah sangat, tak suka sangat dengan sesorang tu. Tapi lama lama jadi sayang? Pernah ke? Tu la.. Orang tua tua selalu kata, jangan benci sangat, nanti yang dibenci tu la jadi 'tersayang' pulak.

OK.. mari bercerita. Sebenarnya dulu saya cukup anti dengan lelaki melayu kelantan. Ulang taip "LELAKI MELAYU KELANTAN". Sebabnya tak diketahui. Untuk berkawan ye, sangat boleh. Tapi untuk jadi partner tu sangat-sangat di tolak. Kalau cinta monyet vs kura-kura tu ada la. Mungkin sebab lelaki melayu kelantan yang saya kenal tu sangat tidak berkenan di hati saya. Egois, bodoh sombong, baran, mendesak. Banyak sungguh sifat negative kalau nak di senaraikan.

Oleh sebab itu saya lebih selesa berteman tapi mesra dengan chinese @ india. Ops.. yang pasti not typical indian and chinese. Ala.. tu zaman study dulu. Masa zaman IPT pon, masih lagi agak kurang senang untuk bercinta dengan mat klate.  Lagi sanggup bercinta dengan orang luar dari klate dan yang jarang-jarang jumpa.

Dulu, sangat sangat tak suka:
  • lelaki melayu kelantan
  • lelak berisi
  • cinta yg boleh tgk ari-ari
 Saya selalu berharap:
  • cari jodoh orang paling jauh~ utara dengan selatan, timur dengan barat pon tak kisah~
  • kalau mix pon xpe ^-^
  • cinta jarak jauh ~sb  rasa macam rimas je kalau selalu jumpa~jauh tu mengajar erti rindu~
  • nak lelaki kurus, mata sepet tapi hidung mancung dan kening lebat.. wohaaa~ sy suka pandang kening orang lepas tu baru tgk mata~
  • saya mahukan lelaki yang lagi bijak dari saya..

Tapi sekarang ni..  2 benda yang saya tak suka tu terjadi..  enchek tunang adalah anak jati kelantan dan melayu tulen. berisi dan bulat pulak tu. Hmm.. bab cinta yang tengok hari hari tu tak berlaku. Kami PJJ. Mungkin lepas kawen pon still PJJ.

Walaupun dia bukan seperti yang saya harapkan.. Saya terima dia seadanya. ^-^
Sebab dia tak seperti LELAKI MELAYU KELANTAN yang dalam list saya dulu. Ngee.. Benci lagi.. Tak suka lagi.. Kan dah jadi chenta hati..

Jodoh ajal maut itu rahsia ALLAH..

2 comments:

Nik ayuNNie said...

hampir 3 tahun lepas,ku terimanya kerana terpaksa dan dipaksa...eheee...bukan gapo sebab "kesian" dan kerana didesak olehnya...x malu sungguh lelaki itu...hehehe...ku terima seseorang tanpa ada perasaan syg walaupon sikit...tp alhamdulillah koho lamo koho syg jadi...die lah cinto pertama ku n harap2 yang terakhir la dih...insyalllah kalu adow jodoh...

cik puan nurul said...

terpaksa deh?? jodoh pon perlu diusahakan.. bukan sekadar menunggu..