Sunday, 1 January 2012

Hari Pertama Di Tahun Baru 2012

Assalamualaikum..
Hmm.. hari pertama di tahun baru.. Saya kembali bertugas di makmal rutin. Sekian lama tak menghidu bau formaline, kepala terasa pening dan mual-mual. Dah mengalahkan orang mengandung dah. Huhuhu..
Hari ini grossing. Sebenarnya menggantikan staf yang bercuti.
Dari pagi menghadap specimen di lab rutin, asist grossing sampai lunch hour.. Memenatkan fizikal. Pada hal specimen hari ini hanya 22 orang patient je. Tapi sungguh, sangat memenatkan! Mungkin sebab baru kembali bekerja. Orang kata alah bisa tegal biasa..
Sebelum lunch, sempat jugak duduk di meja sendiri. Actually meja masih di cyto lab. Bila masuk je, ada yang sampaikan, LA sakit kepala sebab tak jumpa report yang disimpan pada minggu saya bertugas di kaunter. Maaf, kali ini saya tidak akan memberi muka! Terus je bangun dan pergi tanya LA berkenaan. Hmm.. tak mengaku pulak.
Petang, received specimen dan meeting pasal JD dengan Pegawai Sains. Lepas siap meeting je terus cabut balik. Pergi melawat Tok dekat Wad Bendahara HRPZ II. Hampir maghrib baru sampai rumah. Huhuhu..

No comments: