Didik Al Quran

Thursday 12 January 2012

Gemersik Kalbu

Assalamualaikum..

Pernah baca novel Gemersik Kalbu tulisan Anis Ayuni? Atau anda juga pernah dan sedang menonton Gemersik Kalbu versi drama di TV3 jam 7.00 malam setiap Isnin hingga Khamis sekarang ni? Jika ya.. anda dan saya memang sehati sejiwa. Hahahaha..


ni novel dia.. tapi tak ingat tahun bila.. rasanya masa saya sekolah menengah

Sinopsis Ringkas

Suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan jidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Sinopsis Novel

Kisah Cikgu Raihana yang bercinta dan bertunang dengan Wan Ariffin. Wan mati lemas kerana menyelamatkan seorang budak. Cikgu Raihana pulak kehilangan seseorang yang sangat rapat dengannya, dia bergantung kasih dengan Wan Ariffin selama ini, dan keluarga Wan sangat baik dan menganggap Raihana macam anak kandung mereka.
Raihana tidak rapat sangat dengan ibu kandungnya sendiri, malah hubungan dia dan ibunya sangat kekok.Raihana melanjutkan pelajaran secara sambilan dengan rakan baiknya Kak Shikin, mereka menumpang tinggal di rumah Aunty Zarina, di situlah dia kenal pula dengan Sufian.
Awal perkenalan, Raihana tidak berapa suka dengan penampilan dan tingkah laku Sufian. Tetapi Sufian sudah jatuh hati pada Raihana. Raihana masih lagi tak dapat melupakan cinta pertamanya iaitu Wan Arifin. Raihana yang tak suka kepada Sufian bertekad nak pindah rumah kerana benci kepada Sufian. Sufian mula memasang perangkap supaya Raihana dapat dikahwininya.
Akhirnya Raihana dan Sufian berkahwinlah juga..sepanjang menjadi isteri kepada Sufian, dia melihat kebaikan dan keikhlasan Sufian sebagai suaminya. Mungkin timbul rasa kasih sayang kepada Sufian dan Raihana terpaksa jugak menjaga Sufian di hospital ketika Sufian sakit.
Setelah Sufian sihat, Raihana kena pula jaga ibu kandungnya yang jatuh sakit pulak walaupun ibunya melayan dia dengan kasar. Raihana cuba merapatkan hubungan renggang selama ini dengan ibunya.
Sufian sedar Raihana masih lagi teringatkan cinta pertamanya, mampukah Sufian mengalihkan kembali cinta Raihana kepadanya, Sufian cuba menduga cinta dan kasih sayang Raihana.



Untuk sinopsis drama, maaf saya tak tahu. Mungkin lebih kurang je dengan novel. Tapi part yang paling saya suka bila Wan Ariffin bagi hadiah dan kad ucapan kecil.

C.A.N.A.D.A : cute and naughty, action developing attraction.
I.T.A.L.Y : i trust and love you
H.O.L.L.AN.D : hope our love last and never dies.
L.I.B.Y.A : love is beautiful, you also

sweet sangat masa tu.. ^-^ kalau terlepas nak tengok, sila la tengok online dekat tonton. kalau nak baca preview novel, sila klik disini. Yeeezaaa... Selamat membaca dan menonton.

No comments: