Didik Al Quran

Tuesday 3 January 2012

1st Step

Assalamualaikum..
Langkah pertama mempersiapkan diri menjadi isteri orang ialah menghadiri kursus kawen. Hari ini, selepas settlekan segala tugas di lab, saya keluar ke bank. Update akaun ASB. Bonus + dividen dapatlah dalam RM7800. Duit itulah yang akan digunakan untuk big day nanti.


Balik dari bank, terus singgah Balai Islam.. ambik borang kawen.. eh silap, borang kursus kawen. Dah bagi photocopy IC dan isi borang. Dan saya dapat tarikh kursus tu. 7 & 8 Februari 2012. Hmm.. hari bekerja. Tapi kalau tengok schedule dia, memang semua hari jatuh hari bekerja. Kalau yang weekend pulak diorang buat kat Pasir Mas dan daerah lain. Adoi.. tak ke satu hal pulak kalau nak ambil tempat jauh-jauh tu. Nak tak nak, isi la borang pelepasan tugas. Kalau tak dibenarkan, kena la ambik cuti.

Pernah dengar settle kahwin? Untuk memudahkan perancangan saya, saya daftar kat situ. How to manage step by step, how to plan our wedding. Semua ada kat situ. Nak ikut bajet, vendor pon ada. Kalau yang wedding planning tu, memang ada siap dengan tarikh bila kita patut settlekan benda tu.. Memang cool giler.

No comments: