Wednesday, 11 January 2012

Lovely January 2012

Assalamualaikum..

Beberapa hari di bulan Januari.. ada hari hari istimewa buat saya.. ^-^

3 Jan 12
Besday my BBF.. kawan dari kecik sampai sekarang. Yang kalau kami duduk bersama-sama dengan my mom, orang akan sangka dialah anak mak saya.

ni gambar tahun 2010 lagi.. harap maklum

11 Jan 2012
Besday Enchek Kekasih Hati...Tahun ni tak tau lagi nak buat surprise apa.. Hari tu ingat konon konon nak pergi Paka. Tapi takut pulak sebab mak dia sekarang kat KL. Nanti kang sesat ke, apa apa ke.. Susah. Nak contact senduk senduk Fifi kawan dia tu.. Tak pernah pulak jumpa. So agak segan di situ. Nak tak nak tunggu dia balik KB weekend ni. Just wait and see.. Sambil tu kena fikir jugak nak buat apa..

gambar beraya di laut tahun 2011

21 Jan 2012
Ni abang long akad nikah.. Actually bukan abang saya. Tapi dah macam abang saya. Sebab kami membesar bersama. Jiran paling dekat dan paling rapat. Bukan dia je.. Tapi seluruh family. Malam akad nikah, kami keluarga terdekat akan pakai baju warna kuning. Majlis rumah perempuan pada 22 Jan 2012. Hari ni pula akan pakai baju warna gold. Ala, yang saya kalut kalut nak beli hari tu. Dah terbeli dah. Majlis rumah lelaki adalah pada 24 Jan 2012. Hari sambut menantu kami akan pakai warna merah. Oh, saya suka merah. ^-*


kad undangan pihak lelaki

ni bakal pengantin masa hari bertunang <3

No comments: