Didik Al Quran

Friday 6 January 2012

Sepetang Menjamu Mata

Assalamualaikum..
Hari ni pergi kerja jam 9am. Ops, bukan ponteng ok. Tapi hari ni weekend di Kelantan. Maknanya kerja lebih masa sahaja. Bangun, solat subuh dan sambung tido kejap. Lepas tu bangun balik dan sarapan dengan milo + susu anlene perisa coklat denga biskut munchy crunch. Cukup la untuk sarapan tu. Kerja sampai jam 2.30pm. Solat Zohor dan keluar merayau rayau.

Tempat pertama yang dituju adalah KB Mall. Round-round masuk dari satu kedai ke kedai baju yang lain. Tapi satu pon tak melekat di hati. Kalau pon ada yang berkenan dari segi warna dan corak, saiz pula yang tak ada. Frust. Letih. Kena top up energy dulu. Alih alih pergi McD, order bubur ayam McD saiz kecik + nugget 6 ketul + air milo. Alhamdulillah, kenyang.

Selepas tu pergi Parkson/Giant Hypermarket Kota Bharu. Sebenarnya pergi untuk cari baju kurung warna kuning dan gold. Tapi sangat susah untuk ditemui. Huhuhu. Dalam banyak banyak kedai tu, satu je kedai yang membuatkan hati berkenan.Baju kurung warna gold di Butik Alfa. Harga ok. Biasa-biasa je. Tak ada la mahal sangat. Lagi pon memang nak beliyang biasa- biasa je sebab nanti nak pakai pergi kerja. Masuk kat Parkson cari hadiah untuk orang kahwen, tapi tak ada jugak.

Next destination, Tesco. Masuk pusing pusing keliling, intai intai tak ada jugak. Oleh kerana dah lambat sangat. So solat Asar kat surau Tesco tu je. Mana lagi nak cari baju warna kuning ye? Kaki dah letih dah ni. Hari pon dah nak Maghrib.

Last destination, Pasar Wakaf Che Yeh. Alamak, orang tak buka kedai lagi. Jalan-jalan sambil bawa baju kurung gold tadi tu. Senang nak matching tudung. Jalan jalan, terpandang telekung. Niat hati memang dah lama nak beli tapi tak terbeli je. Hari tu pon dah pesan dekat Kak Eda. Usha usha, tanya tanya harga, labuh kain, tengok corak. Oh, berkenan la. Yeay! Dapat telekung cantik dengan harga RM60.00. Moga saya menjadi lebih solehah dan mengingatiNya. Enak enak menghayunkan kaki, encek kekasih call dan membebel sebab tak balik lagi walaupun hari dah senja. Lepas tu dengar azan Maghrib. Singgah solat di masjid belakang pasar tu.

Lepas solat, sambung berjalan lagi. Misi mencari baju kurung kuning dan tudung bersesuaian masih belum berakhir. Tapi pencarian saya diselebungi pandangan pandangan yang menyakitkan mata. Mereka bertudung. Tapi setiap inci lekuk badan terserlah. Mereka bertudung, tapi menampakkan dada yang membusung.. Mereka bertudung, tapi seluar mereka bagaikan getah. Melekat kemas di badan. Mereka juga bertudung tapi ekor rambut sengaja di tayang, lengan baju sampai kepala bahu je. Kalau hati saya juga berbisik nakal melihat mereka. Apatah lagi lelaki lelaki diluar sana. Bila ada siulan siulan nakal kepada mereka. Saya juga turut terasa hina. Sayangnya rasa jelek itu cuma berdendang dalam hati. Tak dapat disuarakan. 

Shopping diteruskan. Akhirnya saya membeli sehelai pashmina yang sangat colourful untuk dipadankan dengan baju kurung gold saya yang plain itu. Gambar akan di upload bila majlis itu berlangsung. Oh, sebenarnya baju kurung kuning dan gold tu hendak dipakai pada majlis perkahwinan abang angkat saya. Berulang kali melalui jalan yang sama, saya keliru. Takkan la dalam Pasar Wakaf Che Yeh pon saya tersesat. Singgah melihat jubah-jubah. Sungguh, saya sangat berkenan. Tapi memandangkan tiada bajet untuk jubah bulan ini, so ia terpaksa ditangguhkan. 

Badan dah penat, kaki dah letih berjalan. Akhirnya jalan jalan cukup sampai di situ. Masa untuk balik berehat. Baju kurung kuning terpaksa dicari pada hari yang lain. Balik mandi dan rehat. Kesian kaki banyak berjalan.

No comments: