Didik Al Quran

Tuesday 19 June 2012

Segalanya tentang kawen

Assalamualaikum w.r.t..

Pejam celik pejam celik.. Sekarang ni dah pertengahan bulan Jun. Erk.. Lebih kurang dua bulan je lagi saya akan diijabkabulkan dengan enchek pilihan hati.. :::wink wink:::

Apa? Ingat senang senang je nak kawen. Huhuhu.. Persiapan mental dan fizikal itu sangat penting. Meh nak bagi tips sikit.. Ni paling tidak dalam 6 bulan sebelum majlis. Maklum je la.. Saya bertunang tak lama. :)

6 bulan
  1. Tetapkan tarikh majlis.
  2. Pilih konsep dan tema.
  3. Cari maklumat khidmat perkahwinan dan bandingkan harga.
  4. Buat anggaran perbelanjaan.
  5. Bincang dengan pasangan jumlah wang hantaran yang harus diberi oleh pihak lelaki.
  6. Ikuti kursus kawen.
  7. Kira jumlah perbelanjaan dan rekodkan setiap pembelian.
  8. Rancang destinasi dan tarikh honeymoon.  
 3 bulan
  1. Mula jaga kesihatan dan penampilan. Pergilah jogging, spa atau salun.
  2. Sediakan checklist barang barang hantaran.
  3. Tempah busana, mak andam, kanopi, photographer.
  4. Tempah jurunikah.
  5. Tempah kad kawen.
  6. Pilih cincin dan barang kemas.
  7. Mula beli barang barang untuk hantaran.
  8. Beli barang barang untuk gubahan hantaran.
1 bulan
  1.  Beli door gift untuk tetamu.
  2. Tempah penginapan untuk saudara jauh.
  3. Medical check-up (HIV test valid utk tempoh 3 bulan je)
  4. Beli cadar, langsir @ perabot baru.
  5. Mula hantar kad.
  6. Gubah barang barang hantaran.
  7. Cuba pakaian nikah yang ditempah.
  8. Pastikan sudah ada tukang masak (jika masak sendiri secara gotong royong)
  9. Uruskan segala hal yang berkaitan dengan kenduri.
  10. Selesaikan segala urusan dengan pejabat agama seperti surat kebanaran nikah, kadi, saksi dan wali.
  11. Manjakan diri di pusat kecantikan :)
Beberapa hari sebelum majlis
  1. Pastikan barang hantaran siap digubah.
  2. Hubungi mereka yang berkenaan; mak andam, photographer, penyedia kanopi.
  3. Pastikan kehadiran jurunikah, saksi dan saudara mara terdekat.
  4. Pastikan kelengkapan lain turut disempurnakan.
  5. Pastikan urusan dengan pejabat agama sudah selesai dan tiada masalah dengan dokumen penting.
  6. Pastikan segala barang memasak untuk kenduri kawen telah diuruskan oleh orang yang berkenaan.
Hari bahagia :)
  1.  Pastikan mendapat rehat yang cukup.
  2. Nikmati hari yang baik dengan penuh kesyukuran.
  3. Senyum dan jangan gelabah.
  4. Breakfast sebelum majlis.
  5. Sediakan mas kawen dan wang hantaran (pihak lelaki)
  6. Bawa cincin.
  7. Bawa IC dan dokumen dokumen lain.
  8. Pastikan kehadiran wali dan saksi.

Hmm.. Nampak macam sangat berat je kan? Tu sebab saya urus sendiri benda. Anda mungkin boleh agihkan sesetengah tugas kepada keluarga terdekat.

Apapun.. Kita hanya mampu merancang.. Allah yang menentukan. Moga majlis saya dan juga kamu kamu kesayangan saya berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

2 comments:

Saya Punye said...

moga semuanya berjalan lancar..InsyaALLAH! :) Barakallah..

cik puan nurul said...

Insyaallah tiny.. kenalim.. hahahaha.. lbh padey kak hok jong akad nikoh