Didik Al Quran

Wednesday 6 June 2012

Cuti cuti Malaysia

Assalamualaikum...

Minggu ni saya bercuti seminggu. Semua gara gara mengambil kesempatan cuti Enchik Junid yang ada beberapa hari tu. Cuti ini khusus untuk wedding preparation. Haih...

Jumaat 01062012

Enchek Junid sampai ke KB dari Paka waktu subuh. Dia ambil cab je dari stesen bas ke rumah dia. Nak tak nak, kena biarkan dia berehat dan tidur dulu. Dan saya juga sambung tidur. Jam 11am En Junid dan future MIL serta Aniq datang menjemput saya.

Ingatkan nak terus bertolak ke KL lumpo tu.. Rupanya menyinggah di KB Mall dulu sebab nak gi adjust sikit spek baru dia dan buat spek baru untuk saya. Spek saya siap dalam masa sejam sahaja. Sambil sambil tunggu spek tu, EnJunid bawa Aniq beli Otromen sila abaikan ejaan saya dan jugak makanan ringan. Tengok-tengok jam, dah nak masuk zuhur.. Kena biarkan En Junid pergi solat Jumaat dulu. ~selalu je nampak lelaki berdating di hari jumaat tak pergi solat jumaat. tak segan ke mereka mereka tu?
Sambil menunggu En Junid usai solat Jumaat.. Kami mamam dulu. Tapi bila dah macam lama sangat dia takde.. Aniq dah mula cari ayah su dia. Lepas tu duk merengek.. Erk.. Saya tak reti melayan kanak kanak. Nasib baik ada Ma.

Bila ayah su dia ada, baru la aniq cool balik. Nak kena gi hantar Aniq balik rumah opah dia dekat Pulai Chondong. Sebab mami dan dhiya ada di klate. Kan cuti sekolah ni. Tu pun tak tau ke? Tapi bila Aniq tahu kami nak tinggal dia, mula la dia nangis. Sebab tak tahu macamana nak pujuk Aniq.. Hal itu saya biarkan ayah su dia yang uruskan. Saya hanya bermain main dengan Dhiya Amani. Tengok, Dhiya lagi nak dukung dengan cik su. Dhiya eksen dengan ayah su. Sesi pujuk memujuk Aniq tak jalan. Terpaksa tinggalkan dia menangis macam tu sambil mami dia pegang. Lepas tu singgah Laloh amik mok. Then baru la perjalanan kami bermula.

Sepanjang jalan tu adalah jugak menyinggah situ sini. Beli itu beli ini. Makan itu makan ini. Kami sampai di Alam Budiman lebih kurang pukul 1am. Itu pun setelah menyinggah makan malam.


Sabtu 02062012

Pagi pagi lagi dah bangun. Ingat nak sambung tido. Tapi sebab ma masuk dapur lepas solat subuh tu.. Terpaksalah menguburkan hasrat nak sambung tido tu. Duk tercongok kat dapur tanpa buat apa apa. Hanya tengok dan bersembang sahaja.

En Junid masih sedap sedap tido. Jeles jeles. Tapi mok tak bagi kejut dia sebab kesian menantu dia tu penat memandu. Bila bihun goreng dah siap digoreng dan dihidangkan.. Baru la dibangunkan En Junid tu. Saya pula, konon konon nak melepak depan TV usai makan. Tapi oleh kerana tiada cerita best, maka masuk bilik dan 'tertido'. Sedar sedar bila mok kejut suruh bangun bersiap untuk keluar shopping.

1st destination.. Sunway Pyramid. Mula mula tu ronda dulu. Survey survey harga dulu. Tengok tengok apa yang berkenan. Lepas tu compare dengan apa yang dah di tengok. Tapi selalunya, kalau hati dah berkenan masa first time tengok.. Lepas tu gi pusing pusing cari yang lain pun.. Hati tetap ingat yang first tadi tu. Bila dah beli beberapa benda, baru la pergi SOGO. Masa duk pusing pusing tu, nampak la POPULAR buat sale juga. Wah.. Kalau saya pergi mesti tangkap muat beberapa buah buku. Tapi En Junid awal awal lagi dah kata, POPULAR ditutup untuk saya. Cett, takmo saya beli buku la tu.

2nd destination. SOGO. Arghhh... Banyaknya perkataan SALE. Tergantung sana sini. Sampai susah nak cari mok dengan ma bila diorang hilang dalam timbunan handbag tu. Erk.. Kami tinggalkan mereka sebab nak belikan kasut untuk En Junid. Lepas tu bayarkan handbag mok. Then suruh diorang tunggu kat cafe je. kesian kot nak heret diorang ikut kami. Dah la dekat Sunway Pyramid tu dah satu bangunan dijajah.

3th destination, Low Yatt. Kali ni kami hanya turun berdua. Sebabnya hanya ada satu benda je nak dibeli. Lagi pun 'madu-madu' saya telah sedia menunggu. Kiranya mereka dah siap siap pilih. Kami hanya pergi tengok, bayar dan amik sahaja. Tapi lama juga nak menunggu. Naik lenguh kaki kot.

Ini adalah hasil tangkapan untuk hari ini. Nampak macam sikit je. Tap dah tak cukup tangan tau nak bawa.

Rehat rehat kejap. Keringkan peluh, mandi. Lepas tu saya dan En Junid keluar pergi Up Town. Beli apa je pun.  Baju sehelai dua. Tudung segera sehelai. Oh.. juga air kelapa. Sebab tu febret En Junid. Kemudian balik dan tido.. Lenguh kaki berjalan woo...


Ahad 03062012

Hari ini kami ke Nilai 3. Kalau semalam beli barang barang untuk hantaran. Hari ini pula barang barang untuk hiasan dan gubahan. Oh.. Saya buta kayu pasal gubahan begini. Mok pun sama je dengan saya. Hahahaha.

Ma pula lepas tahu tema warna apa, cepat je dia memilih. Saya dengan En Junid tukang tolak troli je. Ngeh ngeh ngeh. Tengok-tengok ma dah siap memilih. Siap dengan payung kuning emas lagi. Dan mula la perangai giler kami datang. Bila En Junid payungkan saya dengan payung berambu tu.. Spontan je duk kepak kepung kepak kepung. Hah.. Sengal. En Junid la ni..

Oleh kerana mok dan saya tak tahu memilih, jadi mintak tolong pekerja kat situ tolong pilihkan. Dia yang suggest kaler tu kaler ni. Renda tu bunga ni. Saya?? Hmmmm.. Tukang sanggup bayar je. Dan bila dah siap packing.. Tinggal seret kad je. Erk.. Terbang lagi $$$$

Bila semua dah siap bayar. Tinggal masukkan ke dalam kereta. Opss.. Sebab salah susun. Jadi tak muat pulak CITRA abe Amir tu. Susun susun balik. Tapi ada jugak benda yang nak kena riba sebab kereta dah tak muat. Hahaha.. Nasib baik tak jadi datang dengan cik Viva saya.

Itu pun En Junid masih ada hati bertanya mahu ke mana lagi. Apa? Dengan beriba barang begini masih ada hati nak bershopping? Jadi kami putuskan untuk terus balik sahaja.

Malamnya kami keluar lagi. Abe Amir bawa kami berkelah durian. Oh, saya bukan pemakan durian yang tegar. Cuma makan durian yang seulas. Itu pun kena pilih durian yang kecik dan cute sahaja. Tapi bila tengok orang lain makan macam sedap je. Hakikatnya tekak saya tak boleh menerima. Lepas tu baru gi makan nasi dan pergi Up Town lagi sekali.

Rasanya macam tak ada beli apa pun kat sini. Eh, ada 1. Beli baju untuk adik sepasang. Itu je. Selebihnya tunggu mok, ma dan En Junid berurut. Abe Amir tak tau merewang ke mana. Saya? Oleh sebab boring menunggu, saya pergi berinai.




Inilah namanya tak ada kerja. Hahaha.. Bukan apa saya tak mahu berurut sama. Tapi nanti tak pasal pasal duk sendawa banyak banyak kali di situ. Malu la. Nanti hilanglah keayuan saya. Hahaha. Tapi kan, lukisan inai ni tak cantik. Kasar je. Huh.. Jom balik tido.


Isnin 04062012

Konon konon berhasrat nak balik awal. Tapi sebab road tax mati, kena la gi renew dulu. Alang alang keluar tu, sempat jugak la menyinggah di butik Radiusite dan grab sehelai tudung putih. Kononnya untuk akad nikah nanti. Lepas tu pergi JJ Bukit Raja. Beli baju, seluar dan kasut unutk abah. Juga beli wallet & belt En Junid. 

Road tax tak sempat siap. Kena gi amik kaki road tax tu je. Balik rumah, tengok ma dan mok dah siap main masak masak. Tinggal nak masukkan ikan yang kami beli tu je. Sambil sambil tunggu Abe Amir balik keje. Dan lepas tu makan makan bersama. Lepas makan semua orang 'membuta'.

Usai solat maghrib baru kami bertolak balik. Hanya barang-barang yang saya perlu guna sahaja dibawa balik. Yang ma perlu gubah ditinggalkan di Alam Budiman.Oh, itu pun dah penuh kereta. Kalau nak angkut semua hasil tangkapan kami.. Memang tak termuat dah.

Lebih kurang jam 2am, kami sampai Laloh. Hantar mok dulu. Saya sampai rumah jam 4am. Oh, sangat sangat mengantuk. Itu pun selalu terlelap. Kesian En Junid drive sorang sorang. Nasib baik ma dan mok bersembang sepanjang jalan dari Alam Budiman sampai Laloh. 


Selasa 05062012

Hari ini keluar berdating bersama En Junid. Ingat nak pergi pilih dan fitting baju. Tapi bila call orang bridal tu.. Dia ada majlis kawen hari ni. So kedai di tutup. Alih alih tukar plan. Pergi pilih dan buat kad kawen. Haks.. Dah la pilih yang kartun. Kawaii... Tak sabar nak tunggu kad siap.

Lepas tu gi KB Mall. Tengok, bila kami berdating.. Tak sah rasanya kalau tak ke KB Mall. Pusing pusing cari T-shirt untuk En Junid. Lepas tu hantar En Junid balik rumah mak dia. Malam ni nak kena tinggal dah. Huhuhu.. bye bye En Junid. 











No comments: