Didik Al Quran

Friday 15 June 2012

Budak baik vs Budak nakal



Assalamualaikum..

Terasa mahu bercerita tentang KAMI. Hmm.. Hari tu, masa pergi KL untuk shopping.. Ma dan Mok ada la bercerita tentang kami. Ah.. Tentang zaman kanak kanak. Itu pun starting cerita dari mana mana ntah. Sampaikan kisah kami masa kecik kecik turut serta.

Enchek Junid macam Aniq. Anak sedara lelaki dia tu. Banyak mainan dan agak mendengar kata. Gaya gaya budak baik je. Hahahaha.. No wonder.. Sebab ma soft spoken. Dia mungkin jarang di marah ma dan abah. Tapi katanya mainan dia banyak hilang sebab dulu asik pindah pindah rumah situ sini.

Saya? Hah, apa yang saya tak rasa? Rotan, hanger, tali pinggang.. Itu perkara biasa. Sebabnya saya terlampau degil dulu. Lagi orang marah.. Lagi di buat. Yang orang suruh, takmo buat pulak. Bak kata orang.. Dah macam jaga anak jantan. Bahkan rasanya mengalahkan DIA. Jaga saya sorang dah macam jaga 3 4 orang kot. Mainan.. takdenya nak main masak masak segala.. Nun.. Kat tengah hutan nun.. Duk buat pondok atas pokok dengan arwah sepupu dan adik dia. Parut dekat badan masa tu? Tak terbilang. Banyak sangat. Naib baik sekarang ni dah takde. Kadang-kadang pakcik pakcik sedara yang pun join sekaki. Tapi bukan diorang suka bawa saya jalan jalan je. See.... Hidup saya masa tu dikelilingi lelaki. Maklum je la.. Cucu perempuan sulong dari anak perempuan sulong.

What are sweet memories..

Kalau tengok sekarang pun.. Rasanya dia yang lebih soft spoken. Erk.. saya masih lagi ada sikap sikap kasar. Tak reti nak jadi ayu.. kang jadi ayu sleeping pulak. Rasanya sejak duk berdating ni.. Sekali je kot saya pakai skirt labuh depan dia. Selebihnya jeans & t-shirt. Uhh... Harap maklum je lah Enchek Junid.. Cik Nurul ni bukan jenis sopan santun.

Eh... Orang kata miuka kami seiras. Tang mana tak tau pulak. Boleh tolong tengok dan bagi tau? Saya rasa mata je kot yang sama. Sama sama besar.. Tapi rabun. Hahahaha..






No comments: