Assalamualaikum..
Anda suka duit? Saya suka.. Sangat suka.. Hahaha.. Dah tengok duit baru? Cantik.. Macam duit saidina yang kita main masa kecik kecik dulu.
Tadda... Tak sabar nak tunggu duit baru. Wang kertas baru ni khabarnya akan mula digunakan pada 16 Julai 2012. Haaa.. Raya guna duit baru la.. Tapi maaf... Bajet duit raya untuk kanak-kanak sikit je tahun ni. Mana mau cekau duit wei.. Standby duit kawen pon belum tentu lepas lagi ni.
Hmm... Kalau buat duit hantaran dan mas kawen mesti cantikkan?? Kalerpul....!!!!
ini adalah kisah saya.. kisah sehari hari.. pasal keje, pasal life, pasal enchek asben, pasal our son, pasal family, pasal kawan, pasal makan dan segalanya pasal saya. anda suka.. sila baca.. jika tidak suka, sila abaikan. mahu jalan jalan dan jenguk tanpa jejak pun tidak mengapa. tapi jika meninggalkan kesan tapak kaki di sini pon saya tidak kisah. sekian..
Wednesday, 27 June 2012
Saturday, 23 June 2012
Membujang di PCB
Assalamualaikum w.r.t
Hmmm... Pagi tadi sampai petang kami (Ahli KAKP Depart. Pathology) ada bengkel akhirat. Bengkel perbincangan tetang persediaan menghadapi mati dan kehidupan selepas mati la lebih kurangnya.
Lepas-lepas minum petang.. Kami pergi berfoya foya dan membujang di PCB. Yezaaa... tengok gambar kami.. hikhikhik.. Kami mengabaikan pandangan pandangan orang sekeliling semasa berfotoshoot..
Wednesday, 20 June 2012
Sayangnya...
Tetiba rasa macam.. Membazir.. dan rugi.. kesian.. menyesal...
Sayangnya..
Kalau habis duit beribu untuk majlis kahwin tapi masih tak mampu nak tutup aurat dengan sempurna..
Baju ketat.. Kain nipis dan singkat.. Tudung pulak saja masuk kat dalam baju yang dah sedia ketat.. atau langsung tidak bertudung?
Majlis kita.. Kita yang tentukan.. Baju bagaimana.. Mekap macamana.. Kenapa perlu ikut mereka sedangkan kita customer? Mereka boleh bagi cadangan.. Tapi keputusan tetap hak kita.
Ya, mereka kata kena cukur kening sikit.. Bagi nampak cantik.. Bagi nampak berbeza dari biasa? Eh, mana tau kening yang serabai itu menambat hati enchek suami? So, kekalkan kening anda. Tak payah cukur, tak payah cabut.
Mereka kata.. Kena pakai bulu mata palsu supaya mata nampak galak.. Kan hari bahagia.. :)
Tapi saya selalu tanya pengantin yang pakai untuk pertama kali.. Pakai bulu mata palsu itu sangat tidak menyelesakan.. Maskara cukup la..
Saya selalu perhatikan.. Sentuhan PAK ANDAM lagi cantik dari MAK ANDAM. Kenapa ye? Mungkin sebab itu orang lebih berminat untuk cari Pak Andam. Hmm.. Sebolehnya carilah perempuan tulen.. Bukan apa, aurat kita dengan dia tetap sama dengan lelaki tulen di luar sana. ~saya nak batalkan air sembahyang dengan enchek suami.. bukan dengan Pak Andam~
Baju dekat bridal tu berlambak.. Apa salahnya cari yang besar sikit dari badan.. Pakai mahu selesa. Jangan cantik semata..
Alhamdulillah.. untuk majlis saya nanti.. saya yang tentukan semuanya. Saya kan CUSTOMER. Jadi guna kuasa kita sebagai custemor. Khidmat mereka, duit kita. Mungkin macam agak demand.. Tapi biarlah.. Asal kita tak menambah dosa yang sedia ada banyak ni..
Lagi tentang kesilapan yang terlepas pandang masa majlis kawen.. Sila baca di sini.
Sayangnya..
Kalau habis duit beribu untuk majlis kahwin tapi masih tak mampu nak tutup aurat dengan sempurna..
Baju ketat.. Kain nipis dan singkat.. Tudung pulak saja masuk kat dalam baju yang dah sedia ketat.. atau langsung tidak bertudung?
Majlis kita.. Kita yang tentukan.. Baju bagaimana.. Mekap macamana.. Kenapa perlu ikut mereka sedangkan kita customer? Mereka boleh bagi cadangan.. Tapi keputusan tetap hak kita.
Ya, mereka kata kena cukur kening sikit.. Bagi nampak cantik.. Bagi nampak berbeza dari biasa? Eh, mana tau kening yang serabai itu menambat hati enchek suami? So, kekalkan kening anda. Tak payah cukur, tak payah cabut.
Mereka kata.. Kena pakai bulu mata palsu supaya mata nampak galak.. Kan hari bahagia.. :)
Tapi saya selalu tanya pengantin yang pakai untuk pertama kali.. Pakai bulu mata palsu itu sangat tidak menyelesakan.. Maskara cukup la..
Saya selalu perhatikan.. Sentuhan PAK ANDAM lagi cantik dari MAK ANDAM. Kenapa ye? Mungkin sebab itu orang lebih berminat untuk cari Pak Andam. Hmm.. Sebolehnya carilah perempuan tulen.. Bukan apa, aurat kita dengan dia tetap sama dengan lelaki tulen di luar sana. ~saya nak batalkan air sembahyang dengan enchek suami.. bukan dengan Pak Andam~
Baju dekat bridal tu berlambak.. Apa salahnya cari yang besar sikit dari badan.. Pakai mahu selesa. Jangan cantik semata..
Alhamdulillah.. untuk majlis saya nanti.. saya yang tentukan semuanya. Saya kan CUSTOMER. Jadi guna kuasa kita sebagai custemor. Khidmat mereka, duit kita. Mungkin macam agak demand.. Tapi biarlah.. Asal kita tak menambah dosa yang sedia ada banyak ni..
Lagi tentang kesilapan yang terlepas pandang masa majlis kawen.. Sila baca di sini.
Meraih Syurga
Ini adalah hasil kerja sekolah malam ini. Kami ~ warga patologi dikendaki mengadakan bengkel akhirat~ Dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ini adalah apa yang saya dapat untuk kumpulan saya. Weee...
Meraih Syurga Idaman
Allah
S.W.T berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam
syurga yang penuh nikmat. (9) Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha
Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka
padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan
kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam! (10)” (Surah
Yunus: Ayat 9-10)
Dari
Shuhaib R.A., dari Nabi S.A.W., sabdanya: “Apabila penduduk syurga telah masuk
ke dalam syurga, Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman kepada mereka: “Apakah kamu
semua memerlukan sesuatu yang perlu Aku tambah untukmu?” Jawab mereka,
“Bukankah muka kami telah putih gilang-gemilang? Bukankah kami telah Engkau
masukkan ke syurga dan Engkau bebaskan dari neraka?” Kata Rasulullah S.A.W.
selanjutnya, “Lalu Allah membukakan tabir yang menutupNya. Sekonyong-konyong
penduduk syurga merasakan nikmat yang tiada taranya, selain memandang Allah
‘Azza Wa Jalla.” (Hadis sahih Muslim Jilid 1.
Hadis Nombor 0148)
Begitulah
sedikit gambaran sebuah kenikmatan hakiki yang Allah S.W.T. sediakan di akhirat
kelak untuk orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Maka seharusnya bagi
setiap muslim bertekad untuk keluar meninggalkan dunia fana ini dengan mendapat
keampunan Allah S.W.T dari segala dosa sehingga Allah S.W.T redha dan dengan
limpahan rahmat-Nya akan menempatkan kita di syurga yang abadi dan penuh dengan
nikmat.
Namun
begitu, jalan untuk mendapatkan kenikmatan tersebut tidaklah mudah dan manusia
sudah semestinya perlu berusaha terlebih dahulu sebelum layak untuk meraih
ganjaran syurga yang diidamkan.
Oleh
yang demikian, untuk memandu kita ke jalan syurga idaman, di sini kami
kongsikan wasiat para ulama’-ulama’ soleh (assalafus
soleh) yang dihimpunkan dari berbagai kitab.
Di
dalam perkongsian yang serba ringkas ini disertakan berbagai amalan yang
diharap dapat melebur dosa serta membawa pahala dan akhirnya dapat meraih
keredhaan Allah S.W.T. Wasiat-wasit ini adalah bersumberkan hadis-hadis yang
sahih.
Berikut
ini disenaraikan 60 tip-tip yang dipetik daripada hadis Rasulullah S.A.W
berkenaan amalan-amalan yang boleh memandu kita kepada syurga idaman :-
1. Taubat
Dari Abu Hurairah R.A. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: “Siapa yang
taubat kepada Allah Taala sebelum matahari terbit di barat (sebelum matahari
terbit dari barat atau sebelum sakaratul maut), Allah menerima taubatnya.” (Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2324)
Dari
Anas R.A., katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: “Andai kata manusia itu telah
mempunyai harta benda sebanyak dua lembah, mereka masih ingin untuk mendapatkan
satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi perutnya sampai penuh melainkan
hanya tanah (maut). Dan Allah menerima taubat orang yang taubat kepada-Nya.” (Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1009)
Dari
Abu Musa R.A., dari Nabi S.A.W. katanya: “Allah ‘Azza wa Jalla membentangkan
tanganNya malam hari untuk menerima taubat orang-orang yang bersalah siang
hari, dan membentangkan tanganNya siang hari untuk menerima taubat orang yang
bersalah malam hari, sehingga matahari terbit di Barat.” (Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2368)
2.
Menuntut Ilmu
Dari Abu Hurairah
R.A. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: “Siapa yang menolong menghilangkan
kesusahan orang mukmin, Allah Taala menghilangkan pula kesusahannya di hari
kiamat kelak. Siapa yang membantu memudahkan orang yang dalam kesulitan, Allah
memudahkannya pula di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong hambanya
selama hamba itu mahu menolong saudaranya. Siapa berusaha mencari ilmu, Allah
memudahkan baginya jalan ke syurga. Bila suatu kaum berkumpul di salah satu
rumah Allah (masjid) lalu mereka membaca Kitabullah dan mempelajarinya sesama
mereka, diturunkan kepada mereka ketenangan dan diselubungi mereka dengan
rahmat. Mereka dikerumuni oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut dengan
bangga kepada orang-orang yang di dekat-Nya. Sedangkan orang yang lalai
beramal, ia tidak akan dapat mengejar ketinggalannya dengan gelar kebangsawanan
nya.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2322)
3. Senantiasa
Mengingati Allah
Abdul
Warits bin Abdush Shamad bin Abdul-warits menceritakan kepada kami, dia
berkata: Ayahku menceritakan kepada kami,dia berkata:
Muhammad bin Tsabit
Al Bunnani menceritakan kepada kami, ayahku menceritakan kepada kami dari Anas
bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu melalui teman-teman syurga
maka makan minumlah”, mereka bertanya: “Apa itu taman syurga?” Beliau bersabda:
“Lingkaran orang-orang yang berzikir.” Hadis ini adalah hasan gharib dari sanad
ini dari hadis Tsabit dari Abi Anas.
(Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3577)
4.
Melakukan Kebajikan
Dari Abu Hurairah
R.A., katanya Rasulullah S.A.W. bersabda : “Setiap anggota tubuh manusia
mempunyai kesempatan untuk bersedekah tiap-tiap hari. Iaitu, seperti
mendamaikan dua orang yang berselisih, adalah sedekah. Menolong orang naik
kenderaan, atau menolong mengangkatkan barangnya ke atas kenderaan, itu pun
sedekah. Ucapan atau tutur kata yang baik, juga sedekah. Setiap langkah yang
anda langkahkan pergi solat, sedekah. Dan menyingkirkan sesuatu yang
membahayakan di jalanan umum, adalah sedekah.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis
Nombor 0962)
5. Berdakwah ke
Jalan Allah
Dari Abu Hurairah
R.A. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: “Siapa mengajak ke jalan kebenaran
maka dia beroleh pahala sebanyak pahala yang diterima oleh orang-orang yang
mengikutinya, tidak kurang sedikit jua pun. Dan siapa mengajak ke jalan ke
sesatan, maka dia beroleh dosa sama banyak dengan dosa orang-orang yang
mengikutinya, tidak kurang sedikit jua pun.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2299)
6. Mengajak Yang
Ma’ruf dan Mencegah Yang Mungkar
Dari Abu Dzar R.A.,
dari Nabi S.A.W., sabdanya: “Setiap orang mempunyai sumber sedekah. Tiap-tiap tasbih,
tahmid, tahlil dan takbir adalah sedekah. Amar Ma’ruf sedekah, nahi mungkar
sedekah. Dan semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0687)
7.
Membaca Al-Quran
Dari Abu Umamah Al
Bahili R.A., katanya dia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “Bacalah Al
Quran, kerana dia akan datang memberi syafaat kepada pembacanya pada hari
kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, yakni surat Al Baqarah dan Ali ‘Imran, kerana
keduanya akan datang pada hari kiamat nanti, seperti dua tumpuk awan menaungi
pembacanya, atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam formasi
hendak membela pembacanya. Bacalah Al Baqarah, kerana dengan membacanya beroleh
berkat, dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan, dan pembacanya tidak
dapat dikuasai (di kalahkan) oleh tukang-tukang sihir.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0771)
8. Mempelajari
Al-Quran dan Mengajarkannya
Mewartakan
kepada kami Ali bin Muhammad, mewartakan kepada kami Waki’, mewartakan kepada
kami Sufyan dari Alqomah bin bin Martsad dari Abu Abdur-Rahman As-Sulamiy, dari
Utsman bin Affan, dia berkata:
Rasulullah SAW.
bersabda: “Seutama-utama kamu sekalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan
mengajarkannya kepada orang lain.”
(Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0212)
9.
Sebarkan salam
Dari Abu Hurairah
R.A., katanya Rasulullah S.A.W., bersabda: “Kamu tidak dapat masuk syurga,
sebelum kamu beriman. Dan kamu belum dapat dikatakan mukmin, sebelum kamu kasih
mengasihi satu sama lain. Sukakah kamu aku tunjukkan jalan untuk
berkasih-kasihan? Galakkanlah salam antara sesamamu!”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0042)
10. Mencintai
Kerana Allah
Dari Abu Hurairah
R.A., dari Nabi S.A.W., sabdanya: “Ada tujuh golongan yang mendapat naungan
dari Allah S.W.T. pada hari kiamat kelak, di mana tidak ada sama sekali naungan
pada hari itu melainkan naungan dari Allah swt.: (I) Imam (raja atau penguasa)
yang adil, (2) Pemuda yang menjadi dewasa dalam beribadat kepada Allah, (3)
Orang yang hatinya tergantung di masjid. (4) Dua orang yang saling
mencintai satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul kerana Allah dan
berpisah kerana Allah. (5) Seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita
bangsawan yang cantik untuk berbuat mesum, lalu dia menolak dengan kata: “Aku
takut kepada Allah.” (6) Orang yang bersedekah dengan diam-diam, sehingga
tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kirinya. (7)
Orang yang mengalir air matanya ketika berzikir, mengingat dan menyebut nama
Allah dalam keadaan bersunyi diri.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0989)
11.
Memperbanyakkan Doa Dikala Sujud Terakhir
Dari Ibnu ‘Abbas
R.A., katanya: “Rasulullah S.A.W. membuka tirai (kamarnya ketika beliau sakit
akan meninggal), padahal ketika itu jemaah sedang solat berjemaah diimami Abu
Bakar. Lalu beliau bersabda: “Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang
ketinggalan yang harus ku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim.
Ketahuilah! Aku dilarang membaca Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah
‘Azza wa Jalla di dalam rukuk, dan perbanyaklah doa di dalam sujud, pasti doamu
diperkenankan Allah S.W.T.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0433)
Yahya bin Musa menceritakan kepada kami, Abu Muawiyah memberitahukan
kepada kami, Allaits bin Abi Sulaim memberitahukan kepada kami dari Ziyad dari
Abu Hurairah berkata:
“Rasulullah S.A.W. bersabda: “Tidaklah
seseorang berdoa dengan suatu doa melainkan pasti dikabulkan. Adakalanya
diberikan segera kepadanya di dunia dan ada kalanya disimpan baginya untuk
diberikan di akhirat dan ada kalanya dosa-dosanya dihapus sesuai dengan kadar
doanya, selama dia tidak berdoa tentang perbuatan dosa atau putus tali hubungan
keluarga atau selama tidak tergesa-gesa, mereka bertanya: “Wahai Rasulullah,
bagaimana dia tergesa-gesa?” Beliau bersabda: “Dia berkata kami berdoa kepada
Tuhan kami tapi Dia tidak mengabulkan doa kami”. Hadis ini adalah gharib
dari sanad ini.
(Hadis Sunan At-Tarmizi Jilid 5. Hadis Nombor 3677)
12. Membantu
Membayarkan Hutang
Dari ‘Abdullah bin
Abu Qatadah R.A., katanya: “Abu Qatadah mencari seorang yang berhutang
kepadanya dan menghilang, kemudian orang itu bertemu. Dia berkata kepada Abu
Qatadah, “Aku sedang dalam kesulitan.” Maka kata Abu Qatadah, “Demi Allah! Demi
Allah! Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “Siapa yang ingin dibebaskan
Allah dari kesulitan pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelapangan
bagi orang-orang yang dalam kesulitan atau membebaskannya dari hutang.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1528)
13. Menutup Aib
Orang Lain
Dari Abu Hurairah R.A., dari Nabi S.A.W.
sabdanya: “Orang yang menutup aib orang lain di dunia, nescaya Allah menutup
aibnya pula kelak di hari kiamat.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2220)
14. Menyambung
Tali Silaturrahim
Dari Muhammad bin
Jubair bin Muth’im R.A., katanya bapanya menghabarkan kepadanya bahawa
Rasulullah S.A.W. bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan
silaturrahim.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2186)
Dari Anas bin
Malik R.A., katanya dia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “Siapa yang ingin
rezekinya dilapangkan Allah, atau ingin usianya dipanjangkan, maka hendaklah
dia menghubungkan silaturrahim.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2187)
Dari Abu
Ayyub R.A., katanya: “Seorang Arab dari pedalaman datang kepada Rasulullah
S.A.W., ketika beliau sedang dalam perjalanan; lalu orang itu memegang tali
kekang unta yang dikenderai Nabi S.A.W. Kata nya, “Ya,Rasulullah! Ajarkanlah
kepada ku suatu amal yang dapat mendekatkan ku ke syurga, dan menjauhkan ku
dari neraka.” Kata Abu Ayyub, “Kerana itu Nabi saw. berhenti, kemudian beliau
memandang kepada para sahabatnya dan berkata: “Sesungguhnya dia telah diberi
taufik.’ Kemudian Nabi saw. berkata kepada orang itu, “Apa kata Anda?” Orang itu
pun mengulang permintaannya. Maka sabda Nabi S.A.W., “Sembahlah Allah dan
jangan mempersekutukan-Nya dengan sesuatu; tegakkan solat, bayar zakat dan
hubungkan silaturrahim. Nah, sekarang lepaskanlah unta ku!”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0006)
15. Berakhlak
Yang Baik
Maksudnya:
Hannad menceritakan kepada kami, Abdah memberitahukan kepada kami dari Abdillah
bin Amr Al-Audi dari Abdullah bin Mas’ud berkata :
“Rasulullah SAW
bersabda :”Maukah aku memberitahukan kepada mu siapa yang haram masuk neraka
dan siapa yang api neraka haram atasnya ? Yaitu setiap orang yang dekat, lemah
lembut serta mulia budi pekerti”. Hadis ini adalah hadis gharib.
(Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2606)
16. Jujur
Dari ‘Abdullah R.A.
katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: “Hendaklah kamu selalu berlaku jujur.
Kerana berlaku jujur membimbing kepada kebajikan, dan kebajikan membawa ke
syurga. Seseorang yang sentiasa berlaku jujur dan berusaha
mempertahankan/mencari kejujuran, maka dia dicatat Allah sebagai “Sadiq” (orang
yang jujur). Dan hindarilah olehmu dusta, kerana sesungguhnya dusta itu
membimbing kepada kejahatan, dan kejahatan membawa ke neraka. Seseorang yang
sentiasa berdusta dan mempertahankan kedustaan, maka dia dicatat Allah Taala
sebagai “Kadzdzab” (si Pendusta atau si Pembohong).”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2234)
17.
Menahan Marah
Al-Abbas bin Muhammad Ad Dudi dan tidak hanya seorang menceritakan
kepada kami, mereka berkata: “Abdullah bin Yazid Al-Mugri menceritakan kepada
kami, Said bin Abi Ayyub memberitahukan kepada kami, Abu Marhum Abdur Rahim bin
Maimun menceritakan kepada ku dari Sahl bin Muadz bin Anas AI-Juhani dari
ayahnya dari Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Barang siapa menahan marah sedangkan dia
mampu melampiaskannya, maka Allah memanggilnya di hari qiamat di hadapan para
makhluk sehingga menyuruh dia memilih mana bidadari yang dia kehendaki”. Hadis
ini adalah hasan gharib.
(Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2090)
18. Membaca Doa
Penutup Majlis
Abu
Ubaidah bin Abis Safar Al Kufi dan namanya adalah Ahmad bin Abdillah Al Hamdani
menceritakan kepada kami, Al Hajjaj bin Muhammad memberitahukan kepada kami, ia
berkata: Ibnu Juraij berkata: Musa bin Uqbah memberitahukan kepada kami dari
Suhail bin Abi Shaleh dari ayahnya dari Abu Hurairah berkata:
Rasulullah SAW
bersabda: “Barang siapa duduk di suatu majlis lalu banyak bicara hal yang
berdosa lalu beliau membaca sebelum berdiri dari majlis itu: Maha Suci Engkau
wahai Allah dan dengan memujiMu aku bersaksi tiada Tuhan selain Engkau, aku
memohon ampunan kepada-Mu dan aku bertaubat kepad-Mu, nescaya dia diampuni
dosanya selama ia di majlis itu.”
Di
dalam bab ini terdapat hadis dari Abi Barzah dari Aisyah, hadis ini adalah
hadis hasan sahih gharib dari sanad ini yang kami tidak mengetahuinya dari
hadis Suhail dari Sanad ini.
(Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3494)
19. Sabar
Mewartakan kepada
kami Hisyam bin ‘Ammar, mewartakan kepada kami Isma’il bin ‘Ayyasy, mewartakan
kepada kami Tsabit bin ‘Ajlan, dari ALQasim, Umamah, dari Nabi SAW., beliau
bersabda: “Allah SWT berfirman: Wahai Ibnu Adam! Jikalau kamu bersabar dan
mengharap keridhaan -yakni mencari pahala dari Allah- di ketika terjadi musibah
pada kali yang pertama, maka aku tidak memberi pahala melainkan syurga”. Dalam
Az-Zawa-id: Isnad hadis Abu Umamah adalah sahih dan para perawinya tsiqat.
(Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1597)
20. Berbakti
Kepada Ibu Bapa
Dari Abu Abbas dari Abdullah ibnu ‘Amr R.A.
berkata: “Seseorang datang kepada Rasulullah S.A.W minta izin kepada beliau
untuk berjihad. Tanya beliau: “Masih hidupkan kedua orang tuamu?” Jawabnya:
“Ya” Maka sabda beliau: “Berjihadlah dengan berbakti kepada kedua orang tuamu.”
(Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis
Nombor 2963)
21. Membantu Janda
dan Orang Miskin
Dari Abu Hurairah
R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: “Siapa yang berusaha keras membantu janda dan
orang miskin, sama ertinya dengan berjuang di jalan Allah atau selalu solat
sepanjang malam hari dan selalu berpuasa di siang hari.”
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1624)
22. Membantu
Anak Yatim
Dari Sahl bin Saad
R.A., katanya: Nabi S.A.W. bersabda: “Saya dan orang yang menjamin anak yatim
di dalam syurga nanti adalah seperti ini.” Beliau menunjuk kepada jari telunjuk
dan jari tengahnya.
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1700)
23. Berwudhuk
Dari ‘Usman bin
‘Affan R.A., katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: “Siapa yang berwuduk dengan
sempurna, maka keluarlah segala dosa dari tubuhnya, sehingga dari bawah kukunya
juga.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0191)
24.
Membaca Syahadat
Dari Anas bin Malik
R.A., katanya Rasulullah S.A.W. bersabda :”Akan dikeluarkan dari neraka, orang
yang mengucapkan ‘La ilaaha illallah’, sedangkan dalam hatinya terdapat iman
seberat biji gandum. Kemudian orang yang mengucapkan ‘La ilaaha illallah’, dan
di dalam hatinya terdapat iman seberat beras. Kemudian yang mengucapkan ‘La
ilaaha illallah’ dan di dalam hatinya terdapat iman seberat debu.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0154)
25. Berdoa
Setelah Azan
Berita dari Jabir
bin Abdullah R.A. , mengatakan, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Siapa yang
mendoa sesudah mendengar azan: “Allaahumma rabba hadzihid da’watit taammati
wash shalaatil qaaimati, aati muhammadal wasiilati wal fadhiilati, wab’atshu
maqaaamam mahmudal ladzi wa’adtahu.” “Wahai Allah, Tuhan dari panggilan yang
sempurna ini dan dari solat yang berdiri kekal, berilah kiranya kepada Muhammad
kedudukan dan kemuliaan yang tinggi, bangkitkanlah dia di hari kiamat di tempat
yang mulia yang telah Engkau janjikan”, nescaya akan turun kepada orang itu
pertolongan di hari kiamat nanti.”
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0348)
26.
Membangun Masjid
Ubaidillah AI
Khaulani R.A. mendengar ucapan Usman bin Affan tentang ucapan orang terhadapnya
ketika membangun masjid Rasulullah S.A.W., katanya, “Sesungguhnya anda banyak
mengatakan yang bukan-bukan. Sedangkan aku mendengar Nabi S.A.W. bersabda:,
“Siapa yang membangun masjid (kata Bukair, aku kira dia juga menyebut ku,
kerana mengharap wajah Allah), nescaya Allah membuatkan pula baginya di syurga,
bangunan seperti itu.”
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0266)
27. Bersiwak
Dari Abu Hurairah
R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Kalau kiranya aku tidak akan
memberatkan umat ku, nescaya aku perintahkan mereka bersugi (membersihkan
gigi).”
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1936)
28. Solat
Berjemaah Di Masjid
Dari Abu Hurairah
R.A., dari Nabi S.A.W., sabdanya: “Solat berjemaah lebih banyak nilainya dua
puluh lima kali daripada solat di rumah atau di pasar (tempat usaha)
Sesungguhnya apabila kamu berwuduk dengan sempurna, kemudian dia datang ke
masjid dengan niat semata hendak solat, maka setiap dia melangkah walau
selangkah, Allah menaikkannya satu darjat, dan menghapus kesalahannya, sehingga
ia masuk ke masjid. Apabila ia telah masuk masjid, maka selama ia mengerjakan
solat, bahkan selama ia masih berada di tempat duduknya di masjid itu, malaikat
sentiasa mendoakan baginya selama ia belum berhadas, “Wahai Allah! Ampunilah
dia dan kasihilah dia!”
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0284)
29.
Amalan Soleh
Dari Abu Hurairah
R.A., katanya seorang Arabiy (Arab dusun) datang kepada Nabi S.A.W., katanya;
“Tunjukkanlah kepada ku suatu amal, yang apabila aku lakukan aku masuk syurga
kerananya.” Jawab Nabi S.A.W., “Sembahlah Allah, jangan persekutukan Dia dengan
sesuatu. Tegakkan solat wajib dan bayarlah zakat fardu. dan puasalah di bulan
Ramadhan.” Kata Arabiy itu, “Demi Allah yang diri ku di tanganNya, tidak akan ku
tambah dari ini.” Ketika orang itu telah pergi, Nabi S.A.W. bersabda, “Siapa
yang senang melihat seseorang dari penduduk syurga, lihatlah orang itu.”
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0718)
30. Solat Subuh
Dan Asar Berjemaah
Berita dari Abu
Hurairah R.A. mengatakan, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Para malaikat
bergiliran datang kepada mu malam dan siang. Dan semuanya bertemu ketika solat
Subuh dan solat Asar. Kemudian malaikat yang jaga malam naik ke langit. Maka
bertanyalah Tuhan kepada mereka (padahal Allah S.W.T. sesungguhnya lebih tahu),
“Bagaimanakah halnya hambaKu yang kamu tinggalkan?” Jawab mereka, “Kami
tinggalkan mereka sedang solat Subuh, dan kami dapati mereka sedang solat
Asar.”
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0316)
31.
Solat Jumaat
Salman Al Farisi
R.A. mengkhabarkan, bahawa Nabi S.A.W. bersabda: “Siapa yang mandi pada hari
Jumaat, kemudian dia membersihkan tubuhnya sedapat-dapatnya, setelah itu dia
memakai harum-haruman, kemudian pergi ke Jumaat, tidak memisahkan dua orang
(yang duduk berdekatan), kemudian solat sebanyak mungkin, dan diam apabila imam
telah berkhutbah, nescaya diampuni Allah dosanya semenjak itu sampai Jumaat
yang akan datang.”
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0476.)
32. Saat
Dikabulkan Doa pada Hari Jumaat
Berita dari Abu
Hurairah R.A. mengatakan, bahawa Rasulullah S.A.W. pernah menyebutkan: “Pada
hari Jumaat ada satu-saat, apabila seorang muslim bertepatan solat pada saat
itu, dan memohon sesuatu kepada Allah S.W.T., nescaya dikabulkan Allah
permohonannya itu. Nabi memberi isyarat dengan tangannya, yang bererti bahawa
saat itu amat singkat.”
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0501)
33. Mengiringi
Solat Fardhu Dengan Solat Sunat Rawatib
Dari Ummu Habibah isteri Nabi S.A.W, beliau berkata:
Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Tiada seorang hamba muslim solat
kerana Allah setiap hari 12 rakaat sebagai solat sunnat selain solat fardhu,
kecuali Allah membangunkan baginya rumah di syurga” (HR. Muslim no. 728)
34. Solat Dua
Rakaat Setelah Melakukan Dosa
Daripada Abu Bakar
R.A. katanya : Aku dengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Tiada seorang hamba yang
melakukan dosa, lalu ia berwudhuk dengan sempurna kemudian berdiri melakukan
solat 2 rakaat, kemudian dia beristighfar kepada Allah, melainkan Allah
mengampuninya” Kemudian baginda membaca ayat ini: “Dan juga orang-orang
yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka
segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya
tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak
meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka
mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”.(HR. Abu Daud)
35.
Solat Malam
“Solat
yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam” (HR. Muslim)
36.
Solat Dhuha
“Setiap
persendian dari salah seorang di antara kalian pada setiap paginya memiliki
kewajipan sedekah, sedangkan setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid itu
sedekah, setiap tahlil itu sedekah, setiap takbir itu sedekah, memerintahkan
kepada yang makruf itu sedekah dan mencegah dari yang mungkar itu sedekah,
tetapi semuanya itu dapat terpenuhi dengan melakukan solat 2 rakaat dhuha” (HR.
Muslim)
37. Selawat
Kepada Nabi
“Barangsiapa
berselawat kepadaku satu kali maka Allah membalas selawatnya itu sebanyak 10
kali” (HR. Muslim)
38. Puasa
“Tiada
seorang hamba berpuasa satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkannya
kerana puasa itu dari neraka selama 70 tahun” (HR. Bukhari)
39. Puasa 3 Hari
Setiap Bulan
“Puasa
3 (tiga) hari pada setiap bulan merupakan puasa sepanjang masa” (HR. Bukhari
dan Muslim)
40. Puasa 6 Hari
Pada Bulan Syawal
“Barangsiapa
melakukan puasa Ramadhan, lalu ia mengiringinya dengan puasa 6 hari pada bulan
Syawal maka hal itu seperti puasa sepanjang masa” (HR. Muslim)
41.
Puasa ‘Arafah
“Puasa
pada hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) dapat melebur (dosa-dosa) tahun yang lalu dan
yang akan datang” (HR. Muslim)
42.
Puasa ‘Asyura
“Dan
dengan puasa hari ‘Asyura (10 Muharram) saya berharap kepada Allah dapat
melebur dosa-dosa setahun sebelumnya” (HR. Muslim)
43. Memberi Makan
Orang Berbuka Puasa
“Barangsiapa yang memberi hidangan berbuka
bagi orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti pahala orang berpuasa itu,
dengan tidak mengurangi pahalanya sedikitpun” (HR. At-Tirmizi)
44. Solat Malam
Lailatul Qadr
“Barangsiapa
mendirikan solat di (malam) Lailatul Qadr kerana iman dan mengharap pahala,
nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (HR. Bukhari dan Muslim)
45. Sedekah
“Sedekah
itu menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api” (HR. At-Tirmidzi)
46. Haji
dan Umrah
“Dari
umrah ke umrah berikutnya merupakan kaffarah (penebus dosa) yang terjadi di
antara keduanya, dan haji yang mabrur tidak ada balasan baginya kecuali syurga”
(H.R Muslim)
47. Beramal Soleh
Pada 19 Hari Bulan Dzulhijjah
“Tiada
hari-hari, beramal soleh pada saat itu lebih dicintai Allah daripada hari-hari
lain, iaitu 10 hari pada bulan Dzulhijjah. Para sahabat bertanya: “Dan tidak
(pula) jihad di jalan Allah?” Baginda S.A.W. bersabda:”Tidak (pula) jihad di
jalan Allah, kecuali orang yang keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian ia
tidak kembali lagi dengan sesuatu apapun” (H.R. Bukhari)
48. Jihad di
Jalan Allah
“Bersiap
siaga satu hari di jalan Allah adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya,
dan tempat duduk salah seorang kalian di syurga adalah lebih baik daripada
dunia dan seisinya” (HR. Bukhari)
49. Infaq di
Jalan Allah
“Barangsiapa
membantu persiapan orang yang berperang maka ia (termasuk) ikut berperang, dan
barangsiapa membantu mengurusi keluarga orang yang berperang, maka iapun (juga)
termasuk ikut berperang” (HR. Bukhari dan Muslim)
50. Solat dan
Mengiringi Jenazah
“Barangsiapa
ikut menyaksikan jenazah sampai disolatkan maka ia memperolehi pahala satu
qirat, dan barangsiapa yang menyaksikannya sampai dikubur maka baginya pahala
dua qirat. Lalu dikatakan: “Apakah dua qirat itu?”, beliau menjawab: “Seperti
dua gunung besar” (HR. Bukhari)
51. Menjaga lidah
dan Kemaluan
“Siapa
yang menjamin bagiku ‘sesuatu’ antara dua dagunya dan dua selangkanya, maka aku
jamin baginya syurga” (HR. Bukhari dan Muslim)
52. Keutamaan
Mengucap dan Bertasbih
“Barangsiapa mengucapkan; ‘Laa ilaaha
illallah’ 100 kali dalam sehari, maka baginya seperti memerdekakan 10 hamba, dan
dicatat baginya 100 kebaikan, dan dihapus darinya 100 kesalahan, serta doanya
ini menjadi perisai baginya dari syaitan pada hari itu sampai petang. Dan tak seorangpun yang mampu menyamai hal itu, kecuali seseorang
yang melakukannya lebih banyak darinya”. Dan Baginda S.A.W
bersabda:“Barangsiapa mengucapkan; ‘Subhanallah wa bihamdih’ 100 kali dalam sehari, maka dihapuskan dosa-dosanya sekalipun
seperti buih di lautan” (HR. Bukhari dan Muslim)
53. Menyingkirkan
Gangguan Dari Jalan
“Saya
telah melihat seseorang bergelumang di dalam kenikmatan syurga disebabkan ia
memotong pohon dari tengah-tengah jalan yang mengganggu orang ramai” (HR.
Muslim)
54. Mendidik dan
Melindungi Anak Perempuan
“Barangsiapa
memiliki tiga anak perempuan, di mana ia melindungi, menyayangi, dan menanggung
beban kehidupannya maka ia pasti akan mendapat syurga” (H.R. Ahmad)
55. Berbuat Baik
Kepada Haiwan
“Ada
seseorang melihat seekor anjing yang menjilat-jilat debu kerana kehausan maka
orang itu mengambil kasutnya dan memenuhinya dengan air kemudian meminumkannya
pada anjing tersebut, maka Allah berterimakasih kepadanya dan memasukkannya ke
dalam syurga” (HR. Bukhari)
56.
Meninggalkan Perbalahan
“Aku
adalah pemimpin rumah di tengah syurga bagi siapa saja yang meninggalkan
perbalahan padahal ia dapat memenangkannya” (H.R. Abu Daud)
57. Mengunjungi
Saudara-saudara Seiman
“Mahukah
aku beritahukan kepada kalian tentang para penghuni syurga? Mereka berkata:
“Tentu wahai Rasulullah”, maka baginda bersabda: “Nabi itu di syurga, orang
yang jujur di syurga, dan orang yang mengunjungi saudaranya yang sangat jauh
dan dia tidak mengunjunginya kecuali kerana Allah maka ia di syurga” (HR.
At-Thabrani)
58.
Mentaati Suami
“Apabila
seorang perempuan menjaga solatnya yang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan
dan menjaga kemaluannya serta mentaati suaminya maka ia akan masuk syurga
melalui pintu mana saja yang ia kehendaki.” (HR. Ibnu Hibban)
Dari
Said AI Muqbiry dari Abu Hurairah R.A. berkata: “Ketika Rasulullah S.A.W.
ditanya: “Wanita yang bagaimana yang baik?” Jawab beliau: “lalah wanita yang
menyenangkan suaminya bila dilihat, dan juga mentaatinya bila disuruh, serta
yang tidak mengerjakan sesuatu yang dibenci suaminya, baik yang menyangkut
dirinya mahupun hartanya.” (Hadis Sunan
An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3091)
59.
Tidak Meminta-Minta
Mewartakan kepada kami ‘Ali bin Muhammad; mewartakan kepada kami Waki’,
dari Ibnu Abu Dzi-b, dari Muhammad bin Qais, dari ‘Abdurrahman bin Yazid, dari
Tsauban, dia berkata:
Rasulullah
Saw. bersabda: “Siapakah yang menjaminku dengan satu perkara, maka aku akan
menjaminnya dengan syurga?” Aku berkata: “Saya, ya Rasulullah.” Beliau
mengatakan: “Janganlah meminta-minta kepada manusia sedikitpun.” ‘Abdurrahman
berkata: “Pernah suatu saat cambuk Tsauban terjatuh, sedangkan dia menunggang
kenderaan. Namun dia tidak mengatakan kepada seorangpun: “-Tolong ambilkanlah
cambuk itu.” sehingga dia turun dan mengambilnya.”
(Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1837)
60. Menziarahi
Orang Sakit Dapat Ganjaran Syurga
Daripada
Abu Hurairah R.A. katanya: bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda;
“Barangsiapa yang
menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Taala, maka
terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkah mu dan
ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga.” (HR. At-Tirmizi)
Antara
adab-adab menziarahi orang sakit:-
1.
Jangan duduk terlalu lama ketika
menziarahi pesakit kerana dikhuatiri menganggu pesakit yang ingin berehat.
2.
Ketika berada disisinya, hendaklah
sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya
tentang penyakit dan keadaannya sekarang.
3.
Hendaklah mendoakan agar cepat sembuh
dan menyebut: “Semoga Allah
menyembuhkan…. (sebutkan namanya)”.
4.
Doa dan ceritakan tentang kelebihan
sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman
supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang
dialaminya.
5.
Berikanlah nasihat-nasihat yang baik
serta ucapkan perkataan, “Sabarlah… sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan
cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini
juga, seseorang memperoleh ganjaran pahala yang banyak”.
6.
Jangan makan makanan yang dihadiahkan
kepadanya atau makan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya dimakan makanan
tersebut, maka hilanglah pahala ibadah ziarah.
7.
Sunat dibacakan doa untuknya yang
bermaksud: “Ya Allah! Hilangkanlah
penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkau yang menyembuhkan
tidak ada sembuh melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak
meninggalkan sebarang penyakit” (HR At-Tirmizi).
Keinginan untuk meraih syurga idaman
harus juga diiringi dengan tekad, kesabaran serta keyakinan yang teguh. Di
sebalik berbagai halangan, dugaan serta cabaran yang sentiasa ditempuhi, pasti
ada ganjarannya yang sedang menunggu kita, insyaAllah. Semoga Allah S.W.T
membuka ruang untuk kita memperbaiki serta mempertingkatkan amalan dan
seterusnya menerima segala amalan soleh yang kita lakukan. Amin.
Sumber: Malam Pertama di Syurga oleh Adil Akhyar, SH,
LL.M terbitan Pustaka Azhar.
Subscribe to:
Posts (Atom)