Didik Al Quran

Thursday 5 July 2012

Mahu berkisah tentang apa dan siapa

Assalamualaikum..

Tetiba sejak dua menjak ni rasa mahu menulis itu kembali.. Mungkin dah terlalu banyak membaca novel-novel yang tak pernah habis itu. Atau mungkin juga saya sudah muak dengan jalan cerita yang seakan sama.

Macam sudah sangat lama tidak menulis cerpen, novel mahupun puisi. Tidak tahu dimana harus dimulakan. Tidak tahu apa yang mahu diceritakan. Nanti ayat jadi kaku dan kelu. Bertahun tidak menulis.. Tetiba mahu memerah idea. Otak jadi sangat tepu. Tak boleh mencerna apa yang ada.

Kalau diikutkan hati dulu, MLT bukanlah bidang kerja pilihan. Saya mahu jadi PENULIS. Tapi masa tu, penulis bagi lukisan sepi. Rakyat Malaysia sangat kurang membaca bukan? Mahu menjadi penulis bagai bukan satu cita-cita yang bagus waktu itu.

Tapi cuba tengok sekarang ni.. Lambakan cerpen dan novel online ada dimana mana. Orang sekarang hanya buat duit duit dari rumah. Mampukah saya untuk kembali terjun ke dunia yang sekian lama ditinggalkan? Mahu mengarang 2 rangkap pantun juga sudah tidak mampu, apatah lagi mahu mengarang kisah beribu patah kata itu.

No comments: