Wednesday, 8 August 2012

Akok; resepi mok saya

Assalamualaikum..
Sepanjang bulan Ramadhan ni, rutin harian mok adalah berniaga akok.
Hmm.. Selalunya bila weekend tugas mengacau adunan dan membakar itu adalah tugas saya..

gambar sumber pakcik google

Mok masih menggunakan cara tradisi..
Bakar dalam bekas tembaga yang berat tu..
Guna arang sebagai api atas..
Tapi dapur gas sebagai api bawah..

Resepi Kuih Akok
Bahan-bahan
2kg gula     
20keping gula manisan @ gula melaka
-cairkan dengan 500ml air

100biji telur
1kg gandum
2kg santan
sedikit pewarna hijau -kami guna air pandan-
setitik esen vanila - taknak bau hanyir telur

Cara-cara
  1. Sejukkan air gula melaka pada suhu bilik
  2. Pecahkan telur satu persatu. -Simpan 10 biji-
  3. Masukkan gandum, santan dan air gula melaka. Kacau.
  4. Pukul sampai kembang. -Saya bland je dengan blander- Tapiskan dengan penapis.
  5. Setelah semua adunan di bland, masukkan sedikit pewarna dan esen vanila.
  6. Bakar guna api kecil. 
**Adunan ni selalunya kami dapat buat sehingga 280-300 biji akok.

No comments: