Didik Al Quran

Thursday, 13 June 2013

Little khalifah

Assalamualaikum.. dan selamat err.. awal pagi atau tengah malam..

Lama menyepi.. Alhamdulillah.. saya kembali bersama little khalifah. Muhammad Aisy bin Mohd Junid. Anak pertama, cucu pertama dalam keluarga belah saya. Tapi cucu ke 3 untuk belah suami memandangkan kami dah ada sepasang anak saudara.


Muhammad Aisy dilahirkan jam 4.06am pada 14.05.2013. Tempat? Mesti la HUSM.. tempat ibu dia bekerja. Alhamdulillah.. Aisy dilahirkan secara normal setelah lebih kurang 7jam menahan sakit. Special thanks to enchek asben yang sanggup teman, tunggu, tengok dan bagi moral support dekat wife dia ni masa nak bersalin. 

Aisy.. bermaksud yang kaya dan mewah. Kalau diikutkan hati.. saya mahu namakan dia Muhammad Umar Aisy. Tapi bila fikir kita hanya panggil satu nama pendek saja.. maka saya putuskan untuk letak satu nama saja. Muhammad untuk ambil sunnah nama Rasulullah S.A.W. dan Aisy.. 


Tuesday, 11 June 2013

blog update!!

Assalamualaikum.. dan selamat malam..

Lama sungguh tak menghapdate blog ni.Dah sampai ada Aisy dah. Aisy?? Pakwe baru saya. Sawang penuh ni. Nak kena sapu, mop lantai dulu. Baru boleh update panjang lebar. Nanti kita story sape Aisy. Nak make up blog dulu.


Sunday, 16 September 2012

Selesai sudah..

Assalamualaikum..

Lama rasanya tak meng'up date' blog ni..
Alhamdulillah.. 
Pada 24.8.2012 jam 11am.. 
Saya selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati..


Majlis walimah yang simple saya kira...
Akad nikah dan terus sanding..
Sandingkah??
Not really..
Sebabnya kami tak sediakan pelamin..
Hanya hiasan bilik tidur sahaja..


Esoknya..
25.8.2012
Terus diadakan majlis bertandang @ sambut menantu..
Penat!!! Memang sangat penat!
Serius.. Saya tak sempat memanjakan badan sebelum majlis..


Nasib baik ada dayang dayang yang setia membantu..
Mereka yang datang membantu sebelum majlis nikah..
Mereka yang "menyental" badan saya dengan beras pulut yang di bland..
Buddies.. Special thanks...
I'm really appreciate that.. 

28.082012 - 1.09.2012..
Kami ke Kuala Perlis dan Langkawi..
Kiranya berbulan madu di sana la..