Didik Al Quran
Showing posts with label about life. Show all posts
Showing posts with label about life. Show all posts

Tuesday, 18 June 2013

Luka episiotomi

Erk.. seriau..
Episiotomi : faraj ibu yang digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi. 

Zaman sekarang ni, bila melahirkan anak pertama, yang besar macam Aisy pulak tu. Rasanya tak sah kalau faraj tak digunting sikit. Tapi apasal tak rasa digunting pon masa meneran tu?
Heh, sakit bersalin lagi perit kot dari digunting tu. 

Tak pasti la panjang mana di gunting. Dan saya sendiri tak tau banyak mana jahitan untuk episiotomi yang saya dapat. Tapi sungguh, agak seriau. 

Saya selamat melahirkan Aisy jam 4.06am. Tapi oleh sebab kekurangan doctor dan misi yang menyambut kelahiran Aisy tu tahap nak pencen dan katanya tak berapa nak nampak, maka bahagian faraj saya hanya dijahit selepas doctor oncall pagi masuk. Jam 8.00am baru nak jahit!

Segala kesakitan melahirkan Aisy tu dah hilang dah masa tu. Then kalau tetiba doctor nak jahit selepas 4jam proses kelahiran tanpa bius, memang akan tertendang jugak doctor tu. Oleh sebab dah terlalu lama, awal awal lagi saya request dengan doctor yang nak jahit luka tu. Doctor, sila bius!

Dalam pada bius tu pon masih terasa. Uhh.. Giler ngilu. Terutama bila doctor tarik benang tu.. Orang kata, kalau bius nanti luka lambat sembuh. Entah la..

Untuk penjagaan luka episiotomi, saya guna yellow lotion @ iodin yang hospital bagi dengan minyak herbanika Nona Roguy je. Cuci bahagian faraj dengan air bersih bersih, keringkan lepas tu sapu yellow lotion. Minyak herbanika tu saya titik pada pad. Make sure rajin rajin tukar pad ye.



Alhamdulillah, lepas 18 hari luka episiotomi saya dah sembuh luar dalam. Benang benang pon semua dah tertanggal. Jadi, tak adalah lama mana luka tu nak sembuh.

Friday, 14 June 2013

Sakit yang indah

Assalamualaikum..

Untuk orang pertama kali mengandung, sure tak tau rasa sakit nak bersalin tu macamana. Saya admit ward hari Ahad. Itu pon bukan sebab sakit sangat tapi sebab ada bloody show. First time warded.. serius boring. Bila pesakit tak berapa sakit jadi macam ni la.

Lepas admit ward.. Sempat lagi gi merayau dekat lab. Ye la. Dah admit hari bekerja. Nak keluar untuk kali pertama tu.. mintak lagi izin nurse. Yang selepas tu.. menyusup macam tu. Nasib baik masa admit tu dah bawa broadband dengan tab. Tak ada la mati kutu sangat.

Hari ke 2 dekat ward.. dah gelisah. Masa doctor buat ward round tu.. Katanya nak cek jalan dulu. Dan diberi pilihan. Kalau jalan tak terbuka lagi.. dibenarkan balik kalau nak balik. Oyeay! Opkos la nak balik. Dari duk terkebil kebil dekat ward sorang sorang. Sayangnya.. Bila dah cek.. Jalan dah buka 3cm. So kena stay je la.

Untuk tempoh dari pagi sampai petang.. sakitnya ada. Tapi tidak kerap. Apa yang sakit? Sakit perut la. Rasa macam baby mengeras. Lama lama berulang kali. Tapi dalam sakit sakit tu pon, selera makan tetap ada jugak. Siap request laici kang lagi masa asben datang melawat petang tu.

Apa yang untungnya duduk ward sorang sorang ni.. maka kita akan ada banyak masa nak mengaji. Dah boring. Nak merayau ke mana sangat la. Jadi habiskan masa dengan mengaji. Lepas solat je mengaji. Baca surah Luqman, surah Maryam, baca Yassin.

Malam tu lepas sesi mengaji seusai solat isyak.. Perut start sakit lebih kerap. Dari 10 minit sekali.. makin lama makin kerap, sampai 5 minit sekali. Bloody show pon still ada. Gi toilet makin kerap. Alih alih misi panggil suruh cek jalan lagi. Tengok tengok 5cm. Dah boleh gi labour room.

Apa lagi.. Gi kat katil balik.. Kemas kemas barang. Nanti senang enchek asben nak datang angkut. Lepas tu misi panggil nak gi hantar ke labour room. Oh, kena naik kerusi roda tu. Haila... macam boleh jalan je lagi. Tapi misi suruh duduk jugak. Ingat nak gi jalan kaki je.

Masa nak gi LR tu, benda yang patut bawa selain buku lawatan klinik tu ialah
1: sepasang baju bayi dan mitten & botties
2: pampers newborn (saya guna brand drypers)
3: kain tuala
4: kain bedung bayi
Bawa ni je. Benda benda lain tu tak perlu.

On the way gi LR. Misi kata dah boleh dah nak call enchek asben. Maka saya dengqn segera call asben. Gi LR, nasib baik ada kosong lagi. Tapi sayangnya doctor tak ada. Enchek asben sampai dan temankan sepanjang tunggu nak bersalin. Masuk LR jam 11.30pm. Tapi 3 pagi baru rasa nak bersalin. Masa tu hanya ada misi veteran je yang tolong sambut. Doctor sangat busy.

Alhamdulillah, lepas hampir sejam berusaha nak lahirkan Aisy, akhirnya berjaya juga. Itu pon hampir putus asa. Sangat letih. Dengan rasa lapar dan dahaga. Rasa panas dekat LR tu. Tapi bila Aisy dah keluar.. Yang terlafaz masa tu hanya AllahuAkbar. Tengok Aisy yang sihat dan sempurna.. Tak terungkap kata. Hilang semua sakit yang tadinya ada.

Teringat kata seorang sahabat.. Jika ditanya ibu bagaimana sakitnya bersalin, pasti ibu tidak tahu kerana sakit itu hilang bersama lahirnya sang anak. Tapi tanyalah bapa, yang melihat dan menemani ibu. Pasti dia tahu bertapa sukar dan sakitnya proses bersalin itu.

Thursday, 13 June 2013

Mengandung, alahan dan mengidam

Assalamualaikum..

Hmm.. Dah sebulan bersalin baru nak update cerita pasal preggy dan alahan. Saya sebenarnya tak adalah alahan mana. Cumanya masa awal awal mengandung tu je adalah muntah muntah sikit.

Balik dari honermoon tu.. Tetiba tak boleh makan nasi. Bau nasi pon tak boleh. Oh my... Why?? Terpaksa telan benda lain selain nasi. Mintak pregnancy test strip dengan member yang kerja dekat lab jugak. Celup celup.. Macam kabur dan samar je. Ala.. Baru 2 weeks masa tu. Itu yang tak nampak.

Then seminggu dua lepas tu.. minta member yang kat lab endocrine buatkan Beta HCG. Pap.. POSITIF. Fuhh.. Patut la tak boleh dengan nasi. Tapi alahan nasi tu 2 minggu je. Lepas tu semua benda boleh makan.

Masa mengandung, rasanya 3 bulan pertama tu sangat alah dengan bau tumis, bau bawang. Bau je dah muntah. Nak masak memang tak la. Semua beli je. Muntah teruk tu tak juga. Melainkan kalau berdepan dengan bau bau yang tak menyenangkan tu. Muntah pulak bila dah balik keje. Waktu keje sihat walafiat. Alhamdulillah.

Mengidam? Tak adanya nak mengidam yang pelik pelik. Kalau setakat tekak rasa nak makan KR, SR tu.. pergi cari sendiri je. Maklum je la. Asben jauh. Tapi bila dia balik ada la jugak konon-konon mengidam nak makan itu ini. Hehehe..

9 bulan mengandungkan Muhammad Aisy, Alhamdulillah.. Tak banyak kerenah. Ibu dia pon boleh lasak dan berlagak macam biasa. Tak adalah penat sepanjang masa. Siap boleh main lari lari lagi tau. Cumanya bila dah cukup bulan tu yang mudah mengah sikit.

Dalam tempoh mengandung tu je, berapa banyak tempat ibu dengan ayah berjalan. Sampaikan bila gi massage dekat uptown, boleh tertido. Betapa penatnya. Fuhh.. Alhamdulillah, walaupun banyak travel.. Aisy sihat dalam perut ibu. Masa fetus la dah lasak!

Kadang kadang masa perut kecik tu.. Siap lari lari sebab terlupa tengah mengandung. Eh, boleh pulak lupa. Itu pon kena warning sokmo.

Little khalifah

Assalamualaikum.. dan selamat err.. awal pagi atau tengah malam..

Lama menyepi.. Alhamdulillah.. saya kembali bersama little khalifah. Muhammad Aisy bin Mohd Junid. Anak pertama, cucu pertama dalam keluarga belah saya. Tapi cucu ke 3 untuk belah suami memandangkan kami dah ada sepasang anak saudara.


Muhammad Aisy dilahirkan jam 4.06am pada 14.05.2013. Tempat? Mesti la HUSM.. tempat ibu dia bekerja. Alhamdulillah.. Aisy dilahirkan secara normal setelah lebih kurang 7jam menahan sakit. Special thanks to enchek asben yang sanggup teman, tunggu, tengok dan bagi moral support dekat wife dia ni masa nak bersalin. 

Aisy.. bermaksud yang kaya dan mewah. Kalau diikutkan hati.. saya mahu namakan dia Muhammad Umar Aisy. Tapi bila fikir kita hanya panggil satu nama pendek saja.. maka saya putuskan untuk letak satu nama saja. Muhammad untuk ambil sunnah nama Rasulullah S.A.W. dan Aisy.. 


Tuesday, 11 June 2013

blog update!!

Assalamualaikum.. dan selamat malam..

Lama sungguh tak menghapdate blog ni.Dah sampai ada Aisy dah. Aisy?? Pakwe baru saya. Sawang penuh ni. Nak kena sapu, mop lantai dulu. Baru boleh update panjang lebar. Nanti kita story sape Aisy. Nak make up blog dulu.


Monday, 13 August 2012

Persiapan raya & kawen

Assalamualaikum..
Sedar tak sedar.. Malam ni dah malam ke 25 Ramadhan...
Hitung hitung hari..
Lagi 5 hari nak raya..
Dan lagi 9 hari nak bertukar status..
Glup..

Persiapan raya macam tak ada..
Tak ada baju raya baru..
Tak ada apa-apa yang lebih untuk beraya..
Bajet duit raya untuk budak budak pun terhad sahaja..
Yang ada cuma biskut biskut raya yang dibeli..

Oleh kerana Big Day akan menjelang beberapa hari selepas raya..
Maka bajet lebih berhabis untuk majlis kawen tersebut..
Beli itu.. Beli ini..
Shopping itu.. Shopping ini..
Huhuhu.. Rasanya majlis kawen yang saya mahu laksanakan ni..
Tidaklah terlalu grand..
Cuma majlis biasa yang lebih tertumpu kepada family dan rakan rakan..
Tapi kalau majlis kecik begini sudah terbang beribu..
Bagaimana agaknya kalau persiapan yang mewah ye?


p/s: apa agaknya perasaan orang nak kawen?
berdebarkah??
kenapa saya masih belum merasa perasaan itu?

Monday, 23 July 2012

Radiusite + Thepoplook

Assalamualaikum..

Hari tu pergi majlis bertandang rumah enchik apis @ "abe apis" dan kak ummi. Melaram la jugak.. Mengada pakai long dress dan half moon shawl.. Oh, abe apis tu sebab kak ummi pertikaikan.. Kenapa panggil dia akak tp tak panggil apis tu abe.. Perlukah?? Hahaha... Dah terbiasa panggil apis masa mula-mula kenal.. Susah kot nak tukar panggilan..



Bila upload 2 gambar ni kat facebook.. Ramai jugak tanya pasal tudung ni.. Ekceli tudung ni beli kat Radiusite. Ada la terbeli beberapa helai tudung tu.. Siyes.. Sangat cantik.Yang saya pakai tu kaler cream..
Lagi 2 kaler ni..

kaler electric blue


kaler off white

Maxi dress tu pulak beli dekat thepoplook.

Tamara Maxi Dress - Pink

Thursday, 19 July 2012

Yes, I'm look young.. But I'm already 25

Assalamualaikum..

Hahahaha.. Tajuk entry tak boleh blah langsung.. Sila abaikan. Tapi ada sape2 setuju tak??

Lepas balik dari majlis kenduri di rumah kak ummi, turut kena tempias soalan dari Dr. Shakir dan Dr. Ikhmal. Ummi dah lepas.. Awak bila lagi??

Erk.. Itu soalan cepumas bila geng sendiri kawen kan?? Then bila jawab dengan jujur dan ikhlas, nak kawen lepas raya nanti.. Dr Ikhmal macam tak percaya pulak. Siap interview dah bertunang ke, bila bertunang, tunang keje apa, kat mana.. Haih.. Banyak pulak soalan dia. Dah la masa tu elok elok pegang scapel sebab nak grossing. Haish.. Banyak cakap sungguh.

Emm.. Mok kata.. Masa dia edarkan kad kawen kat kampung pun ada jugak yang macam tak percaya yang saya akan mendirikan rumah tangga. Pelik sungguh mereka mereka ni. Saya bukanlah terlalu muda untuk berkahwin. Kalau ikutkan, dulu masa abis Diploma tu nak je kawen terus. Tapi tak ada pulak orang masuk meminang. Heh.. Well... Ekceli saya memang berhasrat nak kawen muda ok.. Hahahaha.. Sebabnya mok dulu pun kawen umur 21 cam gitu la..

Cuti weekend hari tu sibuk jadi driver tak bergaji mok. Edar kad sana sini. Oh, time ni la baru saya tau.. Saya sangat ramai saudara mara. Patut la mok beria suruh buat kad banyak banyak. Sedara mara pun dah berlambak. Seluruh daerah kelantan ni pergi menjemput. Pergh... Penat ooo...

Oh, pasal saya nampak muda..hahaha.. nak kata saya perasan la tu. Meh nak kasi petua sikit..
~saya selalu banyak minum air putih..
~minum air putih sesudah bangun dari tidur.. jangan gosok gigi baru nak minum air pulak.
~jangan makan berulam air
~jangan mekap tebal2
~kalau mekap, make sure bersihkan mekap sebelum tido
~selalu pakai pelembab muka kalau duk bilik berhawa dingin

Sekian.. itulah petua saya :)
Mari berawet muda bersama saya..

Monday, 9 July 2012

Seorang dah lepas.. 3 lagi coming soon..


Assalamualaikum..

Weekend hari tu, kami ~3 dara pingitan makmal patologi~ syud, nurul, eda~ telah ke Rasah Kemayan, Seremban 2, Negeri Sembilan untuk majlis nikah housemate merangkap rakan sekerja.

tak nampak awan penuh.. sebab sit no 11..

Kami ke sana awal sehari dari hari majlis. Terbang jam 7.50am dari KB. Turun ke LCCT singgah singgah makan dulu.. Baru ambik cab ke home sweet home ummi atikah. Sampai sampai orang dah siap pasang khemah. Pakcik Ayub ~ayah kak ummi~ tengah pantau orang bekerja.

Salam diberi. Alhamdulillah.. Tuan rumah ~makcik Jamiah~ masih kenal kami. Orang tengah rewang masa kami masuk tu. Packing-packing jajan untuk door gift. Kami pon join la sekali. Rajin sungguh kami ni kan?? Hahahaha.. Promote diri sendiri.


Oh, tengah tengah packing jajan.. Ternampak tart nenas yang besar, gebu dan meyelerakan. Mata duk terpandang pandang je. Tak senonoh sungguh. Tapi memang superb sedap la. Tuan tart kata, cakap tart gebu tak apa. Jangan kata gemuk je.

 see... besar dan gebu.. sedap, kurang manis. RM1 sebiji

Petang tu kami ke homestay. Pergh... Gila besar rumah tu. Penat la sesapa yang jadi bibik kat situ. Bilik air je dah ada 4. Jenuh kot nak menyental. Tapi apa yang best keliling rumah tu banyak pokok pokok buah buahan dan sayur. Kira tuan rumah suka berbudi pada tanah la ni. Hmm.. Buku pun banyak. Itu yang paling best.

Malamnya kai ke rumah bakal pengantin lagi. Beria je tumbuk inai. 3 dara pingitan merangkap dayang-dayang ni dan juga photographer berbayar.Alih alih tak boleh pakai. Bukan sebab tak merah, tapi sebab basah sangat. Huhuhu.. Sesia je tau..

Esoknya, after breakfast dengan door gift yang kami ambik sebelum majlis dan juga roti serta biskut yang dibeli malam semalam. Sambung tido dulu, lepas tu baru gerak ke rumah pengantin. 

kamilah si dayang dayang

Pagi majlis ~07072012~ apa lagi yang dapat di tolong ye? Tolong menyibuk je la. Dayang dayang berdua tu.. Jadi orang kuat majlis. Bawa kipas lipas sepanjang masa. Hehehe.. Saya mengelek camera. Follow cik photographer. Pada hal, tak ada la banyak mana ambik gambar pengantin. Kui3..

Alhamdulliah, lebih kurang jam 11am tu, enchek hafiz selamat menjadi suami kepada puan ummi atikah dengan sekali lafaz. Dinikahkan oleh pakcik ayub sendiri. Giler syahdu masa bacaan taklik tu. Sob sob.. Rasa nak nangis kot. Dah hilang dah sorang rakan membujang.


putih suci pengantin baru

Petangnya tak ada majlis sanding pun. Tapi tetap ada pelamin. Kiranya untuk saja saja amik gambar la.

dayang2 tak lekang dengan kipas lipas mereka bersama pengantin baru

sesi makan ber'sebelah' sampai licin pinggan


Usai majlis dan sesi bergambar, kami bersiap siap nak balik. Cik photographer balik naik bas. Kami terbang lagi sekali. Yang bestnya.. Pengantin baru yang hantar kami ke terminal one dan LCCT. Ahaks.. Kacau daun sikit.

Konon-konon flight jan 8.10pm. Tunggu tunggu alih alih delay. Jam 9pm baru kami masuk. Tu pun siap tersalah jalan nak ke flight lagi. Banyak sangat cross nye. Nasib baik tak tertinggal. Balik, sampai rumah dan terus pengsan.....zzzzzzzzz

Thursday, 5 July 2012

Mahu berkisah tentang apa dan siapa

Assalamualaikum..

Tetiba sejak dua menjak ni rasa mahu menulis itu kembali.. Mungkin dah terlalu banyak membaca novel-novel yang tak pernah habis itu. Atau mungkin juga saya sudah muak dengan jalan cerita yang seakan sama.

Macam sudah sangat lama tidak menulis cerpen, novel mahupun puisi. Tidak tahu dimana harus dimulakan. Tidak tahu apa yang mahu diceritakan. Nanti ayat jadi kaku dan kelu. Bertahun tidak menulis.. Tetiba mahu memerah idea. Otak jadi sangat tepu. Tak boleh mencerna apa yang ada.

Kalau diikutkan hati dulu, MLT bukanlah bidang kerja pilihan. Saya mahu jadi PENULIS. Tapi masa tu, penulis bagi lukisan sepi. Rakyat Malaysia sangat kurang membaca bukan? Mahu menjadi penulis bagai bukan satu cita-cita yang bagus waktu itu.

Tapi cuba tengok sekarang ni.. Lambakan cerpen dan novel online ada dimana mana. Orang sekarang hanya buat duit duit dari rumah. Mampukah saya untuk kembali terjun ke dunia yang sekian lama ditinggalkan? Mahu mengarang 2 rangkap pantun juga sudah tidak mampu, apatah lagi mahu mengarang kisah beribu patah kata itu.

Saturday, 23 June 2012

Membujang di PCB


 

Assalamualaikum w.r.t

Hmmm... Pagi tadi sampai petang kami (Ahli KAKP Depart. Pathology) ada bengkel akhirat. Bengkel perbincangan tetang persediaan menghadapi mati dan kehidupan selepas mati la lebih kurangnya.

Lepas-lepas minum petang.. Kami pergi berfoya foya dan membujang di PCB. Yezaaa... tengok gambar kami.. hikhikhik.. Kami mengabaikan pandangan pandangan orang sekeliling semasa berfotoshoot..


  






 




 

 


 

 

 

 

 

 

 

 





Wednesday, 20 June 2012

Meraih Syurga

Ini adalah hasil kerja sekolah malam ini. Kami ~ warga patologi dikendaki mengadakan bengkel akhirat~ Dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ini adalah apa yang saya dapat untuk kumpulan saya. Weee...



Meraih Syurga Idaman


Allah S.W.T berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam syurga yang penuh nikmat. (9) Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam! (10)” (Surah Yunus: Ayat 9-10)
Dari Shuhaib R.A., dari Nabi S.A.W., sabdanya: “Apabila penduduk syurga telah masuk ke dalam syurga, Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman kepada mereka: “Apakah kamu semua memerlukan sesuatu yang perlu Aku tambah untukmu?” Jawab mereka, “Bukankah muka kami telah putih gilang-gemilang? Bukankah kami telah Engkau masukkan ke syurga dan Engkau bebaskan dari neraka?” Kata Rasulullah S.A.W. selanjutnya, “Lalu Allah membukakan tabir yang menutupNya. Sekonyong-konyong penduduk syurga merasakan nikmat yang tiada taranya, selain memandang Allah ‘Azza Wa Jalla.” (Hadis sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0148)
Begitulah sedikit gambaran sebuah kenikmatan hakiki yang Allah S.W.T. sediakan di akhirat kelak untuk orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Maka seharusnya bagi setiap muslim bertekad untuk keluar meninggalkan dunia fana ini dengan mendapat keampunan Allah S.W.T dari segala dosa sehingga Allah S.W.T redha dan dengan limpahan rahmat-Nya akan menempatkan kita di syurga yang abadi dan penuh dengan nikmat.

Namun begitu, jalan untuk mendapatkan kenikmatan tersebut tidaklah mudah dan manusia sudah semestinya perlu berusaha terlebih dahulu sebelum layak untuk meraih ganjaran syurga yang diidamkan.

Oleh yang demikian, untuk memandu kita ke jalan syurga idaman, di sini kami kongsikan wasiat para ulama’-ulama’ soleh (assalafus soleh) yang dihimpunkan dari berbagai kitab.
Di dalam perkongsian yang serba ringkas ini disertakan berbagai amalan yang diharap dapat melebur dosa serta membawa pahala dan akhirnya dapat meraih keredhaan Allah S.W.T. Wasiat-wasit ini adalah bersumberkan hadis-hadis yang sahih.

Berikut ini disenaraikan 60 tip-tip yang dipetik daripada hadis Rasulullah S.A.W berkenaan amalan-amalan yang boleh memandu kita kepada syurga idaman :-

1. Taubat
Dari Abu Hurairah R.A. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: “Siapa yang taubat kepada Allah Taala sebelum matahari terbit di barat (sebelum matahari terbit dari barat atau sebelum sakaratul maut), Allah menerima taubatnya.” (Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2324)
Dari Anas R.A., katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: “Andai kata manusia itu telah mempunyai harta benda sebanyak dua lembah, mereka masih ingin untuk mendapatkan satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi perutnya sampai penuh melainkan hanya tanah (maut). Dan Allah menerima taubat orang yang taubat kepada-Nya.” (Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1009)
Dari Abu Musa R.A., dari Nabi S.A.W. katanya: “Allah ‘Azza wa Jalla membentangkan tanganNya malam hari untuk menerima taubat orang-orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tanganNya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari, sehingga matahari terbit di Barat.” (Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2368)

2. Menuntut Ilmu
Dari Abu Hurairah R.A. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: “Siapa yang menolong menghilangkan kesusahan orang mukmin, Allah Taala menghilangkan pula kesusahannya di hari kiamat kelak. Siapa yang membantu memudahkan orang yang dalam kesulitan, Allah memudahkannya pula di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong hambanya selama hamba itu mahu menolong saudaranya. Siapa berusaha mencari ilmu, Allah memudahkan baginya jalan ke syurga. Bila suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah (masjid) lalu mereka membaca Kitabullah dan mempelajarinya sesama mereka, diturunkan kepada mereka ketenangan dan diselubungi mereka dengan rahmat. Mereka dikerumuni oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut dengan bangga kepada orang-orang yang di dekat-Nya. Sedangkan orang yang lalai beramal, ia tidak akan dapat mengejar ketinggalannya dengan gelar kebangsawanan nya.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2322)

3. Senantiasa Mengingati Allah
Abdul Warits bin Abdush Shamad bin Abdul-warits menceritakan kepada kami, dia berkata: Ayahku menceritakan kepada kami,dia berkata:
Muhammad bin Tsabit Al Bunnani menceritakan kepada kami, ayahku menceritakan kepada kami dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu melalui teman-teman syurga maka makan minumlah”, mereka bertanya: “Apa itu taman syurga?” Beliau bersabda: “Lingkaran orang-orang yang berzikir.” Hadis ini adalah hasan gharib dari sanad ini dari hadis Tsabit dari Abi Anas.
(Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3577)

4. Melakukan Kebajikan
Dari Abu Hurairah R.A., katanya Rasulullah S.A.W. bersabda : “Setiap anggota tubuh manusia mempunyai kesempatan untuk bersedekah tiap-tiap hari. Iaitu, seperti mendamaikan dua orang yang berselisih, adalah sedekah. Menolong orang naik kenderaan, atau menolong mengangkatkan barangnya ke atas kenderaan, itu pun sedekah. Ucapan atau tutur kata yang baik, juga sedekah. Setiap langkah yang anda langkahkan pergi solat, sedekah. Dan menyingkirkan sesuatu yang membahayakan di jalanan umum, adalah sedekah.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0962)

5. Berdakwah ke Jalan Allah
Dari Abu Hurairah R.A. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: “Siapa mengajak ke jalan kebenaran maka dia beroleh pahala sebanyak pahala yang diterima oleh orang-orang yang mengikutinya, tidak kurang sedikit jua pun. Dan siapa mengajak ke jalan ke sesatan, maka dia beroleh dosa sama banyak dengan dosa orang-orang yang mengikutinya, tidak kurang sedikit jua pun.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2299)

6. Mengajak Yang Ma’ruf dan Mencegah Yang Mungkar
Dari Abu Dzar R.A., dari Nabi S.A.W., sabdanya: “Setiap orang mempunyai sumber sedekah. Tiap-tiap tasbih, tahmid, tahlil dan takbir adalah sedekah. Amar Ma’ruf sedekah, nahi mungkar sedekah. Dan semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0687)

7. Membaca Al-Quran
Dari Abu Umamah Al Bahili R.A., katanya dia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “Bacalah Al Quran, kerana dia akan datang memberi syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, yakni surat Al Baqarah dan Ali ‘Imran, kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti, seperti dua tumpuk awan menaungi pembacanya, atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam formasi hendak membela pembacanya. Bacalah Al Baqarah, kerana dengan membacanya beroleh berkat, dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan, dan pembacanya tidak dapat dikuasai (di kalahkan) oleh tukang-tukang sihir.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0771)

8. Mempelajari Al-Quran dan Mengajarkannya
Mewartakan kepada kami Ali bin Muhammad, mewartakan kepada kami Waki’, mewartakan kepada kami Sufyan dari Alqomah bin bin Martsad dari Abu Abdur-Rahman As-Sulamiy, dari Utsman bin Affan, dia berkata:
Rasulullah SAW. bersabda: “Seutama-utama kamu sekalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.”
(Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0212)

9. Sebarkan salam
Dari Abu Hurairah R.A., katanya Rasulullah S.A.W., bersabda: “Kamu tidak dapat masuk syurga, sebelum kamu beriman. Dan kamu belum dapat dikatakan mukmin, sebelum kamu kasih mengasihi satu sama lain. Sukakah kamu aku tunjukkan jalan untuk berkasih-kasihan? Galakkanlah salam antara sesamamu!”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0042)

10. Mencintai Kerana Allah
Dari Abu Hurairah R.A., dari Nabi S.A.W., sabdanya: “Ada tujuh golongan yang mendapat naungan dari Allah S.W.T. pada hari kiamat kelak, di mana tidak ada sama sekali naungan pada hari itu melainkan naungan dari Allah swt.: (I) Imam (raja atau penguasa) yang adil, (2) Pemuda yang menjadi dewasa dalam beribadat kepada Allah, (3) Orang yang hatinya tergantung di masjid. (4) Dua orang yang saling mencintai satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah. (5) Seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita bangsawan yang cantik untuk berbuat mesum, lalu dia menolak dengan kata: “Aku takut kepada Allah.” (6) Orang yang bersedekah dengan diam-diam, sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kirinya. (7) Orang yang mengalir air matanya ketika berzikir, mengingat dan menyebut nama Allah dalam keadaan bersunyi diri.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0989)

11. Memperbanyakkan Doa Dikala Sujud Terakhir
Dari Ibnu ‘Abbas R.A., katanya: “Rasulullah S.A.W. membuka tirai (kamarnya ketika beliau sakit akan meninggal), padahal ketika itu jemaah sedang solat berjemaah diimami Abu Bakar. Lalu beliau bersabda: “Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus ku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah ‘Azza wa Jalla di dalam rukuk, dan perbanyaklah doa di dalam sujud, pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0433)
Yahya bin Musa menceritakan kepada kami, Abu Muawiyah memberitahukan kepada kami, Allaits bin Abi Sulaim memberitahukan kepada kami dari Ziyad dari Abu Hurairah berkata:
“Rasulullah S.A.W. bersabda: “Tidaklah seseorang berdoa dengan suatu doa melainkan pasti dikabulkan. Adakalanya diberikan segera kepadanya di dunia dan ada kalanya disimpan baginya untuk diberikan di akhirat dan ada kalanya dosa-dosanya dihapus sesuai dengan kadar doanya, selama dia tidak berdoa tentang perbuatan dosa atau putus tali hubungan keluarga atau selama tidak tergesa-gesa, mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana dia tergesa-gesa?” Beliau bersabda: “Dia berkata kami berdoa kepada Tuhan kami tapi Dia tidak mengabulkan doa kami”. Hadis ini adalah gharib dari sanad ini.
(Hadis Sunan At-Tarmizi Jilid 5. Hadis Nombor 3677)

12. Membantu Membayarkan Hutang
Dari ‘Abdullah bin Abu Qatadah R.A., katanya: “Abu Qatadah mencari seorang yang berhutang kepadanya dan menghilang, kemudian orang itu bertemu. Dia berkata kepada Abu Qatadah, “Aku sedang dalam kesulitan.” Maka kata Abu Qatadah, “Demi Allah! Demi Allah! Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “Siapa yang ingin dibebaskan Allah dari kesulitan pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelapangan bagi orang-orang yang dalam kesulitan atau membebaskannya dari hutang.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1528)

13. Menutup Aib Orang Lain
Dari Abu Hurairah R.A., dari Nabi S.A.W. sabdanya: “Orang yang menutup aib orang lain di dunia, nescaya Allah menutup aibnya pula kelak di hari kiamat.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2220)

14. Menyambung Tali Silaturrahim
Dari Muhammad bin Jubair bin Muth’im R.A., katanya bapanya menghabarkan kepadanya bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2186)
Dari Anas bin Malik R.A., katanya dia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “Siapa yang ingin rezekinya dilapangkan Allah, atau ingin usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2187)
Dari Abu Ayyub R.A., katanya: “Seorang Arab dari pedalaman datang kepada Rasulullah S.A.W., ketika beliau sedang dalam perjalanan; lalu orang itu memegang tali kekang unta yang dikenderai Nabi S.A.W. Kata nya, “Ya,Rasulullah! Ajarkanlah kepada ku suatu amal yang dapat mendekatkan ku ke syurga, dan menjauhkan ku dari neraka.” Kata Abu Ayyub, “Kerana itu Nabi saw. berhenti, kemudian beliau memandang kepada para sahabatnya dan berkata: “Sesungguhnya dia telah diberi taufik.’ Kemudian Nabi saw. berkata kepada orang itu, “Apa kata Anda?” Orang itu pun mengulang permintaannya. Maka sabda Nabi S.A.W., “Sembahlah Allah dan jangan mempersekutukan-Nya dengan sesuatu; tegakkan solat, bayar zakat dan hubungkan silaturrahim. Nah, sekarang lepaskanlah unta ku!”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0006)

15. Berakhlak Yang Baik
Maksudnya: Hannad menceritakan kepada kami, Abdah memberitahukan kepada kami dari Abdillah bin Amr Al-Audi dari Abdullah bin Mas’ud berkata :
“Rasulullah SAW bersabda :”Maukah aku memberitahukan kepada mu siapa yang haram masuk neraka dan siapa yang api neraka haram atasnya ? Yaitu setiap orang yang dekat, lemah lembut serta mulia budi pekerti”. Hadis ini adalah hadis gharib.
(Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2606)

16. Jujur
Dari ‘Abdullah R.A. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: “Hendaklah kamu selalu berlaku jujur. Kerana berlaku jujur membimbing kepada kebajikan, dan kebajikan membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa berlaku jujur dan berusaha mempertahankan/mencari kejujuran, maka dia dicatat Allah sebagai “Sadiq” (orang yang jujur). Dan hindarilah olehmu dusta, kerana sesungguhnya dusta itu membimbing kepada kejahatan, dan kejahatan membawa ke neraka. Seseorang yang sentiasa berdusta dan mempertahankan kedustaan, maka dia dicatat Allah Taala sebagai “Kadzdzab” (si Pendusta atau si Pembohong).”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2234)

17. Menahan Marah
Al-Abbas bin Muhammad Ad Dudi dan tidak hanya seorang menceritakan kepada kami, mereka berkata: “Abdullah bin Yazid Al-Mugri menceritakan kepada kami, Said bin Abi Ayyub memberitahukan kepada kami, Abu Marhum Abdur Rahim bin Maimun menceritakan kepada ku dari Sahl bin Muadz bin Anas AI-Juhani dari ayahnya dari Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Barang siapa menahan marah sedangkan dia mampu melampiaskannya, maka Allah memanggilnya di hari qiamat di hadapan para makhluk sehingga menyuruh dia memilih mana bidadari yang dia kehendaki”. Hadis ini adalah hasan gharib.
(Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2090)

18. Membaca Doa Penutup Majlis
Abu Ubaidah bin Abis Safar Al Kufi dan namanya adalah Ahmad bin Abdillah Al Hamdani menceritakan kepada kami, Al Hajjaj bin Muhammad memberitahukan kepada kami, ia berkata: Ibnu Juraij berkata: Musa bin Uqbah memberitahukan kepada kami dari Suhail bin Abi Shaleh dari ayahnya dari Abu Hurairah berkata:
Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa duduk di suatu majlis lalu banyak bicara hal yang berdosa lalu beliau membaca sebelum berdiri dari majlis itu: Maha Suci Engkau wahai Allah dan dengan memujiMu aku bersaksi tiada Tuhan selain Engkau, aku memohon ampunan kepada-Mu dan aku bertaubat kepad-Mu, nescaya dia diampuni dosanya selama ia di majlis itu.”
Di dalam bab ini terdapat hadis dari Abi Barzah dari Aisyah, hadis ini adalah hadis hasan sahih gharib dari sanad ini yang kami tidak mengetahuinya dari hadis Suhail dari Sanad ini.
(Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3494)

19. Sabar
Mewartakan kepada kami Hisyam bin ‘Ammar, mewartakan kepada kami Isma’il bin ‘Ayyasy, mewartakan kepada kami Tsabit bin ‘Ajlan, dari ALQasim, Umamah, dari Nabi SAW., beliau bersabda: “Allah SWT berfirman: Wahai Ibnu Adam! Jikalau kamu bersabar dan mengharap keridhaan -yakni mencari pahala dari Allah- di ketika terjadi musibah pada kali yang pertama, maka aku tidak memberi pahala melainkan syurga”. Dalam Az-Zawa-id: Isnad hadis Abu Umamah adalah sahih dan para perawinya tsiqat.
(Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1597)

20. Berbakti Kepada Ibu Bapa
Dari Abu Abbas dari Abdullah ibnu ‘Amr R.A. berkata: “Seseorang datang kepada Rasulullah S.A.W minta izin kepada beliau untuk berjihad. Tanya beliau: “Masih hidupkan kedua orang tuamu?” Jawabnya: “Ya” Maka sabda beliau: “Berjihadlah dengan berbakti kepada kedua orang tuamu.”
(Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2963)

21. Membantu Janda dan Orang Miskin
Dari Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: “Siapa yang berusaha keras membantu janda dan orang miskin, sama ertinya dengan berjuang di jalan Allah atau selalu solat sepanjang malam hari dan selalu berpuasa di siang hari.”
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1624)

22. Membantu Anak Yatim
Dari Sahl bin Saad R.A., katanya: Nabi S.A.W. bersabda: “Saya dan orang yang menjamin anak yatim di dalam syurga nanti adalah seperti ini.” Beliau menunjuk kepada jari telunjuk dan jari tengahnya.
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1700)

23. Berwudhuk
Dari ‘Usman bin ‘Affan R.A., katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: “Siapa yang berwuduk dengan sempurna, maka keluarlah segala dosa dari tubuhnya, sehingga dari bawah kukunya juga.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0191)

24. Membaca Syahadat
Dari Anas bin Malik R.A., katanya Rasulullah S.A.W. bersabda :”Akan dikeluarkan dari neraka, orang yang mengucapkan ‘La ilaaha illallah’, sedangkan dalam hatinya terdapat iman seberat biji gandum. Kemudian orang yang mengucapkan ‘La ilaaha illallah’, dan di dalam hatinya terdapat iman seberat beras. Kemudian yang mengucapkan ‘La ilaaha illallah’ dan di dalam hatinya terdapat iman seberat debu.”
(Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0154)

25. Berdoa Setelah Azan
Berita dari Jabir bin Abdullah R.A. , mengatakan, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Siapa yang mendoa sesudah mendengar azan: “Allaahumma rabba hadzihid da’watit taammati wash shalaatil qaaimati, aati muhammadal wasiilati wal fadhiilati, wab’atshu maqaaamam mahmudal ladzi wa’adtahu.” “Wahai Allah, Tuhan dari panggilan yang sempurna ini dan dari solat yang berdiri kekal, berilah kiranya kepada Muhammad kedudukan dan kemuliaan yang tinggi, bangkitkanlah dia di hari kiamat di tempat yang mulia yang telah Engkau janjikan”, nescaya akan turun kepada orang itu pertolongan di hari kiamat nanti.”
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0348)

26. Membangun Masjid
Ubaidillah AI Khaulani R.A. mendengar ucapan Usman bin Affan tentang ucapan orang terhadapnya ketika membangun masjid Rasulullah S.A.W., katanya, “Sesungguhnya anda banyak mengatakan yang bukan-bukan. Sedangkan aku mendengar Nabi S.A.W. bersabda:, “Siapa yang membangun masjid (kata Bukair, aku kira dia juga menyebut ku, kerana mengharap wajah Allah), nescaya Allah membuatkan pula baginya di syurga, bangunan seperti itu.”
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0266)

27. Bersiwak
Dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Kalau kiranya aku tidak akan memberatkan umat ku, nescaya aku perintahkan mereka bersugi (membersihkan gigi).”
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1936)

28. Solat Berjemaah Di Masjid
Dari Abu Hurairah R.A., dari Nabi S.A.W., sabdanya: “Solat berjemaah lebih banyak nilainya dua puluh lima kali daripada solat di rumah atau di pasar (tempat usaha) Sesungguhnya apabila kamu berwuduk dengan sempurna, kemudian dia datang ke masjid dengan niat semata hendak solat, maka setiap dia melangkah walau selangkah, Allah menaikkannya satu darjat, dan menghapus kesalahannya, sehingga ia masuk ke masjid. Apabila ia telah masuk masjid, maka selama ia mengerjakan solat, bahkan selama ia masih berada di tempat duduknya di masjid itu, malaikat sentiasa mendoakan baginya selama ia belum berhadas, “Wahai Allah! Ampunilah dia dan kasihilah dia!”
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0284)

29. Amalan Soleh
Dari Abu Hurairah R.A., katanya seorang Arabiy (Arab dusun) datang kepada Nabi S.A.W., katanya; “Tunjukkanlah kepada ku suatu amal, yang apabila aku lakukan aku masuk syurga kerananya.” Jawab Nabi S.A.W., “Sembahlah Allah, jangan persekutukan Dia dengan sesuatu. Tegakkan solat wajib dan bayarlah zakat fardu. dan puasalah di bulan Ramadhan.” Kata Arabiy itu, “Demi Allah yang diri ku di tanganNya, tidak akan ku tambah dari ini.” Ketika orang itu telah pergi, Nabi S.A.W. bersabda, “Siapa yang senang melihat seseorang dari penduduk syurga, lihatlah orang itu.”
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0718)

30. Solat Subuh Dan Asar Berjemaah
Berita dari Abu Hurairah R.A. mengatakan, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Para malaikat bergiliran datang kepada mu malam dan siang. Dan semuanya bertemu ketika solat Subuh dan solat Asar. Kemudian malaikat yang jaga malam naik ke langit. Maka bertanyalah Tuhan kepada mereka (padahal Allah S.W.T. sesungguhnya lebih tahu), “Bagaimanakah halnya hambaKu yang kamu tinggalkan?” Jawab mereka, “Kami tinggalkan mereka sedang solat Subuh, dan kami dapati mereka sedang solat Asar.”
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0316)

31. Solat Jumaat
Salman Al Farisi R.A. mengkhabarkan, bahawa Nabi S.A.W. bersabda: “Siapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian dia membersihkan tubuhnya sedapat-dapatnya, setelah itu dia memakai harum-haruman, kemudian pergi ke Jumaat, tidak memisahkan dua orang (yang duduk berdekatan), kemudian solat sebanyak mungkin, dan diam apabila imam telah berkhutbah, nescaya diampuni Allah dosanya semenjak itu sampai Jumaat yang akan datang.”
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0476.)

32. Saat Dikabulkan Doa pada Hari Jumaat
Berita dari Abu Hurairah R.A. mengatakan, bahawa Rasulullah S.A.W. pernah menyebutkan: “Pada hari Jumaat ada satu-saat, apabila seorang muslim bertepatan solat pada saat itu, dan memohon sesuatu kepada Allah S.W.T., nescaya dikabulkan Allah permohonannya itu. Nabi memberi isyarat dengan tangannya, yang bererti bahawa saat itu amat singkat.”
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0501)

33. Mengiringi Solat Fardhu Dengan Solat Sunat Rawatib
Dari Ummu Habibah isteri Nabi S.A.W, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Tiada seorang hamba muslim solat kerana Allah setiap hari 12 rakaat sebagai solat sunnat selain solat fardhu, kecuali Allah membangunkan baginya rumah di syurga” (HR. Muslim no. 728)
34. Solat Dua Rakaat Setelah Melakukan Dosa
Daripada Abu Bakar R.A. katanya : Aku dengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Tiada seorang hamba yang melakukan dosa, lalu ia berwudhuk dengan sempurna kemudian berdiri melakukan solat 2 rakaat, kemudian dia beristighfar kepada Allah, melainkan Allah mengampuninya” Kemudian baginda membaca ayat ini: “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”.(HR. Abu Daud)

35. Solat Malam
 “Solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam” (HR. Muslim)
36. Solat Dhuha
 “Setiap persendian dari salah seorang di antara kalian pada setiap paginya memiliki kewajipan sedekah, sedangkan setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid itu sedekah, setiap tahlil itu sedekah, setiap takbir itu sedekah, memerintahkan kepada yang makruf itu sedekah dan mencegah dari yang mungkar itu sedekah, tetapi semuanya itu dapat terpenuhi dengan melakukan solat 2 rakaat dhuha” (HR. Muslim)
37. Selawat Kepada Nabi
 “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali maka Allah membalas selawatnya itu sebanyak 10 kali” (HR. Muslim)
38. Puasa
 “Tiada seorang hamba berpuasa satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkannya kerana puasa itu dari neraka selama 70 tahun” (HR. Bukhari)
39. Puasa 3 Hari Setiap Bulan
 “Puasa 3 (tiga) hari pada setiap bulan merupakan puasa sepanjang masa” (HR. Bukhari dan Muslim)
40. Puasa 6 Hari Pada Bulan Syawal
 “Barangsiapa melakukan puasa Ramadhan, lalu ia mengiringinya dengan puasa 6 hari pada bulan Syawal maka hal itu seperti puasa sepanjang masa” (HR. Muslim)
41. Puasa ‘Arafah
 “Puasa pada hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) dapat melebur (dosa-dosa) tahun yang lalu dan yang akan datang” (HR. Muslim)
42. Puasa ‘Asyura
 “Dan dengan puasa hari ‘Asyura (10 Muharram) saya berharap kepada Allah dapat melebur dosa-dosa setahun sebelumnya” (HR. Muslim)
43. Memberi Makan Orang Berbuka Puasa

“Barangsiapa yang memberi hidangan berbuka bagi orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti pahala orang berpuasa itu, dengan tidak mengurangi pahalanya sedikitpun” (HR. At-Tirmizi)
44. Solat Malam Lailatul Qadr
 “Barangsiapa mendirikan solat di (malam) Lailatul Qadr kerana iman dan mengharap pahala, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (HR. Bukhari dan Muslim)
45. Sedekah
 “Sedekah itu menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api” (HR. At-Tirmidzi)
46. Haji dan Umrah
 “Dari umrah ke umrah berikutnya merupakan kaffarah (penebus dosa) yang terjadi di antara keduanya, dan haji yang mabrur tidak ada balasan baginya kecuali syurga” (H.R Muslim)
47. Beramal Soleh Pada 19 Hari Bulan Dzulhijjah
 “Tiada hari-hari, beramal soleh pada saat itu lebih dicintai Allah daripada hari-hari lain, iaitu 10 hari pada bulan Dzulhijjah. Para sahabat bertanya: “Dan tidak (pula) jihad di jalan Allah?” Baginda S.A.W. bersabda:”Tidak (pula) jihad di jalan Allah, kecuali orang yang keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian ia tidak kembali lagi dengan sesuatu apapun” (H.R. Bukhari)
48. Jihad di Jalan Allah
 “Bersiap siaga satu hari di jalan Allah adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya, dan tempat duduk salah seorang kalian di syurga adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya” (HR. Bukhari)
49. Infaq di Jalan Allah
 “Barangsiapa membantu persiapan orang yang berperang maka ia (termasuk) ikut berperang, dan barangsiapa membantu mengurusi keluarga orang yang berperang, maka iapun (juga) termasuk ikut berperang” (HR. Bukhari dan Muslim)
50. Solat dan Mengiringi Jenazah
 “Barangsiapa ikut menyaksikan jenazah sampai disolatkan maka ia memperolehi pahala satu qirat, dan barangsiapa yang menyaksikannya sampai dikubur maka baginya pahala dua qirat. Lalu dikatakan: “Apakah dua qirat itu?”, beliau menjawab: “Seperti dua gunung besar” (HR. Bukhari)
51. Menjaga lidah dan Kemaluan
 “Siapa yang menjamin bagiku ‘sesuatu’ antara dua dagunya dan dua selangkanya, maka aku jamin baginya syurga” (HR. Bukhari dan Muslim)
52. Keutamaan Mengucap dan Bertasbih
 “Barangsiapa mengucapkan; ‘Laa ilaaha illallah’ 100 kali dalam sehari, maka baginya seperti memerdekakan 10 hamba, dan dicatat baginya 100 kebaikan, dan dihapus darinya 100 kesalahan, serta doanya ini menjadi perisai baginya dari syaitan pada hari itu sampai petang. Dan tak seorangpun yang mampu menyamai hal itu, kecuali seseorang yang melakukannya lebih banyak darinya”. Dan Baginda S.A.W bersabda:“Barangsiapa mengucapkan; ‘Subhanallah wa bihamdih’ 100 kali dalam sehari, maka dihapuskan dosa-dosanya sekalipun seperti buih di lautan” (HR. Bukhari dan Muslim)

53. Menyingkirkan Gangguan Dari Jalan
 “Saya telah melihat seseorang bergelumang di dalam kenikmatan syurga disebabkan ia memotong pohon dari tengah-tengah jalan yang mengganggu orang ramai” (HR. Muslim)
54. Mendidik dan Melindungi Anak Perempuan
 “Barangsiapa memiliki tiga anak perempuan, di mana ia melindungi, menyayangi, dan menanggung beban kehidupannya maka ia pasti akan mendapat syurga” (H.R. Ahmad)
55. Berbuat Baik Kepada Haiwan
 “Ada seseorang melihat seekor anjing yang menjilat-jilat debu kerana kehausan maka orang itu mengambil kasutnya dan memenuhinya dengan air kemudian meminumkannya pada anjing tersebut, maka Allah berterimakasih kepadanya dan memasukkannya ke dalam syurga” (HR. Bukhari)
56. Meninggalkan Perbalahan
 “Aku adalah pemimpin rumah di tengah syurga bagi siapa saja yang meninggalkan perbalahan padahal ia dapat memenangkannya” (H.R. Abu Daud)
57. Mengunjungi Saudara-saudara Seiman
 “Mahukah aku beritahukan kepada kalian tentang para penghuni syurga? Mereka berkata: “Tentu wahai Rasulullah”, maka baginda bersabda: “Nabi itu di syurga, orang yang jujur di syurga, dan orang yang mengunjungi saudaranya yang sangat jauh dan dia tidak mengunjunginya kecuali kerana Allah maka ia di syurga” (HR. At-Thabrani)
58. Mentaati Suami
 “Apabila seorang perempuan menjaga solatnya yang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan menjaga kemaluannya serta mentaati suaminya maka ia akan masuk syurga melalui pintu mana saja yang ia kehendaki.” (HR. Ibnu Hibban)
Dari Said AI Muqbiry dari Abu Hurairah R.A. berkata: “Ketika Rasulullah S.A.W. ditanya: “Wanita yang bagaimana yang baik?” Jawab beliau: “lalah wanita yang menyenangkan suaminya bila dilihat, dan juga mentaatinya bila disuruh, serta yang tidak mengerjakan sesuatu yang dibenci suaminya, baik yang menyangkut dirinya mahupun hartanya.” (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3091)

59. Tidak Meminta-Minta
Mewartakan kepada kami ‘Ali bin Muhammad; mewartakan kepada kami Waki’, dari Ibnu Abu Dzi-b, dari Muhammad bin Qais, dari ‘Abdurrahman bin Yazid, dari Tsauban, dia berkata:
Rasulullah Saw. bersabda: “Siapakah yang menjaminku dengan satu perkara, maka aku akan menjaminnya dengan syurga?” Aku berkata: “Saya, ya Rasulullah.” Beliau mengatakan: “Janganlah meminta-minta kepada manusia sedikitpun.” ‘Abdurrahman berkata: “Pernah suatu saat cambuk Tsauban terjatuh, sedangkan dia menunggang kenderaan. Namun dia tidak mengatakan kepada seorangpun: “-Tolong ambilkanlah cambuk itu.” sehingga dia turun dan mengambilnya.”
(Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1837)

60. Menziarahi Orang Sakit Dapat Ganjaran Syurga
Daripada Abu Hurairah R.A. katanya: bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda;
“Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkah mu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga.” (HR. At-Tirmizi)
Antara adab-adab menziarahi orang sakit:-
1.    Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana dikhuatiri menganggu pesakit yang ingin berehat.
2.    Ketika berada disisinya, hendaklah sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.
3.    Hendaklah mendoakan agar cepat sembuh dan menyebut: “Semoga Allah menyembuhkan…. (sebutkan namanya)”.
4.    Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya.
5.    Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan, “Sabarlah… sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperoleh ganjaran pahala yang banyak”.
6.    Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya dimakan makanan tersebut, maka hilanglah pahala ibadah ziarah.
7.    Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud: “Ya Allah! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkau yang menyembuhkan tidak ada sembuh melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit” (HR At-Tirmizi).

Keinginan untuk meraih syurga idaman harus juga diiringi dengan tekad, kesabaran serta keyakinan yang teguh. Di sebalik berbagai halangan, dugaan serta cabaran yang sentiasa ditempuhi, pasti ada ganjarannya yang sedang menunggu kita, insyaAllah. Semoga Allah S.W.T membuka ruang untuk kita memperbaiki serta mempertingkatkan amalan dan seterusnya menerima segala amalan soleh yang kita lakukan. Amin.
Sumber: Malam Pertama di Syurga oleh Adil Akhyar, SH, LL.M terbitan Pustaka Azhar.